Nuffnang

Wednesday 30 September 2015

30 September 2015 #163

hari ni aku buat test kesihatan dekat fakulti. lepas amik tekanan darah, student Dietetik tu jot down maklumat tekanan darah dekat kertas sebelum pandang aku dengan muka concern

"macam tinggi sikit la bacaan ni. selalu penat ea? tidur lewat selalu? " Student Dietetik perempuan itu berkerut dahi pandang aku.

aku sengih mesra. "aah. selalu tidur lambat sebenarnya. tu yang penat sikit."

aku tak penat fizikal tapi aku penat mental. aku da penat nak layan kerenah orang. aku rasa nak sorok je dalam almari and duduk diam-diam sampai takde siapa kenal aku lagi bila tiba masanya untuk aku keluar dari almari tu. aku rasa aku da tak boleh tahan all those pressure ni lagi. aku just nak relax. kosongkan kepala otak. cuba melupakan kisah lama. and how I wish, aku nak kembali pada Jun 2014 dan reset semula hari tersebut.

aku penat tahan nangis. and aku penat nak senyum 24/7 sedangkan aku da tak larat nak senyum dan jadi mesra lagi. it's hurt. it's terrible. korang semua, just go away.

Wattpad #162

akhir-akhir ni, selain memikirkan tajuk FYP yang luar biasa, ataupun mengeluh tentang jerebu lalu tidak dapat berjogging , kononnya,HAHAHAHAHHAHAHAHA.  aku selalu bukak wattpad ni. WATTPAD  ni apa? well wattpad ni macam blog la kiranya tapi khas untuk depa yang nak post cerita atau novel atau cerita pendek atau cerpen or puisi or whatsoever dekat situ. first aku baca wattpad tahun 2012 macam tu kot. aku baca Cerpen yang bertajuk Gold Rush. cerita pasal seorang budak perempuan yang diminati oleh seorang lelaki daripada band remaja terkenal dekat US. ke UK? haha. tak ingat da. daripada cerita Gold Rush ni jugak aku tahu lagu Iris dari Sleeping With Sirens. KAH KAH KAH. loser gila kan aku. baru tahu lagu Iris padahal lagu tu da berabas femes berabad lamanya.

by the way, good thing pasal wattpad ni, dia boleh improve kan bahasa inggeris kau sebab most of cerita yang di post pada wattpad ialah di dalam bahasa inggeris. ada jugak dalam bahasa melayu tapi agak kurang la kalau nak berbanding dengan cerita bahasa inggeris. sebabnya orang malaysia lebih gemar untuk layan Penulisan2u daripada cerita yang ada dekat wattpad ini.

jadi, akhir-akhir ni aku selalu la jugak meluangkan masa membaca pelbagai cerita yang ada dekat wattpad ni. BM aku baca. BI pun aku baca jugak. kalau BM mostly aku baca dari penulis-penulis FIXI la seperti Hasrul Rizwan, Ariff , Nami ; penulis lejen , dan lain-lain lagi la. kalau BI pulak, aku more kepada random cerpen atau short story tapi mostly aku baca pasal cerpen yang agak homosapien yang homoseksual. antara cerita yang aku baca ialah, titik dua bertindih

1) College Life

College Life ni berkisarkan kepada Rayne yang datang dari Ireland untuk datang study dekat kolej yang ada dekat US nu ha and pada satu malam dia terlanggar seorang lelaki bernama Jesse Jackson yang kacak bergaya dekat koridor hostel. Jesse ni pulak ialah homophobic habis disebabkan zaman kanak-kanak dia yang agak misery. Jesse and Rayne ni menjadi rapat pada satu malam bila dorang main Truth or Dare dengan bebudak perempuan dekat hall kolej.

untuk bacaan selanjutnya, hanpa boleh klik link bawah ni.

@CollegeLife

2) One Last Chance

One Last Chance ialah sambungan kepada College Life di mana Rayne da menjadi seorang artis yang agak famous amos pada masa tu. kiranya most of USian kenal la dengan Rayne ni.  dia berjumpa kembali dengan Jesse dekat sebuah mansion untuk satu rancangan realiti TV yang akan keudara di US tapi dorang berdua memang la awkward habis bila berjumpa. KOH KOH KOH. apa yang jadi sebenarnya masa zaman college life dorang sampai boleh jadi awkward habis?

Tapi sayangnya, penulis cerita One Last Chance & College Life iaitu Giovannie Storm stop kan cerita tu separuh jalan je. sedih :(  apa apa pun, it is really good storyline!

@OneLastChance

3) Roommates

macam tajuk dia,cerita ini berkisarkan Owen iaitu budak inesen yang baru nak start freshmen year dekat sebuah kolej ni. and roommate dia pada freshmen year unexpectedly ialah Hunter Cole, pemain hoki ais yang sangat femes amos masa zaman high school dia. and most of atlet memang sangat hottie habis termasuk la si Hunter Cole ni. lean fit, macho and bergaya. Macam yang korang boleh jangkakan, Owen yang inesen itu suka pada Hunter Cole dan keadaan menjadi awkward bila Owen accidently ternampak something dekat bilik persalinan sukan......

@Rommates

siapa-siapa yang nak baca cerita Malay pulak, boleh try baca cerita Hasrul Rizwan. it's not story pasal homosapien yang homoseksual pun tapi jalan cerita dia memang la barabas cool gila. by the way,Hasrul Rizwan ialah penulis novel Murtad, Tuhan dan juga Qisas yang femes amos di Fixi itu.

@BudakHostelOtaknyaSewel

siapa-siapa yang nak mengenang zaman asrama ke apa ke, boleh la baca cerita ni. KAH KAH KAH. wa cakap lu, memang la terbaik gila woi!

okay la,aku nak tidur dulu. mengantuk amat. esok ada kelas Reka Bentuk jam 8 pagi. selamat malam. adios amigos. assalamualaikum.

p/s
tajuk FYP aku, pada asalnya aku nak buat pasal Dark Tourism tapi cancel pada saat-saat akhir. last-last aku rasa nanti aku buat FYP pasal Lost World Of Tambun. KAH KAH KAH. kalau korang nampak budak pass questionnaire tu, aku la tu. :P

Wednesday 23 September 2015

semester seven ; week 2 #161

dan hari-hari aku pun berterusan seperti biasa. ni ialah sambungan kepada week 1 of semester 7. anyway, disebabkan aku pun da nak habis belajar, tu yang poyo dan gigih nak buat cenggini. KAH KAH KAH. hey, at least, blog aku berupdate .
14 September 2015 / Isnin

like serious shit, aku tak berapa ingat apa yang aku buat minggu lepas hari senin ni. aku ada kelas Pemasaran Rekreasi tapi kelas tu a bit bosan. aku macam tak berapa tumpukan perhatian dalam kelas. kelas amali pemasaran rekreasi pun tak berapa nak best sangat prtang tu. cuma aku macam culture shock untuk kelas Econs. perghh. haha, ni first time aku belajar econs. berpinar jugak mata. buku teks pun mangai tebal. lecturer suruh beli buku, aku dengan kengkawan lain selamba potostat. KAH KAH KAH. kena paham, student tak banyak sangat duit :3 nak beli buku tu, mahal gila kot!!! kalau ber potostat, dapat la jimat sikit :3

15 September 2015 / Selasa

aku suka hari selasa sebab ada kelas keusahawanan. aku dengan team aku nak buat bisnes and daftarkan terus dekat SSM. aku dengan kengkawan aku decide nak buat kem 3 hari 2 malam untuk student area putrajaya and cyberjaya. mintak-mintak lerrr semuanya sihat walafiat dan okay saja projeknyaaa.

untuk projek Jamboree Kebangsaan kat Putrajaya, tetiba je la pulakkan aku kena jadi ketua Modul Development. kiranya, all the activities and segala perancangan games dan TOT under aku. macam harem. kasi la orang lain pulak. -,- gua da bosan pegang jawatan Ketua Aktiviti je. yadaa yadaa, aku tahu, ianya memang bagus untuk CV and all that, tapi sampai satu tahap, emm, penat jugak sebenarnya.

hopefully, it will be fun. malamnya pulak, aku ada meeting koko. haha. aku dapat jawatan sebagai penasihat projek.

16 September 2015 / Rabu

cuti hari Malaysia. so takde kelas langsung. heaven!

jadi aku dengan kawan aku Trisha and Sasha pergi KL untuk jejalan. kitorang park motor dekat LRT Sungai Besi sebelum shoot pergi KL.

satu, teman Sasha and Trisha beli tiket bas dekat Pekeliling.

Dua, makan dekat Avenue K.

Tiga, layan busker kat LRT KLCC tu.

da lama sebenarnya tak jejalan KL. baru aku sedar akan perkara itu.

17 September 2015 / Khamis. 

Trip ke Sungai Tekala!!! yeahhh, walaupun baru minggu kedua pembelajaran, tapi aku dengan classmates da start trip pun ke Tekala. best gila!!!

18 September 2015 / Jumaat

takde kelas. cuti. tidur. rehatkan minda dan badan. pagi jumaat tu, aku Didi, Trisha and Sasha pergi trekking dekat area Taman Wawasan, Puchong. reason utama dia ialah untuk temankan Didi Reccy kawasan tersebut pasal FYP dia. Didi might be buat pasal GIS and Remote Sensing which is sangat la tough. and trekking kat situ pun letih barabas jugak. trail cilaka da rosak teruk.

petang tu pulak, aku pergi library kejap sebab nak tengok FYP lama-lama kat library tu. bagus kan aku ni? hahaha. rajin pi library. :P balik dari library tu, aku jumpa Afaf. Afaf ni jaga kiosk makanan and after 5, makanan yang takde orang beli, memang dia buang je ke dalam tong sampah. aku cakap kat Afaf yang aku nak makan makanan yang ada tu.

jadi aku pun makan la berger, bebola daging, sosej dan roti, kebab, nasi lemak, nasi goreng kampung. KAH KAH KAH. jimat makan malam aku. lepas tu, sembang kejap dengan foreigner yang tetiba datang kat gerai Afaf. lepas foreigner tu belah, aku borak dengan Afaf sambil teman Afaf makan kejap sebelum masing-masing pergi ke destinasi seterusnya. Afaf balik ke rumah sewa dia. aku pergi tengok latihan softball dekat Padang.

19 September 2015 / Sabtu

Koko. macam biasa aku sampai lewat. kalau first week, aku lewat 15 minit. second week ni pulak aku lewat 30 minit. hurmm. memang la sharky, -,- perangai kau memang bak hang teruk!! ada ke datang lewat ke kelas. hahaha.

habis je koko, aku terus rushing balik rumah sebab kakak aku kawen. aku ada 3 kakak. kakak first kawen tahun 2007. yang second kawen tahun 2013. yang ni kawen tahun 2015. tinggal aku je la yang tak kawen lagi. HAHAHAHHAHAHAHAHA. sampai je rumah, *aku balik rumah, terus shoot naik motor je* terus makan tengah hari. lauk tengah hari itu ialah kambing golek, ayam masak kicap, ikan keli dan sayur.

kenduri kakak aku, kitorang still guna sistem rewang and tak guna katering. so lepas makan tengah hari tu, gigih la berperang dengan pinggan, mangkuk, cawan dan segala bagai lagi. lepas tu basuh ayam pulak. HAHAHHAHAHAHAHAH. siap je basuh ayam, semua da nak pengsan. nasib baik aku tak kena nak amik santan bagai lepas tu.

sabtu malam ahad tu , ada malam berinai. gigih la kakak aku berposing sakan depan kamera. lauk malam tu pulak ialah teh tarik, air anggur, roti canai and jugak nasi lemak serta ikan keli goreng. perghh, leleh air liur bhai! hahahaha. malam tu, satu family aku pakai baju warna oranje. nak usha lebih lanjut, boleh la usha IG gua. KAH KAH KAH. cam bangang, kau ingat kau artis ke setan?

20 september 2015 / Ahad. 

bangun pagi dengan mata panda. mandi dan terus bersiap pakai baju melayu serta samping songket, da macam aku pulak yang nak berkahwin. HAHAHHAHAHAHAH. pastu tolong ayah layan tetamu, kasi goodies, angkat goodies dan sebagainya.

habis je kenduri, terus kemas rumah, kemas periuk belanga, basuh kawah, basuh kuali, kutip sampah, kemas meja, kemas stor, kemas cawan, kemas pinggan, kemas segala bagai yang lain. like serious shit, memang penat gila barabas. last-last abang ipar aku cakap kat aku.

"nanti kau kawen je la dekat dewan."

emm, bila la agaknya aku berkawen? HAHAHAHHAHAH. persoalan ajaib ni.



bagi aku semester 7 ni sangat la seronok tapi pada masa yang sama, sangat memenatkan. penuh dengan projek and meeting segala bagai. and nafsu makan aku pun makin bertambah, berat badan pun makin meningkat. HAHAHAHAHHA. aku pulak masih pening-pening lalat pasal FYP aku. bagi orang lain, memang la senang, tapi bagi aku yang loser ni :( hurmm, macam mana nak survive ni? HUARGHHH!!! Jom la nangis wahai Sharky!!

p/s
sekarang tengah pening kepala. nak mintak urut :((




Sunday 13 September 2015

first week of my semester seven!! #160

entry yang ke 160? perghh. haha. cepat je masa berlalu. aku ingat lagi masa aku buat blog ni. masa tu aku semester 2. 1 April 2013. and sekarang aku da semester 7 dan tarikh hari ini ialah 13 September 2015. minggu ni ialah minggu pertama untuk semester baru aku. let's recap.

Isnin / 7 September 2015

kelas start jam 8 pagi. suck. walaupun da final year, still class aku start jam 8 pagi and semester ni aku amik 19 jam kredit hour. urghhh. aku ingat bila da final year, boleh la relax sikit-sikit. After class, aku jumpa lecturer aku and mintak dia jadi SV aku untuk upcoming Final Year Project and alhamdulillah yeayyy, dia setuju nak SV aku. yippy!!! settle satu masalah.

Selasa / 8 September 2015

hari selasa start class jam 10 pagi. thank god! *rolling eyes* class kali ni dengan Ketua Jabatan pulak and terus dapat project dari dia which is dia pulak dapat dari Perbadanan Putrajaya kalau tak silap. Kitorang kena organize Kem Jamboree Kebangsaan selama 5 hari dekat Putrajaya. maybe event akan berlangsung pada bulan Disember nanti. and kalau event tu berjaya, event tu might be akan jadi annual event untuk Putrajaya.

and not forget too, each group (oh, kitorang ada kumpulan kecik! yang projek aku mention sebelum ni / dekat atas ni ialah projek class) kena ada projek kecik memasing and nama grup aku ialah X-&%$(($@&!$%. Grup kitorang decide untuk buat kem ala-ala Summer Camp untuk bebudak sekolah menengah.

Rabu / 9 September 2015

kelas Perancangan dan Reka Bentuk start jam 8 pagi. aku dengan roommate aku lambat masuk kelas so kena marah lepas tu. KAH KAH KAH. first week da buat musuh dengan lecturer sendiri. apa la nak jadi dengan kau ni Sharky. tidur lambat lagi. padan muka kau! haha. by the way. on that class also kitorang da ada kuiz untuk dijawab. sweat sangat bila first week da ada kuiz :p  habis kelas je, aku dengan kawan aku pergi tengok Vacation kat wayang.

Khamis / 10 September 2015

dapat projek dari lecturer lagi. tapi ni dari lecturer lain pulak. Projek kali ni dari Jabatan Hutan Selangor atau something related macam tu la. aku baru tahu Tekali is tutup untuk orang awam sebab kencing tikus and belum dibukak lagi walaupun Kementerian Kesihatan da cakap yang Tekali is clean from all those kencing tikus. kali ni, aku dengan classmate aku kena bangunkan Trail Jelutong yang ada dekat Tekali sebelum Air Terjun tu dibuka kembali kepada pengunjung tempatan.

the best part is, tetiap minggu kitorang akan ada trip ke Tekali untuk siapkan projek. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH. best siot!! by second week je, kitorang da start trip ke luar kelas. kah! kau ada?

petang tu pulak, ada taklimat FYP A and FYP B untuk final year student fakulti aku.

Kames malam jumaat, aku dengan kengkawan aku tengok midnight movie and kali ni kitorang layan Transporter pulak.

Jumaat  / 11 September 2015

takde class. aku bangun tidur. bersiap and mandi. kali ni layan Maze Runner. all alone by myself.

Sabtu.  / 12 September 2015

pagi tadi aku ada koko. it was fun. KAH KAH KAH. banyak awek cantik dalam kelas. ehem. :P

sabtu malam ahad which is tadi, aku dengan kengkawan layan Malam Kebudayaan ataupun Malam Penutup untuk bebudak first year. memang cuci mata semedang je la kat muka muka first year. haih, they are so comel. KOH KOH KOH. aku ucapkan tahniah pada kolej yang menang tadi :3

aku tahu, ianya baru seminggu tapi aku da start rasa letih with all those kelas and perancangan projek. HGAHAHAHAHAHAHHAA. kadang-kadang memang rasa penat, tapi kadang-kadang rasa seronok jugak. Ye la, buat all those works and projek dengan kengkawan semua . lagipun ni da tahun akhir. next year, semua akan berpecah and nak jumpa semula tu sangat la susah nanti. rasanya this semester akan menjadi sangat mencabar buat aku dan kengkawan. hoho. by the way, korang sabar je la ye aku update cerita REMAJA tu. aku still tengah work it on. sabar ye yop! aku tengah terpikir hal Zahid dengan Haikal ni. haha.

SEKIAN. tu je aku nak cakap. jumpa lagi bila-bila. siapa-siapa yang nak lepak sama, just roger je la.

p/s
selamat malam semua! yang still belajar tu, kongsi kongsi la sikit macam mana first week korang. okay??

Tuesday 8 September 2015

Genting Fair Deals and Promotion. Jom datang ke Genting!! #159

With school holidays just around the corner and in conjunction with Matta Fair, it’s the best time to buy your holidays now and what better way to spend your holiday breaks at Resorts World Genting.

From 1st to 14th September, book online for First World Hotel room promotion at just RM55 nett for a Standard Room one night stay.

Or

opt to stay in the new XYZ Deluxe room for just RM80.  If Steamboat is your favorite, stay and dine at Resort Seafood for just RM159 nett for two persons. There is also the XYZ Triple room with breakfast for just RM165 nett for three persons!

The deals continue at Resorts World Kijal. Package price for one night stay and buffet breakfast for two persons is just RM249 nett

and if you are a golf enthusiast, opt for the RM266 nett that comes with one night stay in Deluxe room, buffet breakfast and one round of golf on the beautiful 18 holes golf course just next to the sea!

It’s also a good time to visit Langkawi with great deals at Resorts World Langkawi.  For a deluxe garden view room, the package is only RM200 for one night stay and if you are lucky,

you will get a free room upgrade to Deluxe Seaview too!  If it is seaview you prefer, opt for the two nights stay that comes with breakfast.  The superior seaview room is just RM565 nett or opt for the premier seaview room for just RM644 nett.

Meanwhile for concerts and shows, discounts are aplenty when you book online.  Enjoy a 20% discount for Superstars of Magic

or

a 15% discount for Tsai Chin Live in Genting 2015 concert.  Other upcoming concerts includes Power Woman Encore, Tiger Huang, Alex To My Virtual Planet Tour Part II live in Genting, a Magical Date with Shunza – A Christmas

Concert and 2016 New Year Countdown with 3 Divas are all up for grabs at 25% discount from normal price.

For more information, please call 03 – 2718 1118

or

visit www.rwgenting.com for more information.


p/s
first week yang memenatkan :(

Monday 7 September 2015

Superstars of Magic 4. It's Genting yo!! #158

Hai semua. Annyonghaseyo. Kah! Tetiba nak cakap dalam bahasa korea padahal da lama tak jejak Korea sana. Kali ni aku nak cerita pasal magic pulak. apa yang hangpa semua tahu pasal magic? Harry Potter? Sabrina and the Witch? Sailormoon? err, jap. haha. Sailormoon tu guna kuasa magic ke? ye kot? well, aku bet mesti semua orang tahu what is magic is all about walaupun kau tak pernah buat magic pun dalam seumur hidup kau. and mesti korang pernah tengok cerita Now You See Me di mana, magic ialah asas kepada cerita itu. mesti kau orang jugak pernah dengar nama David Copperfield, David Blaine dan lain lain jugak masa zaman korang membesar.

baru-baru ni aku pergi ke Genting Highland yang super ohsome sekali lagi untuk tengok and layan Superstars of Magic 4!!! Sebelum ni, ada je Superstar of Magic, Superstar of Magic 1 sampai la ke Superstar of Magic 3. Kiranya, sebab success event-event yang sebelum ni, jadi Resorts World Genting dengan kadar superb yang lagi ohsome buat Superstar of Magic buat kali ke 4!! clap clap clap!!

Pada tema kali ini iaitu Magic of the East Meets West, Resorts World Genting telah jemput beberapa magician yang memang superb dalam membuat magic-magic ini. memang la, bila aku dengan audience yang lain tengok show tu, kitorang mampu nganga mulut je la. kejap ada keluar burung , kejap ada keluar angsa dari dalam baju, kejap magician tu tukar baju, kejap main ikat -ikat bagai and I was like, jaw da drop mencecah lantai, WHY - THEY - ARE - FREAKING - AWESOME WEH?? :P


entah macam mana entah dia keluarkan angsa tu. aku rasa angsa tu mesti Animagus. :3 KAH KAH KAH. 


this guy is totally awesome. and anak dia pun comel je :))


ni pulak magician from korea yang super ohsome boleh tukar baju begitu sahaja. aku patut bawak dia kalau nak pergi shopping. kah kah kah.

Pada Superstars of Magic 4 kali ini, Resorts World Genting menjemput Alana Moelmenn, Jeff Lee, Ted Kim, One Gun, Shawn Farquhar ; current champion the International Brotherhood of Magician, Joseph Gabriell and Jay Mattiole. aku paling suka Jay Mattiole. He is so talented, funny guy and pandai tarik perhatian audience. More, sebelum ni dia pernah masuk America's Got Talent and masuk sampai peringkat Top 10. super ohsome kan? hoho. 

jadi, macam mana dengan harga pulak? well, untuk harga normal , which is for adults la

VIP - RM248

PS1 - RM148

PS2 - RM98

manakala harga untuk kanak-kanak pulak

VIP - RM98

PS1 - RM68

PS2 - RM48

jadi, apa tunggu lagi!! let's have fun and tengok show dekat Resorts World Genting and alami keajaiban yang korang takkan tengok kat tempat lain. Like sheriously, masa aku tengok show ni,

tetiba aku rasa, eh? da habis da? alaaa, nak lagi!!

eh? sekejapnya? lama la sikit :(

eh? cepatnya masa berlalu. freeze kan masa pleaseeee

this show is good for family, friends, kids and suitable la for everyone. Grab the ticket now!!! Superstar of Magic 4 will stayed at Genting until 25 October 2015 only. The show held at Genting International Showroom. From Monday till Friday, the show will start at 4 o'clock in the evening. On Saturday, the event will start at 4pm and 8pm. Meanwhile on Sunday, the show will start at 4pm.

for more information, you guys can call,

+603 2718 1118

or can goole this website

@Resorts World Genting

To Resorts World Genting,

thank you for inviting me for such an exciting event. Looking forward to go to Genting again!



p/s
esok start first class for semester 7! wish me luck !! selamat malam semua. :) hoho.




Wednesday 2 September 2015

butthurt #157

tadi aku main twitter. macam biasa la. aku memang suka membuang masa dengan bermain twitter. tak buat benda lain padahal report berlambak lagi tak siap. barang nak masuk uni pun tak kemas lagi padahal minggu ni da nak masuk hostel da. tengah sok sek sok sek main twitter, tetiba Allah nak tunjukkan aku sesuatu.

aku sangat terkejut dekat twitter tadi. bebudak semua tengah borak benda apa yang aku nak tahu sangat selama ni. once aku dapat tahu , aku sangat-sangat terkejut. feeling nak marah, mengamuk dengan nak nangis tu da bercampur-campur. Sial betul.

pernah tak, kau nak tahu sangat pasal seseorang, tapi once kau dapat tahu pasal dia, kau terus benci dia sangat-sangat sampai kau rasa nak bunuh dia. sampai kau rasa yang dia tu manusia paling suck di dunia dan kau rasa dia tak layak jadi manusia pun.

aku pun tak tahu la apesal manusia macam kau ni suka menipu. You are the worst human ever yang pernah aku kenal.

Shahrizal Syazry. Anda boleh mati.