Nuffnang

Monday, 24 March 2014

Manuskrip Gay. Remaja chapter 4. #81

#18 ada pengalaman ter'hook' dengan someone tak? maksud nya you like this one person and had established something with him. but then dia macam acuh tak acuh. then again dia ada jugak tunjuk interest in making move tapi terlampau sedikit. pernah ada pengalaman macam nih?

ada! masa zaman aku asasi. nama dia Aliff. serius masa tu memang suka gila babi dekat dia. but somehow, ye, dia macam tak berapa nak balas mesej sangat. tweet pun jarang-jarang and dia agak tweetfemes la jugak. 1 dia tweet, berpuluh-puluh tweet dia dapat . KAH KAH KAH. haruslah tahu sebab aku selalu stalk dia. well, siapa yang tak akan stalk orang kesayangan dia kan? tapi kadang-kadang kitorang ada berbalas telefon jugak and aku ingat lagi tweet dia

da orang call tu angkat la, ingat pasir ke kredit tu? hahaha.

dan lepas tu ramai la pulak yang balas,

call la i.
call la kita.
call la aku.
jom fon call please. 

hahahahahaha. -,- serius aku rasa nak tendang masa tu.  tapi yang peliknya bila aku ajak jumpa, dia mesti refuse. padahal dia KL, aku selangor. macam cibs pun ada. bukan selalu tapi banyak kali la jugak and lama-lama aku fed up, frust, sedih and susah nak cakap and aku bukak akaun PR. and korang pun tahu la kalau ada PR ni , what is happen next. tak payah nak aku cerita pun korang tahu jugak. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA. so, kitorang clash and dia couple dengan budak sekolah pulak lepas tu. the end. aku dengar cerita sekarang dia da bertunang. well, happy kahwin then :) dia ni kes susah aku nak move on sebenarnya. amik masa jugak aku nak move on sebab dia couple senyap-senyap. kisah aku ni memang menyedihkan. sobs

#19 mengapa bebudak plu muda sangat?

yang ni aku tak tahu nak jawab apa. tapi aku perasan gak akhir-akhir ni, most of my twitter's follower ialah budak-budak sekolah, lepasan SPM and umur yang sekitar-sekitar tu. pastu aku pun teringat zaman aku secondary school. aku takde la, well, too obvious untuk cakap pada sama gender. "hai saya suka awak!!" tapi sekarang ni, budak-budak da advance kot. sikap malu and ketimuran macam aku dulu tu *HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAH* da takde. wahai adik-adik, tahan  la nafsu gersang di zaman sekolah menengah tu ye. pergi kencing lurus-lurus, tebalkan bulu jembut baru pikir pasal nak couple. 

#20  if i say that i do know you, is it will affect you?

bergantung jugak kau ni siapa. if aku kenal kau, memang sangat affect kot kepada aku sebab 1) macam mana kau boleh tahu aku ni siapa! hahaha. tapi ada je budak kolej aku, a junior, -,-' tahu aku ni siapa and about this blog. if aku tak kenal kau, then , tak berapa affect sangat kot. hee. 

haha. we study in the same place dude. but we never talk because im your senior. you should greet me first. haha. jangan sampai gua rogol lu sudah. haha


yang dalam Italic tu ialah soalan dan jawapan pada soalan #4. serius la kita belajar kat sama tempat? perghhhh. serius aku curious gila babi masa benda alah ni masuk dalam google drive aku. errr, boleh aku tahu kau siapa? kau praktikal kat mana? haha, serius aku nak tahu sangat. pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. please hantar number fon kau dekat google drive ya :) pleaseeeeeeee. banyak benda nak tanya kau ni.


#21 aku ada hantar 2 3 soalan kat kau..aku tak tahu la kau jawab ke tidak sebabnye aku xde burung biru dan blog kau pun aku tak dapat nak access lagi..soalannye : pernah terfikir nak berubah x?ikut fitrah alam yang betul..

siapa yang tak nak berubah kan? hahahaha. aku pun nak berubah. aku nak kahwin. aku nak ada anak. aku nak ada isteri. aku nak besarkan anak-anak aku. serius tak sabar :) malam-malam, sebelum tidur, bacakan kisah-kisah nabi dekat anak-anak aku. hee. nak tak nak, kita memang kena berubah. the end

#22 duhai Inche Shark.. aku teringin sangat nak kenal dengan ko.. boleh tak? boleh tak?? HAHA .. kbai

boleh boleh :) takde masalah. aku selalu je post dekat twitter and facebook yang aku akan keluar bla bla bla pada waktu sekian sekian. ada sesiapa yang free, jom la jumpa and boleh lepak sama. and kadang-kadang, memang ada je yang balas and kadang-kadang lepak la kat Mid ke KLCC ke putrajaya ke apa :)

#23 ko top ke botom? haha. bile nk bagi aku tengok pic muka ko bro? :DD

untuk soalan first kau tu, aku pun tak tahu nak kata apa. HAHAHAHAHAHAHHAAHH. yang soalan second tu, err, err. takde siapa nak tunjuk gambar dia kat strangers weh . -,- hee.

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis!



Haikal duduk topang dagu dalam kelas. Kelas Fizik akan start dalam beberapa minit lagi. Cikgu tak masuk dalam kelas lagi. Bergosip agaknya dekat bilik guru. Budak-budak kelas da bising bergosip, cerita itu ini, sok sek, sing song seng song seng macam apa je. macam mana dia kat sekolah dulu? song seng song seng, gegosip jugak ke? ke kau ni seorang yang pendiam Haikal? ke kau memang kaki borak? disukai ramai? atau kau ni forever alone duduk dekat sudut kelas sesorang je? HAHAHAHAHHAHAHAHAHAH. imaginasi bangang.  Shoot Haikal. Kau fikir lagi. padahal dia da pikir masak, malas da nak pikir hal dulu-dulu ni. orang nasihat pun, dia malas nak dengar sangat. Kau asyik nak bayangkan je apa yang berlaku sebelum accident, kau ni macam mana la, itu la , ini la. tapi bila dua orang da bagi pesanan suruh pergi terjah sekolah lama, tak nak la pulak. What is wrong with you la Haikal. -,- what is wrong with you! Haih. serius kau ni sakit Haikal! sakit takut nak terjah kenangan silam. :(



Haikal berdiri depan pagar sekolah itu. Tengku Esfahan Gate. Dia teguk liur. Ah gasak. Masuk je la. Bukannya mati pun. Learn to be the hati kering one la. Haikal masuk ke dalam pagar sekolah dan berjalan tanpa arah tuju. Tak la tanpa arah tuju mana pun. Baru berjalan 5,6 langkah je. Okay, this is fuck up. Ke mana aku nak tuju ni? dia pandang and tengok signage yang ada. Ada arah menuju ke pejabat, Dewan Makan, Dewan Utama, Kolam Renang, Mini Stadium, Gimnasium dan Mars. dia gumam dalam hati. what is Mars la. pak guard yang ada kat pondok keselamatan da pandang dia suspicous je.
Emm, emm, kemanakah kita ni Haikal? ke mana kita patut melangkah? where we should heading?
"Haikal!!!"
Haikal pandang kiri. Ada seorang budak tengah beria-ia lari ke arah dia. Dia picing mata. Da siapa pulak budak ni. -,-  Who is this kiddo la? tapi tak la budak sangat pun sebenarnya. budak tu dikira nampak matured dan dewasa la jugak. agak sasa jugak *usha dengan kadar malu!* dengan pakai seluar sukan pendek paras lutut, kasut sukan and baju nike putih takde lengan. Haikal cuma kerut dahi tengok budak tu datang ke arah dia sambil melambai-lambai dengan riak muka yang amat ceria.
“weh, lama tak datang sekolah. Apa cer kau sekarang?” tegur budak tu sambil tumbuk bahu dia perlahan. “jom pergi Dewan Makan. lunch time!” ajak budak tu. lepas tu budak tu terus berlalu dari situ.
“err.” Haikal da ragu- ragu sama ada nak ikut atau tak. dia berdiri tak bergerak. Budak tadi berhenti dan pandang dia bila perasan yang Haikal tak gerak sama dengan dia.
“weh, kau da kenapa buang tabiat berdiri kat situ? Jom makan. banyak benda kau kena cerita dengan aku. Da la tetiba menghilang. Macam cibs.”
“kau siapa?” tanya Haikal. Dia pun ragu-ragu nak tanya soalan tu. dia garu kepala perlahan macak orang dungu.
Budak tu tergelak. “ni soalan what the fuck mana kau tanya ni?” budak tu berpatah balik ke arah Haikal dan tarik tangan dia. “jom. Aku lapar gaban ni.” Haikal terdorong mengikut langkah budak tu entah ke mana. Jangan aku kena culik ke apa ke dah la. Entah siapa-siapa entah dia ni.



Haikal duduk dalam Dewan Makan tu. cantik! Tak pernah dia tengok Dewan Makan cantik macam ni. tapi dia rasa Sapura Smart School and Real International lebih kurang macam ni je rasanya. Siap ada stesen makanan lagi, dari Malay, Western, Japan, Vegetarians, Meat dan macam-macam lagi la. Da macam Hogwarts pun ada. -,- ah kau , berangan tak sudah. Tapi betul ke dulu dia sekolah dekat sini? If, dia pernah sekolah dekat sini, this is really super awesome kot!  Budak yang bawak dia ke Dewan Makan tadi da menghilang entah ke mana amik makanan. Dia pandang kanan. Lepas tu pandang kiri. Pandang kanan balik. Pastu kiri balik. Seperti biasa , dia akan dan suka usha orang keliling bila dia ada peluang. 1) sebab dia memang suka usha orang. Bapak freak perangai kau ni Haikal. KAH KAH KAH. 2) sebab dia boleh analisis orang tu macam mana. Dan for sure 3) dia suka orang yang kacak membunuh.
Dan ye, dia tak nampak pun budak perempuan dekat sekolah ni. where are the girls? Jangan kata waktu makan budak perempuan ialah berbeza dengan bebudak lelaki. Tapi dia perasan, ramai yang pandang dia banyak kali , lepas tu larikan pandangan bila dia pandang balik. Ataupun yang diam-diam pandang dia sambil bisik-bisik. This is fuck up. Da kenapa bebudak ni? jangan nak buat scene Ugly Betty bisik-bisik belakang boleh tak? babinya perangai kau manusia.
Ada orang letak pinggan atas meja tak lama lepas tu. budak yang bawak dia ke Dewan Makan tu amik tempat di depan dia. dia pandang Haikal. “tak amik makanan ke?” tanya budak tu pelik bila tengok Haikal tak amik apa-apa makanan.
“kejap lagi kot. By the way, apesal bebudak ni macam pandang aku pelik je?” tanya Haikal pantas. Sumpah dia terasa tak selesa. Macam la aku buat salah je kat bebudak ni.
“alaa, biasa la, juniors. Batak bila nampak outsiders masuk Dewan Makan ni. kalau la dorang kenal kau ni siapa, mesti dorang mintak autograf kau.” lepas tu budak tu tergelak kecik.
Haikal da kerut dahi.
“aku makan dulu.” budak lelaki yang masih tak ketahuan nama itu agkat sudu sedikit tanda mengajak dan mula menyuap masuk nasi dan lauk ke dalam mulut. Budak tu pandang dia lagi. “pergi la amik makanan dulu. Lepas makan, kita beborak kat dalam bilik.”
“oh okay.” Lepas tu Haikal terus bangun dan mula bergerak ke kaunter makanan. Dan dia main gamble je setuju nak ikut budak tu lepak bilik dia. entah siapa-siapa entah dia tu. oh Haikal. Kau da gila ke apa? Haikal amik pinggan dan mula mengisi penuh pinggan dia dengan nasi beriani sebelum bergerak ke kaunter Meat dan mula amik potongan daging kambing dan sempat juga dia capai Chicken Stew. Lepas tu dia bergerak ke bahagian sauce dan cedok sedikit sauce, black papper  ke atas lauk dia. baru je dia nak balik ke meja semula, ada budak tegur dia,
“ni abang Haikal ke?”
Haikal terkejut. Da siapa la pulak budak ni? for sure aku tak kenal. Haikal tengok budak tu senyum. ah, betambah tambah senarai tak kenal dalam kepala otak aku.
“where are you going? Lepas habis Festival Seni Kebangsaan, abang Adam kata, abang da pindah sekolah. Betul ke?”
Haikal terdiam. Dia tak tahu nak buat reaksi apa. siapa la pulak budak ni. dan siapa pulak abang Adam tu? tambah lagi senarai nama tak kenal dalam kepala otak. Haikal pandang kiri kanan “err, bagi abang makan dulu, nanti kita borak lagi kay?” jawapan paling selamat dia kasi kat budak tu.
“opps.” Budak tu da gelabah sikit. “sorry, sorry sebab kacau abang nak makan. tapi nanti jom la datang bilik Muzik, bebudak ni selalu jamming kalau petang Sabtu macam ni if dorang tak outing mana-mana. Abang duduk makan kat meja mana?”
“duduk meja hujung tu.” tunjuk Haikal dengan gerakkan bibirnya.  Budak tu berpaling tengok meja yang ditunjukkan oleh Haikal. “jom la join makan sekali.” Ajak Haikal ajak-ajak ayam. Mintak-mintak budak ni tolak ajakan aku. Please tolakkkk. Pleasee. Haikal da meraung raung merayu dalam hati. HAHAHAHHAHAHAHAA. gila hiperbola perangai kau Haikal.
“oh makan dengan abang Imran." oh, Imran rupanya nama budak yang makan dengan aku ni.  "Takpe la. Saya makan dengan kengkawan saya.  Nanti kita jumpa la dekat bilik Muzik. Da lama tak borak-borak dengan abang.” Budak tu senyum. “kay la, saya nak amik makanan dulu. Bai.” Budak tu senyum pandang Haikal sebelum berlalu dari situ. Haikal picing mata je tengok belakang budak tu. sekolah ni memang pelik abadi. -,-
 Lepas budak tu berlalu, Haikal terus bergerak ke meja yang dia duduk tadi sambil tatang makanan dengan hati-hati. tapi apa yang dia pasti, dia da tahu nama budak kat depan mata dia ni. nama budak ni ialah Imran. IM-RAN. Dua suku kata. Tapi siapakah Imran? Classmates? Musuh? Kawan sukan? Kawan sebilik? Kawan satu aras? Kawan satu rumah? dia tak tahu sekolah ni guna sistem sama ada bilik, dorm atau rumah? susah dia nak agak.
“kau tak pergi outing ke Imran?” tanya Haikal perlahan. dia sebut nama Imran tu maha perlahan sebab takut jugak kalau dia salah dengar tadi masa budak tu bagitahu.betul ke nama dia ni Imran? ah, cibs la bila da mula ragu-ragu dengan diri sendiri.
Budak tu dongak pandang dia. Haikal da dup dap dalam hati sebab dia takut kalau salah sebut nama. Dia terasa macam dengar bunyi jam. Ah damn it. This feel is so wrong. Betul ke nama kau Imran? Betul ke nama kau Imran? Betul ke?????
Budak depan tu sengih je pandang dia. “kau memang tak berubah kan?”
Haikal kerut dahi. Tapi dalam hati masih dup dap dup dap tak pasti. Apakah maksud dia, ‘memang tak berubah?’ Adalah dulu dia merupakan manusia yang selalu lupa nama orang dan salah panggil nama orang dan sekarang dia da salah panggil nama orang. Dia cuba bertenang. Telan liur.
“apa yang tak berubah?” Haikal pandang budak tu.
“kau still baik dan tak marah aku pun.” Kata budak tu perlahan.
Haikal kerut dahi lagi. okay, ini bukan berkenaan dengan nama yang silap atau salah dan apa-apa yang kau pikir dalam kepala tadi. dia cuba cerna dalam kepala otak. Kenapa aku kena marah kau? kenapa kau cakap, ‘ tak marah aku pun’ apakah? Kau pernah buat silap dengan aku ke apa? Otak dia cuba berfikir laju untuk cuba tangkap dan cuba ingat apa yang pernah terjadi antara dorang berdua. Still tak ingat.
Haikal diam. Dia suap makanan masuk dalam mulut. Dia tak tahu nak cakap apa. jadi dia diam seribu bahasa.
“takpe la. Kau abaikan apa yang aku cakap tadi tu.” kata Imran tetiba. “maybe kau pun malas nak fikir hal lepas-lepas kan?”
Dia lagi la macam suspicous gila barbie bila Imran cakap macam tu. dia picing mata pandang Imran. tapi disebabkan dia malas nak reveal and cakap, ‘aku ni da tak ingat apa sebab accident dulu’ jadi dia just buat reaksi macam biasa dan angkat bahu je lepas tu.
“kau duduk mana ni nanti?” tanya Imran.
Bila Imran cakap macam tu, terus dia teringat. Aah la kan. Haikal, kau nak duduk bilik mana ni? mari kita gelabah sekarang. ke kau patut balik je? lagipun baju pun tak bawak kan? Haikal suap makanan lagi dalam mulut dan buat muka runsing depan Imran.
“ke kau lepak je la dalam bilik aku. Bilik aku pun kosong takde teman. At least malam ni aku ada kawan jugak nak tidur sama-sama.” Lepas tu Imran sengih nakal. Haikal pulak buat muka suspicous lagi pandang Imran. Imran legakan anak tekak dia. “maksud aku tengok movie ke apa ke. Cenggitu la.”
“tapi aku tak bawak baju pun Imran. aku rasa aku balik rumah la kot. Nanti nak pakai baju apa la pulak.”
“alaaa, kau pinjam la baju aku dulu. Aku rasa saiz badan kita lebih kurang sama je kot.”
“eh? Serius la kau nak kasi pinjam ni?”
Imran sengih. “tak luak la baju aku. Still boleh basuh lepas tu.”
“kalau kau nak kasi pinjam, aku on je la lepak satu malam kat sini. Esok baru balik rumah. tapi nanti kau jangan merungut pulak bila aku guna baju kau.” Haikal sengih. Gamble lagi. main pinjam je baju orang. Main duduk sebilik je dengan siapa-siapa entah.
“okay. Nanti lepas makan, kita singgah bilik aku dulu kay.”
“okies.” Haikal senyum manis lepas tu.















Haikal temgok jam dekat dinding bilik. almost 12 tengah malam. Dia dengan Imran tengah meniarap atas katil tengok movie 42. Serious cool gila barbie cerita ni. tengah hari tadi, lepas siap-siap lunch, dia terus ikut Imran balik bilik budak tu. lepas mandi kejap, solat dan sewaktu dengannya, dia pun baring la kat katil Imran, dengan niat kononnya nak take a nap sekejap sebelum tanya Imran, “where is the bilik muzik la” dengan memberi alasan, “da berapa lama tak jejak sekolah ni, jadi memang tak ingat bilik muzik kat mana. Sebab tu tanya kau.”
Tetapi segala angan-angan dan perancangan rapi dia tu, memang ditelan zaman dan ditelan mimpi entah ke mana. Take a nap dia tu tetiba da jadi tidur yang lena lagi panjang -,- bila bangun je , tengok jam kat dinding da pukul 6 petang and Imran pulak tengah tidur jugak sambil peluk pinggan dia. terus dia kejut Imran lepas tu and the rest is history.
Haikal tengok jam dinding lagi. da 12.30 pagi da. Movie 42 baru je habis. Dia pulak nak menangis tengok cerita tu. what a really sad story and movie kot! Korang semua patut  tengok! Bahu kanan dia terasa sengal-sengal sebab Imran awal-awal lagi da gugur syahid lepas masuk jam yang pertama tengok movie tu. budak tu boleh bantai tidur pastu suka suka je buat bahu dia jadi bantal.
“Imran.” kejut Haikal perlahan. takde reaksi dari Imran. “Imran.” Haikal kejut kuat sikit.
“hurmm.” Sahut Imran.
“movie da habis.” Bagitahu Haikal. “Tidur betul-betul la.”
“Hurm.” Sahut Imran lagi tapi langsung tiada pergerakan dari Imran.
Haikal buat muka. -,- boleh tahan budak ni. memang macam budak kecik tak react apa-apa langsung. Last-last Imran tersentak bangun bila Haikal tetiba duduk and matikan laptop budak tu and letak atas meja belajar. Imran tengah gosok-gosok mata mengantuk dengan muka macam budak manja kat atas katil. Haikal menuju ke katil semula.
“jom tidur.” Ajak Imran. suaranya serak sedikit. Entah kenapa Haikal rasa suara tu macam seksi. dan buat dia teringat kat seseorang. siapakah? -,- ah sudah kau ni Haikal. Jangan nak jadi songsang sangat suka kat lelaki pulak.
“ye la, ye la. nak tidur la ni.” Haikal menuju semula ke katil dan terus baring lepas tu. Imran terus baring lepas tu sebelah Haikal dan perlahan-lahan peluk budak tu. Haikal cuba tahan rasa terkejut tu. serius rasa tak biasa gila tidur peluk-peluk ni. tidur dengan Zahid pun mana ada peluk-peluk macam ni. -,- this is pelik abadi la senang cakap. dia baring terlentang hadap siling, Imran pulak peluk mengiring sambil dagunya ada kat bahu Haikal. Dia boleh rasa nafas Imran yang panas tu kena kat pipi dia. perlahan-lahan. Turun naik. Turun naik. Turun naik dada budak tu amik nafas dan hela nafas. Jantung dia pulak da nak macam terkeluar da. Kenapa ni kau Haikal? Relax Haikal. Chill je. mohon bertenang ye Haikal. Da kenapa nak gelabah sangat. -,-
Kat dalam bilik Imran ni, ada satu katil je. dan bukan dua katil macam bilik-bilik lain. dan dia still confuse, apakah jawatan Imran dekat sini. Tetiba dia rasa Imran ni bukan student sebab dia ada ternampak jugak bilik-bilik budak lain, memang lain dan bukan macam bilik si Imran ni. memang lain sangat la. Imran ada bawak jugak dia pergi gym and pusing-pusing kolej tadi and semua macam hormat gila babeng la dekat budak si Imran ni. dia tak rasa Imran ni budak biasa. Dan actually, dia tak rasa Imran ni ialah pelajar. dan ye, Imran tak tanya apa-apa dekat dia, contohnya, kau buat apa datang sini? kenapa tetiba datang sini? kau pergi mana sebenarnya tetiba menghilang? kau duduk mana? those question memang takde langsung.
“sejuk la.” bisik Imran garau sambil mata tertutup.
“emm?” balas Haikal balik. Tak berapa dengar.
“sejuk.” Ulang Imran balik.
“kejap.” Haikal bangun sekejap sebelum tarik selimut dan tutup dia dengan Imran bagi elak sejuk. Hanya nampak kepala je kat dalam bilik tu. leher dan ke bawah memang da selamat bawah selimut. Haikal mengiring tidur hadap Imran. -,- wrong move Haikal. Kau patut hadap satu lagi. dia tidur, tak pernah tidur terlentang. Mana biasa! Rule untuk dia tidur dengan mudah adalah mengiring, tak kisah la mengiring ke kanan ke kiri ke, asalkan mengiring jugak dan dia kena peluk something. Currently sekarang dia genggam tangan antara satu sama lain *tangan diri sendiri ye! bukan genggam tangan Imran!* and rapatkan tangan ke dada dan dia tak la gila lagi untuk peluk Imran. Imran pun da tak peluk lagi after dia capai selimut tadi. Dia nampak dengan jelas depan mata dia,  mata si Imran yang tengah tertutup tu and bibir budak tu yang emm emm, susah dia nak describe tapi cantik.  Dia tahu Imran hisap rokok tapi dia pelik kenapa bibir budak tu tak berapa nak hitam sangat. Bukan ke supposedly orang yang hisap rokok akan ada bibir yang hitam?
Kening budak tu pulak runcing kat bahagian hujung. Jangan kata budak ni pergi shape dia punya kening! HAHAHHAHAHAHAHAHAHAH, tak boleh belah kalau betul-betul si Imran ni oles cantik-cantik kening dia tu. tapi dia rasa tu memang kening semula jadi si Imran. malas la komen lebih-lebih, baik aku tidur sekarang. Kang esok tak pasal-pasal tak bangun pagi. Buat malu je Haikal kalau lambat bangun.

Haikal terasa selesa sangat. Mata dia tutup lagi masa ni. dia terasa hangat. angin kipas menderu laju dari siling. Belakang badannya terasa diusap-usap, dibelai belai. Kakinya yang sedikit sejuk terasa hangat bila ada kaki yang menggesek-gesek. Sedapnya! Dia tak tahu kenapa dia rasa selesa sangat. Rasa best. Lagi best bila dia terasa ada bulu-bulu kaki yang gesek-gesek kat batang betis dia. Dia raba-raba tangannya pada sesuatu untuk dapatkan haba, terasa macam dia gesek-gesek kat badan seseorang. Terus dia bukak celik mata lepas tu.
It’s Imran! aduhaiiiii. Tangannya terus kaku. Dia baru teringat yang dia tumpang tidur kat bilik budak lelaki tu. dia terasa nak hantuk kepala kat dinding. Apa patut kau buat ni Haikal? apa patut kau buat ni??  patut la dia rasa pelik semacam. Adus, Zahid tak mungkin buat macam ni dan ye, dia patut rasa pelik sebab dia memang bukan dalam bilik Zahid. Dia tidur dengan Imran. Haikal cuba re call balik apa yang dia buat sebelum ni. kitorang tak buat benda pelik-pelik kan??? mula-mula tengok movie 42, then tidur , bangun balik untuk tarik selimut then tidur balik. Tapi sejak bila dia tidur kat atas lengan si Imran ni? arghhh *pengsan* dan satu lagi lengan Imran da selamat peluk dia sambil tangannya merayap rayap, teraba raba belakang badan dia. this is awkward la Haikal. -,- dan yang buat lagi awkward bila dia baru sedar yang tangan dia rupanya da masuk ke dalam baju Imran untuk carik haba dan muka dia hadap dada Imran si budak taekwando tu . Tak cukup dapat haba bawah selimut, dengan haba dalam baju Imran pun dia nak sapu sekali.
Memang da wasalam tak boleh buat apa da. 1) dia tak nak reject mana pun sebab dia da la menumpang tidur kat bilik budak tu. 2) kang mana tahu tetiba dia kena halau , tak ke macam bangang abadi. 3) so far okay je la sebab budak Imran tu bukannya buat benda bangang-bangang kat dia dan kalau Imran buat memang dia jerit jerit je la. KAH KAH KAH. Imaginasi bangang! 4) dia pun tak rasa Imran akan buat something dengan dia. what the fuck are you thinking la Haikal -,- 5) ianya hanya peluk nak carik haba. Bukannya onar beromen abadi sana sini.
Jadi sebagai konklusi mudah, dia hanya berbuat tak tahu sahaja di dalam pelukan Imran dan terus tutup mata nak sambung tidur di atas lengan budak tu. bukannya tak selesa pun, rasa okay je. rasa seronok jugak sebenarnya. tak rasa tulang ke apa ke. HAHAHHAHAHAHAHAHAHA. Perlahan-lahan, dia rapatkan badan dia ke arah Imran dan satu tangan dia keluarkan dari bawah baju lalu memeluk perlahan belakang Imran. tak tahu perasaan dia ke apa ke, tapi dia rasa Imran memeluk dia makin rapat lepas tu. this is just . . . . . .  susah nak cakap. Safe maybe? Haikal senyum perlahan-lahan. Terasa seronok sangat.




Haikal celik mata. cahaya matahari da tembus masuk ke dalam bilik melalui celah langsir bilik Imran tu. Imran da baring terlentang tak peluk dia lagi. Haikal pulak masih tidur mengiring, baring atas tangan Imran yang satu lagi dan sebelah tangannya masih memeluk badan Imran. Haikal lepaskan pelukan, capai fon dan tengok jam. Da pukul 8 pagi rupanya. Tapi mata dia masih mengantuk. Serius mengantuk gila. Nak kata buat parti seks ke apa ke sampai penat, takde la pulak. hahahahaha. babinya ayat kau Haikal. Memang habis 42 je, terus dia tutup laptop and tidur, tu je. haih. Mengantuknyaaaaa
Haikal letak fon ke tepi, tutup mata kembali dan automatik peluk Imran balik. pastu dia terfakab sesorang. Kenapa ye Haikal? kenapa da sedar and nak sambung tidur ni pun kau masih nak peluk Imran lagi? tetiba dia terasa Imran mengiring hadap dia dan peluk dia erat. Haikal da tak tahu nak buat apa. dia memang tak la nak bukak mata saat tu. mesti situasi ni akan jadi awkward gila babi punya. Dia tahu Imran takde intention nak peluk dia pun. Mungkin budak tu tak sedar kot yang dia peluk aku. And dia pun , alahai, malunya nanti! Nanti kalau ada peluang yang Imran da tak peluk dia lagi, cepat-cepat nanti dia akan bangun dan pergi bilik mandi cepat-cepat.
Dia memang boleh rasa nafas Imran tu kena kat muka dia. nafas panas Imran yang selesa. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Cakap macam cibs je kan? Haih, Haikal, Haikal. tolong la sedar. Kau ni da kenapa tetiba nak suka lelaki? Kau sepatutnya bukan kena suka perempuan ke? Tapi dia sendiri pun tak tahu nak tafsir macam mana. Dari hari tu lagi. dari hari yang dia dengan Ermawan keluar sama-sama pergi Low Yat untuk teman si Ermawan beli kamera. Serius masa tu pun macam keliru abadi amat, kenapa aku suka usha lelaki?! Why Haikal? why? Why you are so complex. Ah. Babi betul la semua ni.  Kenapa aku tak fetish nak usha perempuan? Sebelum aku eksiden, aku memang suka usha lelaki ke? (read ; gay) Aku memang tak suka usha perempuan ke? Adakah aku memang aneh abadi macam ni? adakah?
Tetiba Haikal rasa belakang badan dia kena raba-raba dengan Imran. Haikal keraskan badan dia. serius tak tahu nak react apa. apa kau buat ni Imran? apa kau buat ni? apa kau buat dekat aku ni? apakah? Haikal da gelisah , gelabah tetek da. Memang la betul dia rasa best dan selesa (memang tak dapat dinafikan. Eh?) tapi still dia rasa akan pelik abadi juga. Apa patut dia buat? apa patut dia buat? tetiba dia rasakan Imran amik nafas yang sangat panjang dan seolah-olah menghidu rambut dia. dan dia rasakan ciuman pada dahi dia lepas itu. Terfaktab sekejap bila Imran buat macam tu kat dia. lepas tu dia rasa usapan kat rambut dia , Imran tolak rambut ke belakang sebelum cium lama gila kat dahi and peluk dia makin erat lepas tu.
“sorry tak jaga kau masa mula-mula kau datang sini dulu.” Bisik Imran.




aku sebenarnya nak update April tapi disebabkan aku pun tak tahan rindu, maka aku pun update la cerita ni. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. till we meet again. adios amigos :) 

p/s
aku akan update secepat mungkin :) untuk cerita dan kisah dan berita lain




20 comments:

  1. akhirnya... stelah berkurun lamanya menunggu..... publish juga episode nie.... huhuhu..... next episode please!!!! (order jer).... terbaekk lar shark....

    ReplyDelete
  2. kenapa msti jumpa Imran dulu???
    btw still gud job shark....

    ReplyDelete
  3. alooooo... nape imran... nape? nape? hehehe

    ReplyDelete
  4. kejap.... baru perasan lar..... kenapa imran..... mana yang lain tu.... yang paling utama si hisha tu.... pelik2.....

    ReplyDelete
  5. Patut hisha yg dpt fuck haikal dulu baru best.hehe suka hisha sgt2.

    ReplyDelete
  6. ha3!so?imran ni pun ad feeling gak kat haikal sebenarnya?ker dia cuma rasa bersalah gak?atau dia memang betul2 ad perasaan sama mcm hisha ngan paan?serius?kita dh tgk paan ngan hisha punya kesal diorang tu macam mna.jadi?flashback imran plak?isy!x sabar nk tunggu la!updates la slalu!ha3!hari2 aq cek blog kau ni tau!penantian yg berarti ke apa ni?!ha3!

    ReplyDelete
  7. eah jap...imran?seriously?!ha3!Imran pun ada perasaan gak kat Haikal ker?ahhh...sudah...nanti jadi sesi rebut-merebut plak dah.sya nk tengok sangat hisha,paan ngan imran ni gaduh sebab haikal.ha3!anyway!please update cepat sikit!sedih tau!tunggu sambungan!hari2 rindu kat haikal ngan hisha!ha3!actually sya ni peminat hisha!

    ReplyDelete
  8. mula2 konfius jap..sebab dah lama x baca citer ni. pastu baru ingat balik. kenapa jumpa imran pulak?? masa celebret merdeka tu jumpa paan. jangan la jadi apa2 kat haikal.

    next episode lama lagi ke nak upload? hoho..

    ReplyDelete
  9. Gila da lame x bace cerpen ko ni shark...huhu...

    ape pun tido kene peluk mmg best hakhak2...k bye..

    ReplyDelete
  10. Terbaik..hope cpt la publish next chapter..hehe

    ReplyDelete
  11. Tebaek la shark....sume cite yg ko post idop cite nye...tk sabar nk tunggu next chapter....^^

    ReplyDelete
  12. shark,do as you promised la...skarang dah 2/4.wa still lagi waiting u punya citer.ketidaksabaran dan kerinduan dah buat aq jasi gila.bila kau nak update lagi ni shark?

    ReplyDelete
  13. alahai...why lah jumpa dulu si Imran...tak penah suka imran kot...blerghh...

    ReplyDelete
  14. Hux hux.... Dah lme rupe nye cter ni.... Bru skrang aku nk bce... Panjang lg ke cter ni.... Mcm reaL je kisah ni.......

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)