Nuffnang

Sunday 25 January 2015

Terengganu dan Oranje #128

hari ni aku kerja again. so like this week aku kerja from senin till sunday. senin sampai jumaat hari tu, aku kerja kat ofis and sabtu plus ahad hari ni aku masuk park untuk tengok Operation Team and Maintenance team. but mostly aku tengok Operation Team la sebab skill maintenance aku agak kelaut. hahaha. siapa yang tahu aku intern kat mana, korang tahu la sebab aku ada post status and picture kat facebook untuk promote park. siapa yang tak tahu , gasak la. hahaha.

so, like today aku tolong jaga The Beginner level since aku agak bodoh tak tanya dekat Paie aku patut jaga bahagian mana hari ni. Paie ni Kapten yang letakkan seseorang tu jaga bahagian mana. since, aku budak intern and satu-satunya budak intern kat situ, yang lain part time worker, so like aku more kepada jalan-jalan la untuk tengok park. sampai satu tahap, aku da bosan untuk jalan-jalan. serius aku bosan gila. haha. so, aku lepak la dekat The Beginner level and kat situ ada seorang budak, nama dia Noah. sedap gila kan nama dia!

Let me introduce to all of you.

Nama : Noah

Umur : 22 tahun

Tahun lahir : 1993

Belajar : Shah Alam

Asal Negeri : Terengganu

Titik. yang lain aku tak tahu.

Noah ni budak part time je. and like part time kat park adalah sangat ramai. satu hari kau part time kat park, kau akan dapat RM50 (paling minimum) and RM80 (paling maksimum). bagi aku, budak-budak ni senang je dapat duit. tak susah pun. I was like very jeles gila sebab kalau aku tahu awal-awal yang park ada buat part time , da lama aku part time dekat sini. haha.

so, back to Noah. so, aku agak canggung la dekat park sebab aku sorang je baru kat situ. like most of part timer da kenal each other. dorang kenal la antara satu sama lain and know each other well. tapi Noah layan aku baik gila even kitorang tak kenal antara satu sama lain.

so, kat The Beginner Level, ada aku, Noah, Orkid, Panjang, Wagi and lagi 2 orang aku tak ingat nama. antara ramai-ramai tu, aku agak get well a bit la dengan Noah sebab aku banyak lepak dengan dia. so, ada satu conversation tu ialah pasal aku intern dan cuti dan terengganu.

"cemana intern kau?"

"so far okay je la." jawab aku. like seriously, semua orang tanya aku soalan tu. haha. and i am just answering, oh okay je la." padahal aku bosan gila nak cakap repetitious answer.

"rumah kau jat ganu kan? mesti seronok kan duduk pantai? the good thing about selangor is negeri ni ialah centre and dekat dengan bandar. but most of the weekends like aku tak tahu nak buat apa , da bosan shopping bagai semua. aku totally mereput kat rumah la. buruknya selangor sebab takde pantai yang cool macam kat ganu."

"rumah aku 15 minit je dari pantai." Noah da sengih-sengih.

aku terus nganga mulut. "seronoknya." kata aku perlahan. "aku suka duduk tepi pantai."

"raya cina nanti kau cuti tak?"

"tak sure la weh. park mesti la bukak kan."

"aku balik la kot. jom la nanti ikut aku balik ganu." ajak Noah bersungguh. like seriously, muka dia memang bersungguh gila babi.

"seriously? kau ajak aku?" for sure la aku tunjuk muka and nada suara yang terkejut kan. hahahahahhahahahaa. masa tu aku da happy gila kalau aku dapat pergi terengganu. ye la, one of impian yang aku nak capai ialah carik balik pantai aku tu yang kat area terengganu nu ha.

"ye la." Noah sengih. "masa tu ada kenduri kakak aku."

and I was terus tersenyum gila barabas after that. oh please la. pleasee!! saya nak cuti masa Tahun Baru Cina nanti big boss!! walaupun aku rasa mustahil aku dapat cuti masa Public Holiday, like seriously, if aku dapat cuti, memang aku sangat-sangat bersyukur la!

"Noah. nanti kalau aku dapat cuti, aku bagitahu kau. apa nombor fon kau. aku nak save. takut tak jumpa nanti. aku might be tak masuk park next week sebab aku ada exhibition kat SACC nanti."

"okay. ni number fon aku."

and the rest is history.

the other story, ada seorang tu. kita panggil dia sebagai Oranje. dia budak maintenance kat park. first time aku jumpa dia masa aku kat opis. masa tu dia datang opis sebab nak gerak dengan big boss pergi meeting dekat Sungai Congkak. siapa yang baca twitter aku, dia tahu la siapa yang aku maksudkan sebab ada several people yang sibuk duk mengendeng suruh aku selfie dengan Oranje. kah kah kah. bangang! so like dia datang opis and dia duduk kat tempat aku kerja. masa tu aku tolong budak designer kepil kertas and all that la for the meeting Sungai Congkak. after aku tolong budak designer tu, aku balik kat tempat kerja aku and tengok si Oranje da duduk dekat tempat aku.

and masa dia pusing , bangun and pandang aku sebab nak kasi aku duduk balik, masa tu aku da sesak nafas bagai. KAH KAH KAH. for sure Sharky is very over dover right now. tolong la kawal nafsu tu sikit. haha. bangang untuk diri sendiri. masa tu first impression aku,

LIKE SERIOUSLY!!! LELAKI MACAM NI PUN WUJUD?? AKU INGAT LELAKI IDAMAN AKU HANYALAH KHALAYAN SEMATA-MATA DAN ORANG MACAM TU TAK AKAN WUJUD.

hahaha. like seriously, Oranje sangat bergaya and I was like , perghh , tolong tahan nafsu yang lahanat Thakif Iman. so, terus je la aku duduk and sambung buat kerja *main fon sebenarnya!* sebab takut mata diri sendiri tak dapat kawal and usha je mamat tu.

"berapa umur Oranje ea?" tanya aku. disebabkan curiosity kills the cat, so, aku tanya je la. oh, tanya pada siapa? tanya pada Noah masa sesi The Beginner level tadi.

"25 kalau tak silap aku."

terus aku tersengih-sengih. ada peluang ni. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. *tampar diri sendiri*

mohon mata tahan dari buat maksiat. KAH KAH KAH. k la. aku nak tidur dulu. selamat malam semua. adios amigos. esok aku cuti! yeahhh!! tak sabar nak tidur puas puas. so, assalamualaikum. :)


p/s
aku da wish besday. tak kisah la aku orang ke berapa, asalkan da wish. kan kan kan? and yeah, i do miss someone. kekekekeke.



Saturday 24 January 2015

Tidur #127

sekarang aku rasa nak tidur je. REMAJA nanti kalau aku sempat nak taip,aku taip la. how my intern so far? so far so good. kawan-kawan kerja pun okay. and I was very impress gila dengan big boss aku sebab dia adalah sangat baik hati dan pekerti mulia. hahahahahahhaa. pejadah guna bahasa melayu prosa klasik tetiba.

but the thing is, aku penat bukan sebab aku kerja all day 24/7 since bos pun tak kasi banyak kerja lagi. ye la,aku baru first week intern, da tu, kau nak keje banyak mangai mana pun , memang takde la. aku penat sebab bawak motor pergi kerja. like everyday aku pergi kerja amik masa 1 jam. and balik amik masa 1 jam jugak. somehow, it is very tired and tenaga aku banyak buang dekat situ je.

and like seriously right now, siapa ada rumah dekat Petaling Jaya? hahaha,aku nak tumpang duduk la selama aku intern kat PJ. and this is serius talk la. kalau aku tahu , baik aku mintak intern jauh-jauh negeri lain pastu dapat hostel macam kawan-kawan aku yang lain.

aku hari-hari naik motor pergi kerja and feeling macam mat rempit sejati lalu dekat laluan motor federal tu. and hari-hari kalau aku tak nampak accident adalah tak sah. bagi aku la, laluan motor kat federal ke apa ke, kat mana-mana highway la, semuanya adalah sangat bahaya. and each bike macam sangat piang laju gila and kalau kau bawak lembab, sama ada kau rasa sangat sadis sebab kau la motor paling lembab kat situ ataupun kau akan di hon berkali kali sebab terlalu lembab and orang belakang kau sangat bengang. k, yang nombor dua tu aku tipu je. so far takde la orang hon-hon lagi just because you ride a bike very slowly.

kau nak potong motor depan kau, kau potong je la dengan penuh bergaya lepas tu senyum keji seolah-olah kau berjaya potong Kimi Raikonnen kat litar F1. aku hari hari merempit kat laluan motor tu selalu rasa macam tengah racing dekat  cub prix and feeling macam Zamri Baba amik lap tajam. KAH KAH KAH.

hari jumaat hari tu, masa solat jumaat, aku solat la dekat Masjid Asasi UIA sebab dekat je dengan ofis aku. sekangkang kera je jauhnya so like macam jalan kaki je la pergi masjid tu. dulu aku ada ex dekat Asasi UIA and tetiba aku teringat memori aku panjat pagar asasi UIA ni di malam hari dengan ex aku semata-mata nak ceroboh masuk asrama dia. hahahahahahha. sebab Asasi UIA ni like very strict gila not macam asasi lain yang agak bebas la. asasi aku dulu memang bebas gila babi. eventhough asasi aku ada curfew and all that tapi still la bebas kalau kau nak compare dengan asasi UIA. so, aku pun solat jumaat dekat Masjid UIA tu and feeling, adakah aku akan jumpa ex aku? aku tak rasa akan jumpa since aku rasa dia pun da masuk UIA kat gombak tu. actually, aku tak tahu apa kabar berita dia since kitorang da tak contact each other lagi. haha.

dia actually macam a bit ironic untuk aku tau sebab selalunya kalau aku nak pergi kerja and masuk ofis, aku akan lalu PPUM and then Asasi UIA and then Hospital Columbia, lepas tu baru jumpa ofis aku. the reason aku rasa ironic gila babi sebab aku ada ex dekat UM and aku ada ex dekat asasi UIA. hahaha. aku kadang-kadang rasa macam blerghhh gila bila lalu depan dua dua benda alah tu. masa mula-mula la dulu aku rasa macam blerghhh gila and sampai rasa nak bom pun ye. over gila babi perangai. tapi da hari-hari lalu, kadang-kadang aku wat dek wat lek wat pis je lalu and malas nak hadap sangat since traffic jam lagi memerlukan perhatian aku. KAH KAH KAH.

aku puji betul manusia yang bawak kereta pergi ofis kat KL ni. korang memang ada kesabaran yang super power and aku tabik doink toink sama korang. k la. esok aku kena masuk park pulak and esok ada event apa entah dekat park tu. so, this first week, like aku kerja straight 7 days and aku akan cuti senin and selasa next week. yeay!! yeay la sangat sebab aku ada exhibition nak kena handle next week. haha. tidur dulu. selamat malam and adios amigos. siapa-siapa yang baik hati nak kasi aku tumpang rumah dia sepanjang aku intern, HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH, bagi tahu la aku, aku amat alu-alukan.

oh, lupa pulak. lagi satu is, fon Zenfone 4.5 aku rosak sebab basah kena hujan. ada satu hari tu, aku balik ke rumah and then hujan lebat and then fon aku lencun, never expect that and fon aku tengah meragam nak manja dengan aku padahal aku tengah takde mood sekarang. ngada-ngada gila fon aku. haha. so, like sekarang, aku tak boleh wechat and wassap and insta or whatsoever sebab fon rosak. fon aku yang available ialah fon baling anjing je la which is hanya boleh texting or calling. so, siapa-siapa nak contact aku , through calling je la ataupun mesej. kang kalau korang wasap atau wechat, memang zaman dinasour bila pulak la aku akan balas

so, selamat malam. this real selamat malam la aku ucapkan. haha. Assalamualaikum :)

p/s
aku rindu seseorang. fuck, susah jugak nak move on ni. cilaka


Sunday 18 January 2015

Remaja chapter 14 #126

Haikal terjaga dari tidur. sayup sayup dia dengar azan subuh berkumandang dari jauh. Dari Dewan Utama mungkin. siapa je la rajin benar azan pagi pagi ni. Dia rasa orang tu memang rajin power sungguh. Mata mencelik tengok sekeliling. terkedip kedip cuba sesuaikan dengan suasana dalam dorm. dorm masih gelap. malam tadi lepas tengok bintang dengan Hisha, dia dengan Hisha balik semula ke dorm untuk masuk tidur. Tu pun da dalam jam 2 ke 230 pagi. bila sampai dorm, budak-budak ni semua wasalam da selamat tidur. mungkin sebab penat dengan Night Walk tadi kot. kalau tidur depan Lab Skill mahunya sejuk beku da satu badan pastu kaki boleh je jadi freeze macam kena rendam dekat kutub utara sana.
Haikal pandang katil sebelah, Hafid masih terbongkang tidur tak sedar apa. Haikal sengih tengok Hafid. mamat ni la kan. Hafid memang macam tu, hahahahahahahahahahahahahahahaha, kalau tidur, mamat tu memang wasalam tak sedar apa da. kau letak jam loceng kat telinga dia pun, mamat tu memang ngeng barabas entah apa-apa tak dengar. kadang-kadang dia terfikir, apa je la yang Hafid mimpikan sampai tak dengar alarm berbunyi. kah kah kah. mamat tu sure ada telinga yang sangat tebal. tapi kalau aku borak dengan Sufiyan ke siapa ke, cepat pulak mamat ni pasang telinga.
Haikal duduk atas katil dan pandang seisi dorm. sebenarnya mata dia masih gatal-gatal lagi and for sure la mata dia tengah merah sekarang ni. Haikal menguap lepas tu tutup mulut and dia mula bangun. Dia menuju ke bilik air untuk basuh muka pastu terus amik wudu' and solat subuh. masa dia lintas katil Hisha, dia perasan budak lelaki tu da takde atas katil. ke mana la budak lelaki tu pergi. pagi-pagi da menghilang entah ke mana. malam tadi dia lepak dengan Hisha, tetiba dia terasa macam terkenangkan sesuatu. dia terasa macam pernah buat benda tu.
baring dan lepas tu tengok langit gelap malam. dan serius jugak dia rasa macam pernah jumpa Hisha somewhere tapi tak tahu kat mana. is it Hisha from his past? dia terasa macam rapat gila dengan mamat tu. dia terasa macam pernah berkongsi cerita dengan mamat tu. tapi kalau Hisha kenal dia, kenapa Hisha tak tegur dia and cakap yang diorang kenal ke apa ke macam apa yang Ermawan dengan Paan buat. Emm, memang betul-betul kot yang dia dengan Hisha tak pernah kenal sebelum ni. tapi dia sangat-sangat selesa berada bersama budak lelaki tu. serius dia terasa macam pernah kenal dengan mamat tu. tapi.... kat manakah?
Hisha ni macam sebiji gula-gula yang manis tau. budak lelaki tu sangat baik. baik macam sebiji gula-gula yang bagi happiness dekat orang lain. Manis dengan senyuman dia tu. KAH KAH KAH. Haikal, you are sure very bangang la. ada ke bangang mangai nak suka dekat lelaki. kamon la. get a life. suka dekat lelaki, nak pergi mana je la pun. tapi... tu la kan. suka je. bukannya aku nak amik can ngorat dia ke apa ke. aku pun still human being yang nak rasa kasih sayang daripada orang lain. da kalau aku rasa amik kasih sayang dari seorang gadis amatlah macam aneh je, aku pun tak tahu kenapa aku terasa macam tak boleh get into budak perempuan atau gadis punya kasih sayang. apa salahnya la kan aku amik kasih sayang dari seorang lelaki? it's not like aku teringin nak buat seks pun. aku cuma nak happiness tu je pun. just kasih sayang je... err. berkasih sayang sesama manusia bukanlah berdosa besar bagi dia. cuma bernafsu terhadap sesama lelaki tu yang parah. hahaha, manusia zaman sekarang ni yang mula bernafsu yadaa yadaa buat seks bersepah-sepah, aku pun tak paham kenapa manusia suka sangat buat seks. kalau lelaki dengan lelaki, mula la dapat benda STD ke HIV segala jadah tu. and kalau lelaki - perempuan, mula la mengandung ke apa ke. pastu da lahirkan anak, pergi buang dalam tong sampah pulak.
aku tak paham kenapa perempuan sanngup mengandung 9 bulan and bila da lahirkan anak, dia akan buang bayi tu merata-rata macam dia buang sampah merata rata. what the heck man? serius aku tak boleh nak paham perempuan. sebab tu la kot aku tak boleh nak terima kasih sayang perempuan. poyo! hahahaha. alasan bodoh dan semata dari Haikal. ye la. cuba kau bayangkan. kau mengandung 9 bulan kot. ianya adalah sangat lama! kau da bersusah payah heret ke sana sini kandungan kau tu and then bila kau lahirkan dia, kau main buang je dia kat dalam tong sampah bagai. first, manusia macam tu adalah manusia bodoh. kau tahu tak sebab apa ada Rumah anak-anak yatim tu wujud? selain ada kanak-kanak yang da hilang ibu bapa, Rumah anak yatim tu fungsi dia ialah untuk kau letakkan anak kau tu kat situ dari kau buang dia merata rata tempat. tapi da kata pun manusia bodoh, mana la dia ada instinct nak letak kat rumah anak yatim ke letak kat masjid ke apa ke. haila haila. tahunya nak bunuh and buang merata je. for sure, aku jumpa orang macam tu, aku tendang je masuk tong sampah. tak pun tendang masuk longkang. hidup takde otak and aku rasa kuda lagi ada otak dari orang macam tu.
Haikal bentang sejadah dan mula angkat takbir. even seseorang tu sayang dekat lelaki, itu tak bermaksud yang dia tidak perlu solat kan? still dia seorang Islam and perlu solat 5 kali sehari. da la. malas nak pikir lagi. baik aku fokus kat solat je.





Haikal menapak naik tangga menuju ke bilik. Kem 3 hari 2 malam da habis and dia memang sangat-sangat enjoy join kem tu. Cikgu Syakila yang hantar dia balik rumah tadi. Hafid pulak dalam kereta tidur tak ingat dunia. penat sangat la tu sebab pagi tadi struggle main Orienteering kat dalam hutan bagai. lepas lambai dengan penuh semangat dekat Cikgu Syakila, Haikal tanggal kasut and masuk ke dalam rumah. dari ruang tamu bawah, dia boleh mendengar Secondhand Serenade memekak dari aras atas. ni mesti dari bilik Zahid. gaya rumah ni da macam nak buat Konsert Pasukan Pasukan Rock Bersekutu je. dia tak nampak la pulak Mak Ngah dengan Pak Ngah.  time-time macam ni selalu Pak Ngah and Mak Ngah mesti tengah tengok TV and selalunya kalau Zahid memekak pasang lagu kuat-kuat mesti budak lelaki tu da kena piat telinga sebab tak beradab sopan. dan dia selalu gelak je la bila Zahid kena marah macam gitu. Mak Ngah kata tak menjaga adab jadi manusia timur. hiks!
Haikal tolak pintu bilik and menapak masuk. makin kuat bunyi lagu dari speaker wi fi Zahid. Lagu da tukar ke lagu Immortals - Fall Out Boy. Zahid tengah duduk atas meja belajar sambil angguk-anggukan kepala ikut rentak muzik dengan half naked bagai. kadang-kadang Zahid ikut lirik lagu Immortals and nyanyi sama. Haikal tengok rambut budak tu serabai. dia syak Zahid ni tak mandi dari pagi tadi. Haikal capai bantal lepas tu baling kat kepala Zahid.
"woi!" Zahid berpaling pandang dia. Haikal da berdekah ketawa.
"mak ngah dengan pak ngah pergi mana? apesal takde orang pun kat bawah."
"kenduri kahwin." Zahid menguap lepas tu tutup mulut guna tangan. lepas tu Zahid sambung hadap meja belajar. entah apa je la mamat tu study.
"musibat lahanat, kau study apa?" tanya Haikal takde mukadimah.
"Fizik. bukan ke cikgu Pipah kata nak buat kuiz esok? jadi semangat la aku study sekarang ni"
"really meh?" Haikal da baring atas katil. "malasnya aku nak study." kata Haikal perlahan. mata perlahan-lahan nak terkatup tutup sambil mata husyuk tengok kipas pusing dekat siling. sambil tu dia urut pelipis bila fikir pasal soalan past year Fizik yang banyak mangai untuk dia kampoi. Cikgu Pipah ni pun tak beragak nak buat kuiz hari senin. buat la hari selasa ke rabu ke apa. Mata makin lama makin berat. Kipas ni buat tarian gelek ke apa kat aku untuk buat aku makin mengantuk.
"how's camp?" tanya Zahid. budak tu perlahankan speaker wi fi dia dan mula bergerak menuju ke katil. Fall Out Boy da kurang memekak dengan Immortals sana. Tapi still dia rasa seekor anjing pun boleh larik masuk dalam stor kalau dengar Fall Out Boy memekak. Haikal tengok Zahid atas bawah. memang tak malu betul. ada ke pakai boxer je dalam bilik.
"where is you cloth la Zahid. kau memang bacin la tak mandi dari pagi tadi." Haikal da nak buat muka gelak-gelak sebab selamba je kutuk Zahid. Zahid capai bantal pastu baling kat muka Haikal. Gelak berdua.
"aku da mandi la gila. since aku pun bukannya keluar bilik, aku pakai je la boxer. tak berdaya nak pakai baju dengan seluar." Zahid baring sebelah Haikal sebelum regangkan badannya.
"budak gemuk." Haikal bangun dan menuju ke rak baju. Zahid pandang pelik kat Haikal. Haikal capai seluar sukan dan baju lepas tu bagi dekat Zahid. "makhluk, baik kau pakai baju ni."
Zahid sengih je. dia duduk dari perbaringan and capai pakaian yang dihulur Haikal and mula sarung pada badan. Haikal duduk sebelah Zahid.
"baru la nampak macam manusia. tadi macam cave man je." Haikal da sengih-sengih.
"alaaa." rungut Zahid. "dalam bilik je. bukannya aku keluar berlari-lari kat taman permainan pakai boxer pastu kibar boxer keliling buaian and gelongsor. ada kau dengan aku je." Gumam Zahid perlahan. lepas tu Zahid bangun dan mula regang-regangkan badan dan buat senaman ringkas. "more, kita dua je lelaki. kalau aku bogel sekalipun da kenapa? kau bernafsu kat aku ke apa?" Zahid da gelak macam lahanat. dan entah kenapa muka Haikal jadi panas. budak lelaki tu terus baling bantal kat Zahid.
"lucah entah apa-apa la kau ni." Haikal baring semula atas katil tanda malas nak layan Zahid. mata tengok siling putih dan kipas berpusing macam helikopter sekali lagi. Zahid duduk atas katil and pandang Haikal.
"dude Haikal."
"emm, apa dia." jawab Haikal perlahan. mata makin kuyu. dia tengok jam kat dinding bilik Zahid. patut la wasalam mengantuk. da masuk jam 130 petang da. ni memang kritikal zon untuk seorang manusia berasa kantuk dan masuk ke reban ayam untuk tidur.
"aku lapar la." ulas Zahid.
"da tu? apa aku boleh buat?" balas Haikal sendu. emm, sedapnya kalau dapat lelap sepam dua ni. tapi Zahid ni memekak pulak kat atas katil. menyesal aku kacau dia study tadi.
"jom la teman aku makan." Zahid goyang-goyang badan Haikal
"malas la." dia terasa macam nak tolak Zahid masuk bawah katil.
"alaaa jom la. tak kesian ke kat aku yang tengah kelaparan ni?" dude, serius Zahid. aku nak tolak kau masuk katil da ni.
"kat dapur takde makanan ke?"
"takde." sejak bila la sepupu aku ni nak manja-manja dengan aku. selalunya aku mintak tolong dia kemain malas. sebagai contoh, amik aku lepas sekolah masa latihan debat.
"malas la Zahid. panas." rungut Haikal lagi.
"aku belanja ABC special topping aiskrim plus ceri merah!"
Terus mata Haikal celik and lepas tu duduk hadap Zahid. "okay on. jom aku teman kau makan." Haikal sengih lebar.
"lahanat punya sepupu. nak kena belanja baru nak ikut teman aku." rungut Zahid.  Haikal da HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. aku kalau orang belanja makan ni memang la aku sangat semangat. Zahid bangun dan capai handphone serta kunci motor. Haikal masuk toilet.
"kejap, aku nak basuh muka!" kata Haikal kuat dari dalam toilet. dekat kedai tu ada abang terengganu yang kacak bergaya. jadi muka mesti la kena ceria bersih selalu macam baru kena wudu' . haha, Haikal memang macam psiko gila babi. entah bila entah dia bersiap pergi makan untuk impress orang lain.
"kita nak pergi makan dekat kedai hujung rumah je la. bukannya pergi makan dekat Pavi." geram Zahid. "motif nak basuh muka?"
Haikal keluar balik dari toilet lepas tu sengih pandang Zahid. "biar la. aku nak nampak bergaya selalu."
"kau nak ngorat makcik kedai tu ke apa?" rungut Zahid.
Haikal gelak ceria je. "mesti la ye."




Dalam pinggan Zahid ada Nasi Putih, Ikan Pari Masak Asam Pedas, sayur Bendi and sedikit Kerabu Mangga. Haikal yang da kecur liur tengok lauk Zahid, terus amik pinggan and isi dengan Nasi Kosong, Ikan Keli Goreng, Telur Masin,  pastu tambah kuah asam pedas sikit. konon tadi tak nak makan. sekarang Haikal da lebih sudu dari kuah. Zahid gelak.
"konon malas nak makan. pui."
Haikal sengih je. tambahan untuk Haikal, Zahid tempah ABC special siap ada topping aiskrim dengan ceri merah atasnya.
"Mak Ngah dengan Pak Ngah pergi kenduri dekat mana?" tanya Haikal. cuaca agak panas. walaupun ada kipas besar alam dekat tepi meja dorang berdua, tapi still peluh da leleh dekat dahi and belakang badan bagai. Haikal hirup sikit ABC dia untuk hilang panas.. Zahid pulak minum milo ais je. "apesal kau tak ikut dorang pergi kenduri?" tambah Haikal.
"mak suruh tunggu kau balik. and lagipun aku malas la. dorang pergi kenduri dekat Tanjung Malim. jauh sangat la untuk aku ikut sama. soalan topikal Bio tak siap lagi. dengan Fizik cikgu Pipah lagi untuk esok. Kuiz pasal Hasan Al Banna lagi. Prosa Klasik BM cikgu Belida. agak-agak la pun nak kasi soalan. aku tahu la nak spm." Zahid da mula merungut sambil masukkan sikit ikan pari ke dalam mulut dia.
"kau-memang-aneh." kata Haikal sambil kerut dahi. "sejak bila pulak kau ni kaki study? mesti ada something. kau bukan ke kaki study tengah malam-malam buta?"
"saja je ubah angin."
"poyo." Haikal gelak. Zahid gelak sikit sebelum budak lelaki tu minum milo ais.
"aku nak siapkan segala jadah tu sebab malam ni aku nak pergi tengok gig. nak ikut?"
Rahang Haikal macam nak jatuh da. "serius meh. aku tak pernah pergi gig." kata Haikal perlahan. "tapi macam seronok je." entah kenapa tetiba dia jadi sangat teruja bila Zahid cakap pasal gig. tetiba dia terasa macam adrenaline rush berlumba lumba dalam badan. da macam excited kena kejar anjing pun ada. hahahahaha. bangangnya perumpamaan.
"nope. kau selalu pergi gig sebelum ni cuma kau tak ingat je. kau la ajar aku pergi gig bagai sebelum ni."
"oh." Haikal terdiam kejap. dia terasa macam terfaktab sekejap. berapa banyak benda agaknya yang dia tak ingat atau tak tahu pasal diri dia sendiri ye?
"awat diam?"
"no la. aku just curious yang apesal aku tak ingat langsung pasal gig ni ataupun kau reka-reka je. apesal aku tak ingat banyak benda yang aku pernah buat sebelum ni? even kau cakap pasal gig ni pun, aku takde memori pasal benda tu. aku cuma rasa excited je bila kau cakap pasal gig tapi the memori....." Haikal terdiam sebelum tunjuk muka frust. "takde langsung. sebelum ni kita pernah pergi berdua ke gig ni?" Haikal cuba nak perah ingatan and ingat pasal benda alah ni semua tapi dia terasa useless. dia tak ingat apa. apa la memori aku ni tak nak bekerjasama dengan aku. haila haila.
"pernah." Zahid sambung makan and telan ikan pari perlahan-lahan masuk ke anak tekak. "ada la jugak beberapa kali kita pergi sama. kita layan Hipikay, Jalberwocky, Standard Shire, Xuan, Creepy Hues,Sister Mariana." Zahid tengok Haikal macam muram and lepas tu dia tambah. "and banyak lagi la. jangan risau la Haikal. lama-lama nanti kau ingat la balik pasal memori kau tu. maybe dia amik masa and kau tak payah la pikir banyak sangat kay." pujuk Zahid.
"emm, ye la." lepas tu dua dua diam layan makanan depan mata. Haikal da tenggelam pasal gig dan cuba ingat balik benda-benda lepas and Zahid pulak husyuk hadap ikan pari depan mata. "malam ni jam berapa Zahid?" tanya Haikal tetiba.
"around 8 ke 830 macam tu kita gerak la."
"kat mana?"
"Santa Claus."
"area mana la pulak tu."
Zahid angkat-angkat kening sebelum sengih. "kau tunggu je la malam ni."
"menakutkan."
"sangat menakutkan."






Zahid and Haikal turun tangga menuju ke Santa Claus yang terletak kat bawah tanah.
"like seriously Zahid, ni memang cool gila babi punya."
Zahid menyeringai gembira. Santa Claus da bising dengan lagu yang kuat. lampu dengan ais kering da bersepah sana sini and memang meriah habis la.
"tempat ni agak seronok la jugak. band band macam Bunkface, Pretty Ugly, MUH, Hujan semua perform kat sini dulu sebelum dorang debute kat dunia luar sana. atas pentas kat depan tu la." Zahid juih bibir untuk tunjuk pentas. Zahid terpaksa cakal kuat gila babi punya untuk lawan bunyi muzik yang gila kuat macam apa je. Haikal da terasa eardrum dia macam nak terlompat keluar pun ada.
"mana kau tahu ni?" tanya Haikal kuat supaya Zahid pun boleh dengar jugak soalan yang dia tanya tu,
"kau yang kasi tahu aku dulu!"
Haikal berdegup kuat. tetiba dia terasa macam tak kenal diri sendiri. Haikal... siapa kau dulu ni. siapa kau dulu ni? kenapa kau da tak ingat apa-apa. like seriously, bila balik rumah nanti, dia nak tanya banyak benda dekat sepupu dia ni. there is a lot of thing yang serius dia nak tahu sangat sangat. tapi tahu ke Zahid pasal diri dia. tahu ke sepupu dia pasal all his past and secret. sebenarnya sekarang jugak dia nak tarik Zahid keluar dari Santa Claus and tanya semua pasal diri dia yang Zahid tahu.
"hai semua. kami dari Sister Bay will perform 3 songs tonight." Sister Bay da mula naik pentas and start nak nyanyi. budak budak lain da mula ada yang jerit jerit kasi sokongan.
"Go Sister Bayyy!!"
"Sister Bay hot!"
"suka Sister Bay!!!"
Haikal da fokus kat depan and baik dia lupakan segala jadah soalan soalan yang dia nak tanya kat Zahid. better dia straight forward fokus je kat Santa Claus malam ni. Ni da macam konsert AC/DC pun ye jugak. Lead singer Sister Bay da feeling macam Brian Johnsan kat atas pentas nu ha.
"First song, hope you guys will enjoy it, Smells Like Teen Spirit by Nirvana."
Dan bunyi gitar terus kedengaran dari atas pentas. makin ramai yang bersorak dekat Santa Claus lepas tu termasuk la seorang manusia bernama Haikal. this is totally cool duh.



"you know what Zahid. that was pretty awesome gila kan?"
"apa kau merepek ni?" balas Zahid dari meja belajar. Zahid pusing kerusi belajar and pandang Haikal yang tengah bersila atas katil sambil mata tengok buku latihan pendidikan islam. jam kat dinding da tunjuk pukul 2 pagi. "aku tak rasa soalan pasal Hasan Al Banna dari ustazah adalah soalan yang menarik." Zahid julingkan mata ke atas. "aku rasa soalan dia mangai mengarut gila yang ustazah kasi."
"aku tak cakap pasal ni la. aku cakap pasal Santa Claus la. aku tak tahu pulak tempat tempat macam tu ialah wujud di muka bumi Malaysia ni."
"aku pun fikir macam tu hingga la kau yang  bawak aku. dude. masa kau bawak aku tu, umur kita baru 15 and like tetiba ada polis buat serbuan sebab ingat ada orang hisap ganja and kita dua all the way round lari macam apa je lepas tu semata mata nak elak kena tangkap." Zahid geleng geleng kepala.
"seriously?" tanya Haikal tak percaya. "aku?" tunjuk diri dia. "kita dua?" Haikal tunjuk dia dengan Zahid. "lari dari polis and berjaya lepaskan diri." tanya Haikal tak percaya.
"the one and only la." Zahid tersengih sebelum hadap semula meja belajar and sambung buat latihan dia. sambil tu sempat lagi budak si Zahid tu pasang lagu Snow - Red Hot Chili Peppers.
dua dua diam layan Snow sambil mata masing masing husyuk tengok soalan kat buku.
"Zahid."
"emm." sahut Zahid tanda dengar.
"kenapa aku tak ingat apa pasal gig and pasal yang lari dari polis tu?"
Zahid tengah menulis sesuatu atas kertas sebelum letak shaker atas meja belajar. sekali lagi pusing kerusi belajar hadap Haikal.
"I dont know Haikal. the reason aku bawak kau sebab aku nak kasi ingatan kau pulih balik. maybe, maybe la somehow ianya akan spark something kat dalam otak tu and kau akan ingat sikit-sikit. tapi.."
"tapi malangnya takde and tak ingat apa-apa." kata Haikal perlahan.
"sorry Haikal." balas Zahid sambil senyum bersalah.
"it is okay. da la." Haikal gelak kecil. "nothing to worry about la. aku kan superhuman. aku okay je." Haikal angkat bahu.  "kau jangan risau kay. aku kuat and ingatan aku insyaallah akan datang balik one fine day."
"hopefully."
Haikal sengih. Zahid pandang kesian kat Haikal.
"Zahid, apa yang lagi kau tahu aku pernah buat selain dari gig. dulu kau memang pernah cakap suruh datang sekolah lama aku and ada la aku dapat memori sikit-sikit but tak la banyak sangat. bila kau ajak aku pergi gig tadi and lepas tu , kau cakap, aku yang ajak kau pergi gig before this, aku actually sangat-sangat terfaktab, terkelu, terkedu dan sebagainya yang sama erti dengannya sebab aku terasa macam aku tak kenal diri aku sendiri. aku macam orang baru and then aku terfikir dalam-dalam, apa je yang aku pernah buat before this and I need to know about that. aku perlu korek life aku sebelum ni."
Zahid diam.
Haikal pandang Zahid.
"kau tahu sebelum ni kau pernah masuk orkestra?"
"a what?"
"err, orkestra." ulang Zahid ragu ragu seolah olah dia baru salah kasi information.
"seriously tiger?"
"aah la. kau try la pergi balik sekolah lama kau and tanya pasal team orkestra kau. mana tahu kau akan ingat balik ke apa ke. korang ada compete National Level last year."
tetiba dia teringat something. dia kenal Ermawan dari orkestra ni jugak. emm, da lama tak contact Ermawan si cikgu tu. entah apa cerita la mamat seorang tu. busy mengajar agaknya dekat Victoria sana.
"lagi?" tanya Haikal. actually, nak je dia tanya Zahid, aku dari dulu memang suka dekat lelaki ke (read ; gay) ? tapi rasanya sepupu dia ni memang akan terkujat terkejut la kalau dia tanya soalan power macam tu. apa la yang akan jadi agaknya kalau tetiba dia main tanya je dekat Zahid. dalam bayangan dia.

"eh Zahid, dulu aku memang suka lelaki ke?"
"apa kau mengarut ni? sekarang pun kau suka lelaki ke? kau suka aku ke apa? eee, creepy la sial kau ni. kau berambus sekarang dari bilik aku." lepas tu Zahid tarik tangan dia and tolak dia keluar dari bilik. lepas tu GEDEGANG Zahid hempas pintu.


better tak payah tanya soalan mengkarung tu. tak pasal-pasal bukan kena tolak keluar dari bilik, budak si Zahid ni campak dia dari balkoni atas ni agaknya. KAH KAH KAH. imaginasi kau Haikal memang barabas power gila.
"Haikal." panggil Zahid. sepupu dia turn off lagu and lepas tu bergerak duduk atas katil and duduk sebelah dia. da kenapa tetiba Zahid ni macam nak buat sesi terapi bersama kaunseling je.
"kau rasa kau sedih tak bila kau tak ingat hal-hal past kau?"
"err, apesal kau tanya macam tu?"
Zahid angkat bahu. " saja je aku tanya."
"err," Haikal ragu-ragu nak bagitahu Zahid. "sejujurnya Zahid. aku pun tak tahu apa yang aku rasa. kadang-kadang aku happy bila aku ingat balik hal-hal lepas. ye la. aku tahu siapa diri aku. aku ingat balik siapa aku. tapi somehow, aku kadang-kadang macam tak bangga dengan apa yang aku buat and apa yang aku pernah buat. hari tu kan, masa aku balik sekolah lama aku, aku ada ingat several things and bagi aku benda yang aku ingat tu serius macam bangang dan aku rasa, better tak payah ingat. banyak benda buruk yang aku ingat masa aku kat sekolah lama aku." contohnya macam kes rogol bodoh tu. sambung Haikal dalam hati. "tapi, yeah. aku human being. aku bukan maksum yang Allah nak lindungi daripada dosa macam nabi-nabi and rasul kita. aku just human being yang aku ada dua choice. First choice aku ialah ingat balik kesemua segala kenangan yang aku pernah ada. Second choice aku ialah tak payah ingat balik kesemua segala kenangan yang aku pernah ada. and again, kalau aku ada super power, aku just nak kenangan yang manis-manis je Zahid dalam life aku."
dan kenangan-kenangan bodoh macam putus cinta, ditinggalkan, ditipu , diduakan, dipermainkan, threesome, dirogol macam bodoh semua tu serius dia tak nak ingat langsung. at all. Fuck cinta. Fuck Paan. Fuck semua kenangan yang dia ada. Titik.
lepas tu Zahid bangun, pergi rak buku and lepas tu datang balik kat katil. Haikal sempat baca tajuk kat buku yang Zahid bawak tu. Kisah Para Nabi ; Pengajaran dan Iktibar by Uztaz Johari Yaman.
"sejak bila kau baca buku macam ni." kata Haikal nak tergelak.
"tak baiknya nak gelakkan aku." tapi muka Zahid pun macam tak percaya yang dia pegang buku-buku islamik macam tu. "da diam. aku ada terbaca something semalam." lepas tu Zahid selak-selak carik mukasurat untuk dibaca pada Haikal.



"mereka tidak mengetahui apapun dari ilmu Allah, kecuali bahagian-bahagian yang telah dikehendaki. surah Al Baqarah ayat ke 255."



Haikal amik fon dia and mula google pasal ayat ke 255 surah Al Baqarah. "weh Zahid. kau tahu tak ayat ke 255 tu ayat Kursi sebenarnya?"
Zahid terlopong. "laaa ye ke." lepas tu gelak kecik. "jadi, apa full version maksud ayat Kursi tu." Haikal pun gelak jugak bila dapat tahu yang Zahid tak tahu ayat tu dari Ayat Kursi.


"Allah tidak ada Ilah melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. Al Baqarah, 255."



"what is Ilah yang kat awal ayat tu?" tanya Zahid.
Haikal angkat bahu. "not sure. ni dari blog Indonesia. jadi Zahid. errr, kenapa kau bagi ayat ni kat aku masa mula-mula."
"aku tertarik dengan ayat dia 'mereka tidak mengetahui apapun dari ilmu Allah kecuali bahagian yang dikehendakinya.' macam kes kau, kau hilang ingatan, kau tak ingat apa. and ada certain thing yang kau ingat ialah hal-hal yang bagi kau macam entah apa-apa. but from that ayat Kursi, kita tahu like apa-apa yang terjadi mesti ada sebab. only Allah je yang tahu. and kalau Dia nak kita tahu, Dia akan bagitahu apa yang kita patut tahu je. benda-benda yang kau tak ingat tu, might be one fine day kau akan tahu. bila kau da ready untuk tahu."
lepas tu Zahid tutup semula buku tu. "da tu je aku nak kongsi dekat kau." Zahid gelak. "aku tak habis kampoi baca buku ni."
Haikal tergelak dengar ayat Zahid. Zahid bangun dari katil and letak balik buku kat rak. budak tu duduk semula atas meja belajar and turn on lagu balik. Scar Tissue by Red Hot Chili Peppers mula kedengaran dalam bilik.


Scar tissue that I wish you saw


Sarcastic mister know it all


Close your eyes and I'll kiss you 'cause


With the birds I'll SHARE


With the birds I'll share


This lonely view


With the birds I'll share


This lonely view


"Zahid, lagu ni sebenarnya pasal apa?"
"lagu someone yang rindu kepada someone yang lain."
"ooo."
"kau ada rindu siapa-siapa ke?"
"oh emm."


p/s
aku pun tak sure wether korang okay atau tak dengan chapter 14 ni. da la masa aku menaip ni dalam keadaan aku yang sakit perut. KAH KAH KAH. kambing biri-biri da balik Shah Alam! lepas ni tak la aku bosan sangat kalau tak tahu nak buat apa. esok aku da start intern! wish me luck!

kau tahu tak apa erti cuak? cuak itu ialah saya. doakan aku! thanks for reading and assalamualaikum :)


Thursday 15 January 2015

Kisah Adria #125

Adria ni anak buah aku. anak buah perempuan. nakal dia macam anak jantan. Nauzubillah min zalik. masa dia kecik - kecik dulu, aku selalu lempang dia kalau dia nakal. kah! ye. saya memang pakcik yang garang. nak dijadikan cerita, sekarang umur dia da 6 tahun.


dan cerita bermula...

hari senin lepas, aku balik dari uni aku naik motor. mak and ayah aku datang uni just untuk amik barang je and takde kerja la pulak nak pos motor dari uni ke rumah. aku pun wasalam je merempit dari uni balik ke rumah. merempit macam Zamri Baba la lagaknya. KAH KAH KAH.  sampai je kat rumah, kak long aku terus terjah aku. tak kasi aku rehat sungguh. kecoh gila kakak aku sorang ni.

"adik! jom teman kak long hantar Adria pergi sekolah."

"huh?"

"hantar Adria pergi sekolah. hari ni hari pertama."

aku buat muka. "malas la kak long. orang baru sampai kot. bontot penat ni. naik la kereta."

"jammed la. semua mak pak hantar anak dorang pergi sekolah. naik kereta mesti la jammed." Kak Long bagi alasan.

"emm, iyo la. tunggu jap. nak letak barang dalam rumah." aku kan adik yang mithali. kononnya! sebab tu setuju je nak hantar Adria pergi sekolah.

"nanti belanja air soya tau." sengih aku.

"iyo la."






"Adria kelas apa?" aku tanya.

"kelas 1 Bestari." jawab Kak Long. sekolah kebangsaan da bising dengan budak-budak yang menangis, mak pak yang maha ramai and macam-macam lagi la.

"oooo." lepas tu aku diam. aku tengok semangat sekolah rendah yang Adria masuk. haha. da lama jugak aku tak jejak sekolah rendah ni. dulu masa darjah 1, aku kelas Cekap. Cekap tu kelas yang ketiga dekat sekolah rendah tu. and mostly ramai budak yang da menangis sebab tak nak pergi sekolah. aku tergelak je bila tengok budak-budak tu. aku pandang Adria pastu panggil dia.

"Adria."

"apa?" Adria pandang aku.

"apesal tak nangis?"

lepas tu Adria gelak. "jahat la nak suruh orang nangis." Adria datang kat aku lepas tu cuba nak pukul aku.

Aku berundur lepas tu gelak. "meh sini." panggil aku.

"apa dia?" Adria datang dekat kat aku.

"cuba tengok tu." aku tunjuk dia kat satu arah. lengan lagi satu aku letak kat bahu dia. lagi satu tunjuk ke arah budak perempuan yang tengah nangis sebab tak nak masuk kelas. "apesal tak nak nangis macam budak tu. cepat la nangis."

lepas tu Adria cuba untuk pukul aku. terus aku mengelak laju laju. KAH KAH KAH.  mesti la tak kena kan kalau dia cuba nak pukul aku.

"da la. pergi beratur." bagitahu aku.

Adria jelir lidah kat aku sambil balik ke barisan dia. aku pulak tunjuk penumbuk kat dia.




Petang tu, aku nak pergi pasar malam untuk beli Roti John and Murtabak. naik motor la for sure.  Alang-alang nak pergi pasar malam tu, Kak Long suruh singgah sekolah kebangsaan untuk amik Adria dekat sekolah. lepas amik Adria dekat sekolah, kitorang bertiga gerak pergi ke Pasar Malam pulak. gila kalau terlupa nak beli roti john dengan murtabak? haha, mahu kena fire dengan Kak Ngah aku sebab benda alah tu dia yang suruh beli. aku kan orang gaji baru kat rumah, jadi menurut perintah je la arahan kuku besi kat rumah. haha.

aku bawak motor. Adria tengah-tengah and Kak Long paling belakang sekali. topik perbualan atas motor ialah pasal duit belanja Adria ke sekolah and apa je yang makcik kecik tu beli masa kat sekolah. sebelum tu aku tanya kat kak long,

"kak long bagi berapa duit belanja dia?"

"dua ringgit je."

dan perbualan bermula dengan aku .....

"tadi kat sekolah beli apa je Adria?" tanya aku. aku kan suka sakat budak kecik tu. hiks! sebab tu aku suka tanya macam-macam. sambil tanya-tanya, aku sengih jugak sambil bawak motor.

"beli kuih je." jawab makcik kecik tu.

"berapa ringgit." tanya Kak Long pulak.

"entah la mama. Adria main beli je."

Kak Long mula tak puas hati. aku pulak da berdekah gelak. KAH KAH KAH. jawapan Adria memang terbaik melangkau zaman betul la.

"tadi Adria beli berapa kuih?" tanya Kak Long lagi.

"dua."

"Adria kasi berapa kat makcik kantin?"

"dua."

"apa yang dua?" aku da tergelak lagi. "dua ringgit ke apa?" HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

"ada baki tak?" tanya Kak Long.

"entah."

dan Adria hanya sengih sebab dia tak tahu nak jawab apa sebenarnya. aku rasa anak buah aku ada masalah dengan duit la. tak tahu kira gamaknya. Kak long pulak da nak memekak.  "esok mama kasi seringgit je la duit belanja!"

dan sampai ke hari ni, aku tak tahu apa yang dua. dua ringgit ke dua puloh sen ke dua poluh belas ringgit ke apa. aku tak sangka la pulak isu duit belanja ni boleh timbul. dulu masa zaman kanak-kanak aku dengan kakak-kakak aku tak timbul benda masalah bagai macam ni sebab duit belanja kitorang ialah 40 sen je. jadi, apa-apa hal, 40 sen tu memang akan habis punya la and takde baki untuk kau simpan pun. parah jugak kasi duit belanja sampai 2 ringgit lepas tu tak tahu nak spend macam mana. haila haila.




tadi lepas aku mandi, aku terus duduk depan TV. aku tengok Adria da terbaring depan TV.

"eh Adria. apesal diam je?" aku macam pelik la. sebab selalu minah kecik ni lincah ke sana ke mari sampai aku rasa nak tolak dia masuk parit pun ye jugak sebab cakap tak berhenti. haha. keji gila kau ni!

"dia penat la tu." kata mak.

"penat?" aku da kerut dahi. "baru 3 hari sekolah da penat?"

Adria angguk-angguk je tanda penat sambil terbaring and pandang muka aku dengan puppy eyes dia tu. aku terus amik bantal lepas tu baling kat dia. "poyo. pergi balik rumah la. tidur." rumah Adria ni sebelah rumah aku je. jadi dia memang selalu ulang alik rumah kitorang - rumah dia setiap masa.

"emm ye la." lepas tu dia bangun and nak mula salam mak pak aku sebelum balik rumah untuk tidur.

"Adria." panggil aku.

"apa dia." Adria pandang aku.

terus aku baling bantal kena kat muka dia.

"sakit la!" lepas tu Adria baling balik bantal tu kat aku but of course, mesti la tak kena kan sebab aku mengelak pantas. haha.

"babai!" aku lambai kat dia.

"malas nak layan."

aku da gelak terbelahak



walaupun aku selalu kacau Adria, tapi dia still budak kecik yang baik. haha. walaupun kadang-kadang dia nakal yang amat, tapi mesti la aku still layan dia kan. siapa yang tak sayang anak buah? hari tu, masa cuti apa entah, aku bawak dia pergi Petrosains kat Suria nu ha sambil heret kawan kawan aku sekali. and dorang la layan anak buah aku tu sebab aku tak daya da nak jawab semua soalan non stop dia. haha.

aku kadang-kadang suka je layan budak-budak tapi kadang-kadang malas jugak. aku pernah borak dengan kawan aku.

"aku tak terasa nak kahwin la. tapi aku nak ada anak."

"amik je la anak angkat. tapi apesal kau tak nak kahwin?"

aku sengih je. "entah. mampu ke aku nak bahagiakan anak orang weh?"

"kau boleh punya."

"entah la." lepas tu sengih hambar.

"kau makin jadi macam mengkarung lepas putus cinta."

"diam la!"

Gelak.

kau rasa, mampu ke aku kahwin?


Saturday 10 January 2015

Rest in Peace wahai rakan #124

Kames ialah hari yang agak penat. aku ada test jam 830 pagi sampai 1030 pagi. Final paper for Eco tourism. aku rasa macam hauk gila aku jawab soalan Inca Trail, Machu Pichu, Niche product semua tu. dengan mengantuk bagainya sebab tak cukup tidur, aku pun memang tersengguk sengguk jawab dengan jawapan yang entah apa-apa.  jam 11 pagi terus sambung dengan presentation Ecotourism. Group aku buat pasal Mah Meri's tribe.  dengan secara tetiba aku jadi impromptu emcee. Bidan terjun sangat! cakap bahasa inggeris pulak tu. taram barabas aja la aku kat dalam kelas tu.

habis presentation je,  aku balik kolej. get ready untuk interview dekat Jaya One, dekat dekat dengan area UM - Asasi UIA sana. dengan hujan dia, aku pun redah la pi Jaya One dari uni aku dengan penuh gigih naik motor . Interview punya pasal, aku sanggup. nasib baik orang yang interview aku tu hansem. kbai. KAH KAH KAH.

habis je interview, aku balik rumah kejap, again , aku bawak motor dalam hujan. aku da terasa lencun macam 10 baldi penuh air berais kena curah kat atas kepala tanpa henti. rindu dengan family tersayang punya pasal, aku sanggup je. lepas makan petang , (aku makan ayam goreng dua! haha. rindu ayam goreng tau!) terus aku gerak balik uni aku sebab kengkawan aku buat BBQ. ye la. hari perpisahahan untuk semua sebelum masing-masing nak pergi intern. 9 bulan kitorang tak akan jumpa.

selalunya perjalanan aku amik masa 1 jam je dari rumah ke uni tapi disebabkan aku gerak dalam hujan sekali lagi, aku amik masa 1 jam 30 minit. hari tu memang hujan je. langit suram. langit mendung. menangis tidak berhenti, jalan licin, bahaya, aku pun rasa pelik. aku cuma ucap syukur je la. rahmat Allah turun dari langit kepada hambanya. takkan aku nak persoalkan la pulak. hujan ialah rahmat. titik.

on the way nak sampai tempat BBQ tu, aku tergolek jatuh. jalan licin. berlumpur la jugak. motor kotor. aku pun yang lencun makin jadi kotor. aku da mula nak maki-maki dalam hati. hati aku sakit. takpe la. sabarkan hati. aku nak mencarut pun, kawasan tu gelap and agak angker, jadi aku terus bawak macam biasa. pada asalnya aku nak ke tempat BBQ tapi terus cancel. aku balik bilik je terus sebab da kotor bagai semua. pastu tetiba ex aku call (aku rindu dia sebenarnya! poyonya Thakif masih berharap. tapi dia tak baca blog aku da. so, lantak la dia tak tahu pun aku rindu dia.) and kitorang gaduh-gaduh kejap, aku buat luahan perasaan sikit dekat dia and macam biasa, dia memang tak akan dengar apa yang aku cakap. I was like -,-, paper je la. tak nak dengar sudah. aku terus salin baju yang da basah - berlumpur bagai semua tu and then terus heading ke tempat BBQ.

park motor je terus aku datang kat kawan-kawan aku. tolong dorang masak kaki ayam. tetiba Hermi bukak cerita.

"kau tahu tak Fadzil da meninggal dunia?"

"huh?" aku pandang Hermi. "siapa? Fadzil? Fadzil Noor? Fadzil budak kita ke?"

"ye la. siapa lagi."

aku terus terdiam. "bila dia meninggal?" telan liur kejap sebab makin ramai orang yang aku kenal, meninggal tahun ni. badan da keras kejung sebab terkejut.

"petang tadi. lemas. banjir. depan rumah dia."

"macam mana dia.... boleh meninggal?"

"tergelincir. arus deras."

and lepas tu aku diam tak cakap apa sebab still terkejut. Shida kawan aku yang awal-awal da tahu pasal Fadzil,  da menangis kat tepi sudut sana.




aku makan berdua dengan Keping. makan nasi goreng, ayam BBQ, hotdog. langit masih gelap mendung tapi da tak hujan. angin malam sejuk je.

"aku macam tak sangka je Fadzil da meninggal."

"agak la." kata Keping perlahan.

"it is like. orang yang kau jumpa kat fakulti untuk jawab final exam. tapi the next day, dia takde sebab meninggal dunia. dia balik rumah sebab nak jumpa family dia. ye la. rumah family dia da banjir, exam pun da habis. tapi meninggal pulak. mesti mak dia sedih. bila aku fikir banyak-banyak, bila agaknya kita mati kan?"

Keping pandang aku, aku pandang Keping.

aku sambung cakap. "dia duduk depan aku masa Night Walk kem hutan. and tetiba aku terfikir, orang yang duduk depan aku masa Night Walk , masa tu akan meninggal dalam masa dua tahun akan datang."

Keping sambung makan. aku pun sambung makan.

berhenti makan pastu aku sambung lagi. "agaknya bila kita akan mati? it is like, malam ni kita BBQ sama-sama, and nanti kau nak balik kolej, tetiba kau meninggal. sedih la weh."

termenung.

"tu la. aku pun terfikir benda yang sama." balas keping tetiba.

Rest in Peace Fadzil. semoga kau tenang di sana. kami akan merindui kau.

p/s
selamat berhujung minggu semua. apa korang buat hujung minggu ni? aku da bosan gila. jom la jejalan! siapa nak lepak, buzz aku kat twitter yo!

@IncheThakif *malas nak letak link* hiks.




Thursday 8 January 2015

Impian seorang Sharky bersama pasangannya. saya teringin buat..... #123

aku ada baca blog Putera, aku ada baca blog uncle Nu'man. dua-dua cerita pasal apa yang dorang nak buat dengan pasangan dorang. tetiba aku pun terfikir pasal master checklist aku, (kemain Thakif! haha) what kind of activity yang aku teringin sangat nak buat dengan pasangan aku one fine day. itu pun kalau aku akan ada pasangan la. aku baru putus chenta ala-ala hati aku macam baru kena lenyek dengan bulldozer jalanan lepas tu kena pijak dengan gajah. hati aku hancur. so sad. tapi takpe la. hidup harus diteruskan. GO THAKIF!! life must go on, walaupun sedih nak mampus, bila bukak mata je, mata aku mesti jadi sembap, aku pun tak tahu apa yang aku mimpi sampai jadi macam tu. apa aku boleh buat. oh yeah! teruskan hidup anda. fuck cinta. aku benci cinta. KAH KAH KAH.

1) main game sama-sama.

aku selalu bayangkan, aku dengan pasangan chenta aku tu, duduk sama-sama depan TV, dekat ruang tamu sambil main games. aku ni jenis yang kurang main game like PS1, PS2, PSP, XBoX semua tu. bukan sebab aku tak nak main games tu tapi cuma family aku tak mampu nak beli segala jadah tu masa zaman aku kanak-kanak. jadi, actually, aku tak pandai main games semua-semua tu sampai la sekarang. pegang joystick pun rasa kekok, k ni tipu. haha. takde la sampai kekok tapi  aku agak noob la senang cakap kalau nak main game. kalau kau ajak aku main semua benda alah tu, aku memang akan amik masa untuk sesuaikan diri dengan benda-benda tu tapi aku akan teringin gila nak main and kalau orang ajak, aku akan terus setuju walaupun hampagas ke laut! impian aku like, aku dengan pasangan aku tu main game sama-sama, pastu dia ajar aku main game ye la sebab aku noob gila barabas kan, dia ajar aku dengan penuh sabar. kekekekekekekeek. pastu dia buli aku, asyik kalahkan aku je kat setiap games and I was like akan buat muka and konon-konon sedih la sebab kalah. and then pasangan aku tu akan buat-buat kalah bila main games and kasi aku menang sebab nak kasi aku ceria balik. HAHAHAHAHAHAH. I'm so hopeless romantic la. Thakif ni tak beragak bila hendak berangan! serius, itu yang selalu aku bayangkan untuk buat bersama pasangan aku. and kitorang berdua gelak ketawa non stop bila main game, siapa kalah kena buatkan air ataupun kena masak ke kena kemas rumah ke kena geletek ke apa.

2) mencari pantai di Laut China Selatan.

masa aku form 3, masa tu tahun 2008, I'm so young la back then! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.  aku follow abang ipar aku pergi Kerteh. dia ada outstation masa tu and aku pun follow je la sebab nak jalan-jalan. masa on the way balik ke rumah, kitorang lalu pesisir pantai Terengganu and then masuk Pahang sebelum masuk Negeri Sembilan and all that la. masa dalam perjalanan on the way ke Cherating, abang ipar aku ada berhenti kat satu pantai tu dekat area Terengganu. pantai tu tak komersial langsung pun. pantai yang belakang rumah orang je. tapi pantai tu sangat-sangat cantik! aku masa tu siap main lari-lari lagi. ye la, masa tu baru umur 15 tahun! sangat kanak-kanak masa tu. haha. dekat tepi pantai tu ada satu rumah je. rumah papan. terus pop out dalam kepala otak aku, seronoknya la ada rumah tepi pantai and I'm so jealous at that time. impian aku, aku nak carik balik pantai tu and duduk satu petang atau satu malam dekat situ puas-puas dengan pasangan aku.

dalam bayangan aku, like aku dengan pasangan aku, kitorang dalam kereta , bergerak dari selangor ke terengganu, dia pun tak sabar nak carik pantai tu dengan aku. pusing-pusing area terengganu untuk carik pantai tu semula. bukak map, gps bagai semua. over kan impian? kalau tak dapat pantai tu pun, pantai lain pun boleh. aku dan dia duduk hadap pantai sambil borak macam-macam cerita. fasal family, fasal kawan-kawan, fasal haiwan peliharaan, fasal zaman sekolah, zaman kanak-kanak ke dan macam-macam lagi. dan kitorang berdua kongsi cerita sambil pandang langit gelap, telinga dengar bunyi ombak, rambut terbang terbang sapu dek angin malam. ending kepada cerita malam tu ialah kiss di pipi pastu sengih sengih! poyo sangat aku bila berangan. haha.

3) Naik mana-mana bukit and tengok pemandangan yang boleh nampak bandar!

tak sangka rupanya impian aku ni semuanya sangat flora dan fauna! hahahahahhahahaha. tadi nak tengok pantai, sekarang nak tengok pemandangan atas bukit, macam tengok bandar macam tu. aku suka lepak atas bukit which is aku boleh nampak the whole city. macam dekat tempat aku belajar, kitorang ada satu bukit. kitorang panggil bukit tu ialah Bukit Rumah TNC sebab atas bukit tu ada rumah lama TNC yang takde siapa duduk da sekarang. kinda angker la jugak rumah tu sebab sebelah rumah TNC tu ialah kubur cina and kubur islam. the amazing part of that bukit ialah belah depan bukit tu kita boleh tengok Bandaraya KL such KLCC, KL Tower, Menara TM yang dekat dengan Midvalley tu and macam-macam lagi. kalau belah lagi satu bukit tu, kita akan nampak ladang, nampak Putrajaya, nampak landasan ERL and macam-macam lagi. aku teringin nak pergi tempat-tempat macam, I mean, atas bukit dengan pasangan aku. tutup mata. depa tangan, hirup nafas dalam-dalam pastu hembus. pastu sengih-sengih pandang antara satu sama lain. alaa, lebih kurang macam scene Haikal dengan Hisha masa pergi Menara Tinjau Burung tu. serius kan aku ni Hopeless Romantic gila. haha. nanti bila-bila kita buat ye Thakif bersama pasangan kita. dengan penuh gigih berharap. KAH KAH KAH walaupun .. woi.. sedar la takde sapa nak kat kau!

4) Travel! 

aku suka jalan-jalan. tak kisah la mana-mana. dulu , aku teringin sangat nak pergi Turki. sebab aku rasa Turki tu cantik dengan art and design dia. serius dulu aku terpikir nak pergi sama-sama dengan pasangan aku. naik kapal terbang sama-sama, duduk sebelah-sebelah and then bila aku mengantuk, aku akan baring kat dia. sendeng macam badan dia tu ala-ala bantal yang sungguh empuk la. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH. perangai tak boleh belah gila bila berangan. kah kah kah. tapi aku rasa travel ke luar negara adalah sangat payah sebab aku still student and aku kena carik duit lagi macam-macam bla bla bla. jadi, kita travel je la dalam Malaysia. haha. Travel dalam Malaysia pun sweet jugak. naik kereta, aku dan pasangan aku. disebabkan aku tak pandai bawak kereta, jadi pasangan aku tu la kena bawak kereta and aku pulak berlagak jadi co pilot. haha. poyonya berangan! aku akan bukak map besar dalam kereta and it is very old school la padahal sekarang da ada GPS. and kitorang akan berhenti mana-mana untuk rasa makanan Malaysia yang sedap contohnya singgah Perak untuk makan Nasi Ganja, singgah Penang untuk makan Pasembor yang femes itu pastu singgah mana-mana untuk buat macam-macam. pastu dalam kereta kitorang akan nyanyi lagu-lagu yang ada dekat radio. kalau dia mengantuk, aku akan borak-borak dengan dia. kalau dia lapar, aku sumbatkan (read : suap) makanan ke dalam mulut dia. kalau dia penat bawak kereta, aku urut-urut belakang dia  and kitorang travel mana-mana tempat yang dia suka ataupun aku suka. travel tempat-tempat yang dia nak sangat pergi and aku follow and tolong dia carik. bagi aku macam seronok. hahaha.

haih, makin aku taip ni makin sedih pulak aku. relax Thakif, relax.

5) sambut besday sama-sama.

tak kisah la sambut besday aku ke besday dia ke apa ke. asalkan sambut besday salah seorang dari kitorang la. haha. kalau besday dia, aku akan kol dia jam 12 tengah malam and berharap aku la orang pertama yang wish besday dia! aku teringin nak bagi dia hadiah. kalau dia ada banyak koleksi kasut, aku akan kasi dia stoking cantik lagi wangi yang penuh corak. poyonya ayat! skema gila. haha. nanti bila setiap kali nak pergi kerja, dia akan ingat kat aku sebab dia pakai stoking tu.  kalau dia ada banyak koleksi kemeja, aku akan kasi dia tie pulak. nanti kalau bosan buat kerja, dia tenung je la tie tu sampai tembus. hahahaha. mana tahu teringat kat aku pastu dapat semangat nak buat kerja. tak pun aku akan kasi dia singlet tidur. hahahahaha. macam takde benda lain nak kasi kan? kalau dia hisap rokok, aku kasi la lighter yang unik macam bentuk pistol ke tangan orang ke apa ke. pastu kitorang makan kek sama-sama sambil cerita impian hari jadi masing-masing apa. pastu tengok wayang, sambil tengok wayang, sambil tu jugak nak genggam tangan tak nak kasi lepas macam pasangan kita tu nak lari sebatu. hahahahahahahah. aku teringin dengar dia cakap, "hey, kat kafe ni, turun la cepat. kita jalan-jalan."

poyos, cukup - cukup la tu berangan.

-,-

ada banyak lagi checklist yang aku berharap nak buat and nak cerita tapi sekarang da larut malam. aku pun nak kena study and struggle, esok paper last aku. and then sambung dengan presentation and then petang esok aku kena pergi Jaya One untuk interview. dup dap dup dap jugak. haha. wish me luck and adios amigos! Assalamualaikum. checklist ni ialah benda yang aku nak buat dengan sunshine. tapi malangnya tak sempat nak buat satu pun sebab dia da jadi sunshine orang lain. aku rasa dia da kapel dengan orang lain so, the end berkubur. KAH KAH KAH. *gelakkan diri sendiri sebab hambar*

p/s
siapa-siapa yang belum solat isyak tu, jangan lupa solat ye. :) (masa aku buat entry ni baru jam 1130 malam, jadi jangan pelik la. haha) ada sorang kawan aku tu, setiap kali dia sakit, dia akan kasi tahu aku. haha. nak suruh aku jaga dia lettew. :P seronok ye masa aku jaga kau sakit dulu? hahahahahahahahahhahahahahahaha. aku kan manusia yang baik hati. hiks. k babai semua.





Tuesday 6 January 2015

Si Kosong level 2 #122


"kau okay?" tanya kawan aku.

"tak."

"aku harap kau okay."

"thanks."

"apa yang akan jadi lepas ni?"

"aku akan buat wall keliling aku sampai takde siapa boleh tembus. lagi kurang aku kenal dengan orang, lagi kurang rasa kecewa aku."

"apa kau rasa sekarang?"

"dada aku terasa mencucuk. sakit"

"dia tak sayang kau."

"ok."

p/s
esok aku ada exam dari 830 pagi sampai 1030 pagi. jam 11 pagi, aku ada event pulak. selamat exam semua. Assalamualaikum.

Sunday 4 January 2015

Remaja Chapter 13 #121

Haikal, Hisha dengan Hafid duduk bertiga dekat meja bulat yang ada dekat daalm Dewam Serindit tu. Hisha tak makan and bila Haikal ajak budak lelaki itu makan sama, terus fasi nama Hisha tu balas.
“naa, its okay. Da makan da. Aku da baham almost semua makanan yang ada dekat sini.” Lepas tu budak tu sengih memanjang tengok dia dengan Hafid makan. Haikal telek budak Hisha tu atas bawah. Kalau tengok sekali imbas, budak tu memang body lean fit habis. Ada muscle pada lengan. Selalu main bar la kot. Senyuman manis tapi kadang-kadang nampak muka macam serius la pulak.
Mindfuck sangat seorang Haikal bila dia telek seorang jejaka di hadapan matanya ini. Dan ye, dia terasa aneh bila dia usha dan telek sedalam-dalamnya seorang manusia bernama lelaki dan bukannya gadis.
“so, kenapa tetiba nak join kem ni? macam mana boleh tahu pasal kem ni?” tanya Hisha curios.
“kenapa tanya macam tu pulak?” Haikal sengih. “kem ni rahsia sangat ke apa?”
“tak la.” Hisha kerut dahi sikit.  “macam pelik sikit sebab korang berdua boleh masuk kem ni sebab ye la, kitorang pilih peserta pun secara randomized je. langsung takde spesifikasi apa-apa pun. jadi, macam mana boleh tahu pasal kem ni?”
“kakak aku kawan kepada salah seorang fasi kat sini.” Kata Hafid dalam. “ tu yang dapat tahu pasal kem ni. mula-mula kakak aku just ajak Haikal ni masuk. Aku macam tak terlibat sangat pun. Tapi tetiba kakak aku cakap, kawan dia perlukan lagi seorang untuk join kem ni. jadi aku pun offer diri la. so, dari aku melangut kat rumah tak buat apa, why not aku join kem ni.” Hafid jeling-jeling Haikal masa dia cakap macam tu.
Haikal pandang Hafid. Macam ni rupanya mamat ni boleh terlibat sama join kem ni. kalau aku tahu awal-awal yang Hafid ni join sama, memang aku angkat kaki je malas nak join kem ni.
“sebenarnya kem ni pasal apa?” tanya Haikal. “err, dia tak macam kem tentera kan? Kena bangun pagi bagai and ada roll call?”tanya Haikal risau. Aku malas betul nak join kem yang ala-ala tentera ni.
Terus Hisha tergelak. “takde la kiddo. No worries la. korang semua akan fun je kat sini. Kem ni ala-ala outdoor sikit. Kitorang try nak apply kan aktiviti outdoor kepada orang selain daripada uni kitorang. Ye la, nak try aktiviti yang kitorang ada kepada client baru. Selalunya kitorang just offer kepada universiti student je. So why not, ada satu hari tu, ada satu pegawai tu kata kat kitorang, apa kata buat selling product sikit and try buat income. Dia kata, kitorang semua ada skills jadi try la jual skills tu pada umum. And yeah, tadaa. Korang la semua kitorang punya first client. Takde kenakan bayaran pun sebab kitorang sendiri nak try and error and tengok wether this is good or not. Kalau good and dapat positive feedback, then teruskan je la. kalau bad and negative feedback, kitorang try tengok dulu mana yang salah and silap. Kalau still boleh diperbetulkan, kitorang akan betulkan and then teruskan jugak. Tapi kalau da sampai saturation point yang tak boleh diubah kesilapan tu, then cancel la program ni.”
“jadi apa je program ni offer? What kind of activity je yang program ni ada?” tanya Hafid.
“macam-macam.” Kata Hisha ceria.
“ye la. apa je yang ada?” tanya Hafid lagi. Haikal tengok Hafid sekali lagi. da kenapa mamat ni macam cold semacam je kat Hisha ni. relax la. bukannya mamat Hisha ni ada buat salah kat kita berdua pun. Yang tetiba nak marah semacam ni kenapa? Ke budak berdua ni ada grundge sebelum ni yang dia tak tahu? Ah lantak. Ada aku kisah la pulak kalau mamat berdua ni pernah gaduh sebelum-sebelum ni.
“em,” Hisha macam berfikir-fikir kejap. “alaa, tak surprise la kalau da bagitahu awal-awal. Nanti takde la surprise element. Korang berdua tunggu je la malam ni. malam ni start first activity. ” Lepas tu Hisha angkat-angkat kening. Haikal sengih je. Hafid pulak mencebik. Dia da terasa nak angkat tangan kat Hafid. Muka tu tolong la jangan cemberut sangat.
“okay la kalau macam tu.” balas Haikal seronok. nak tunggu si Hafid balas, memang entah bila agaknya budak tu nak respons. “tak sabar nak tunggu malam ni.”
Lepas tu Hisha main fon. Hafid terus sambung makan and Haikal termenung. Dia rasa macam pernah nampak Hisha la sebelum ni. tapi kat mana ye? Nak kata terserempak baru-baru ni, tak mungkin la pulak. Sebab kat sekitar Malaysia ni, berapa banyak tempat sangat la dia jelajah sejak dia balik dari Ireland. Paling jauh pun dekat Cherating, which is dengan Paan. Selain tu, hanya sekitar selangor. Pergi Negeri Sembilan pun masa tengok sekolah lama dia and masa tu dia just jumpa Imran je. lain memang takde pun dia jelajah jauh. Tapi kenapa, still dia rasa muka Hisha ni familiar habis.
“kita pernah jumpa ke Hisha?” direct je terus dia tanya mamat fasi tu. tapi bunyi soalan tu macam bangang jugakkan Haikal? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. entah kat mana entah kau rasa pernah nampak muka dia, dalam mimpi ke apa ke, entah entah muka wanted dekat TV ke, terus yakin tanya, sebelum ni kita pernah jumpa ke tak. ye, Haikal seorang yang bangang bila bertanya. tapi dia tetap eager jugak nak tanya. ye la , sebab dia memang rasa dia pernah nampak mamat ni somewhere. dia dari past aku ke? tapi kalau dia dari past aku, mesti si Hisha ni awal-awal da tegur aku dulu.
Hisha kerut dahi lepas tu tersenyum. “kenapa tanya?” Hafid pandang Haikal dan Hisha silih berganti
Haikal angkat bahu. “nothing much. saja je nak tanya. sebab muka nampak familiar. emm, pelik la.”
“apa yang pelik?” tanya Hisha lagi.
“im pretty sure yang kita macam pernah terjumpa sebelum ni. tapi...” Jeda.  “entah la.” Haikal gelak ceria. “malas la nak serabut.” bibir masih sengih.
“what happen to you actually?” tanya Hisha pantas.
“huh?”
“Hisha.” panggil seseorang dari arah muka Dewan Serindit. ketiga-tiga mereka berpaling pandang pintu untuk tengok siapa yang panggil Hisha. Haikal tengok ada tag fasi tergantung pada leher budak perempuan tu. budak perempuan tu berdiri dari luar Dewan Serindit sahaja. malas nak masuk la tu agaknya budak perempuan tu. Sebab kalau nak masuk Dewan Serindit ni kena bukak kasut.
“yup. apa dia.” Hisha bangun dari kerusi dan menuju ke arah budak perempuan tu. Haikal tengok je Hisha dari belakang borak dengan budak perempuan tu. dari meja makan, dia dengan Hafid tidak berapa nak dengar sangat perbualan antara dua budak fasi tu.
“Hisha tu pelik. nampak macam budak jahat je” kata Hafid tetiba. Haikal pandang Hafid.
“da kenapa pulak cakap macam tu. aku tengok dia macam budak baik je.” Balas Haikal. Mamat ni la kan. tetiba je cakap macam tu. suka-suka je nak tuduh orang lain pelik. padahal diri dia sendiri tu layak kena tendang masuk sungai Klang je. Hafid ni sejak datang kem kat sini , tetiba perangai nak jadi pelik.
“jangan rapat dengan dia.” amaran Hafid.
Haikal kerut dahi. “apesal pulak?”
“sekati aku la.” marah Hafid tetiba. “aku cakap jangan rapat. jangan la rapat.”
Haikal da speechless gila. mamat ni da kenapa tetiba nak marah aku. dia mampu geleng kepala. sejak bila pulak si Hafid ni jadi psiko kelas atasan pun dia tak tahu. “hey, what is wrong with you la Hafid. kita datang nak enjoy je tau. kau ada masalah dengan dia ke apa sebelum ni? kau kenal dia?”
“tak pun.” kata Hafid perlahan.
“da tu? yang nak naik angin sangat ni kenapa? bukan dia buat benda jahat kat kita pun. aku tengok dia tu baik je. takde macam muka budak jahat ke apa ke. dia ada buat dosa dengan kau ke?”
“tak pun.” balas Hafid perlahan lagi.
“good. da da. jangan nak buat perangai lagi.” kata Haikal kat Hafid. Haikal terus capai cawan untuk minum air. stres bila pikir perangai Hafid ni sampai kepala otak pun nak kena ada air.
“aku Cuma tak suka tengok dia macam nak rapat dengan kau.”
Haikal rasa nak tersembur da air yang ada dalam mulut dia. terus dia telan air minuman dalam mulut dia sukar. “what?” dia pandang tak percaya kat Hafid. Haikal legakan anak tekak dia. “Hafid. come on la. dia Cuma borak-borak dengan aku la. bukannya kitorang beromen ke apa ke. dia peluk aku pun tak. dan dan jugak kau nak jeles. yang nak jeles ni apesal?” Haikal geleng-geleng kepala tak percaya. “tolong la matang.” tambah Haikal perlahan.
“aku tengok dia macam ada niat tak baik kat kau.”
“err.” Hafid ni da mula la buat konspirasi idea mengkarung dia tu. “Hafid. listen here. Hisha tu good looking kot. aku ni macam debu kat tapak kaki kuda je. kau ni agak-agak la pun nak jeles bagai.” Haikal buat muka nak gelak. “aku rasa dia buta kalau dia suka kat aku. and aku terasa agak pelik bila berbual benda gay macam ni dengan kau. dan aku tak rasa mamat tu gay. macam kita.”




"Haikal." ada orang kejutkan dia perlahan. Haikal perlahan-lahan celik mata dan matanya silau tetiba. dia tutup mata balik.
"Haikal. bangun Haikal." orang tu goyangkan sikit badan dia. suara orang yang kejutkan dia tu masih perlahan lagi. mungkin tak kejut kuat sebab tak nak ganggu orang lain dekat dalam dorm tu kot.
tapi da siapa la pulak kejut aku pada waktu rembang petang ni. aku rasa macam baru tutup mata and landing atas katil je. Haih, mengantuknya. Haikal bukak mata perlahan-lahan and matanya terus tertancap pada Hisha yang sedang duduk atas katil, betul-betul sebelah dia baring. "Hisha." Panggil Haikal perlahan. budak lelaki tu clearkan anak tekaknya yang terasa tak selesa sebab baru bangun tidur. tekak terasa berpasir.
Hisha sengih je tengok Haikal yang masih baring atas katil dan terpisat-pisat matanya tu.
"da pukul berapa ni?" tanya Haikal pada Hisha. matanya terasa pedih sebab tetiba je kena kejut bangun tidur. dia masih baring atas katil. malas benar nak bangun and duduk dari katil. Haikal, kau ni memang tak sopan gila la! hahahahhahahahaha. dia da terasa macam Hisha melawat dia kat hospital dan dia sedang terdampar sakit atas katil sebab sakit yang tenat. sebab tu la dia tak larat nak bangun dari perbaringan. kononnya!
"pukul 530 petang." Jawab Hisha.
Haikal terbeliakkan matanya terkejut. "serius la da 530 petang?" Terus Haikal capai handphone dia kat tepi bantal and tengok jam dekat situ. memang da jam 530 petang pun. "sekejapnya da 530 petang." rungut Haikal. Haikal terus duduk atas katil. Haikal pandang Hisha balik sebelum matanya ditebarkan pada seisi dorm. ada budak lain yang dia tak pernah nampak tengah tidur atas katil. peserta kem yang lain kot, yang baru sampai masa dia tengah tidur.
"dorang sampai masa korang berdua balik bilik untuk tidur." terang Hisha.
Haikal mengangguk mengerti. betul la apa yang dia jangkakan. budak-budak lain tu sampai masa dia dengan Hafid tengah sesedap oranje tidur dalam dorm ni. hahahahahahahahhahaha. tapi katil ni masya allah, empuk yang amat kot. jadi jangan salahkan dia la kalau dia tidur lena tak sedar apa tadi.
"tapi... Hafid mana?" tanya Hisha.
Haikal pandang katil Hafid yang kosong kat sebelah sebelum dia angkat bahu. "entah. tak tahu."
"tak kisah la. Haikal, jom jalan-jalan." ajak Hisha. "aku bawak kau pusing-pusing kat bahagian Academic area nak? petang-petang ni bukannya elok sangat tidur pun."
Haikal celikkan matanya segar. "jalan-jalan pusing sini? nak! nak! nak!" kata Haikal teruja. "kita nak pergi mana je?"
"emm," Hisha jelas berfikir-fikir. "hahahahahhahahahahaha, da kenapa kau teruja sangat ni? siap-siap je la dulu. lagi 15 minit aku datang balik. kau pergi la solat asar dulu ke apa ke." Hisha senyum pandang Haikal.
Haikal perasan yang Hisha ni suka sangat senyum. hahahahaha. tapi apa salahnya, dia pun memang suka sangat tengok mamat ni senyum. tengok kurniaan Allah senyum, bukannya berdosa besar. "okies." Haikal sengih teruja. "lagi 15 minit kita jumpa."



Haikal dengan Hisha naik tangga berpilin itu.
"tangga ni menuju ke mana Hisha?"
"menara Rapunzel."
"mengarut."
"menara paling tinggi kat tempat ni."
"serius?"
"sangat-sangat serius." Hisha gosok-gosok kepala Haikal. "kau ni macam budak kecik la." gelak.
Haikal buat muka. "rambut aku rosak."
Hisha gelak lagi. "ada ke pikir pasal rambut. aku nak tunjuk tempat paling secret ni. bukan semua orang dapat naik atas ni."
"waaa, terasa sekresi gila sekarang ni."
"kurang ajarnya nada suara kau tu."
Gelak
lepas tu Hisha and Haikal terus mendaki tangga tu, dekat punghujung tangga tu ada pintu lutsinar. Hisha tolak kunci yang hampir berkarat tu sebelum dia dengan Haikal keluar dari tangga berpilin tu. semerta rambut dan muka Haikal disapu angin petang bila dia keluar je dari pintu lutsinar tu. biasan jingga - kuning terus terpa pada wajah mereka berdua. Haikal picingkan mata seketika sebab nak sesuaikan dengan cahaya matahari yang kena pada muka dia. rambut da berterbangan diterpa angin petang.
Haikal tarik nafas panjang lalu hela. mata dipejam. lepas tu celik balik. "cantik." Rambut da terbang-terbang sapu dek angin. Haikal sengih sebelum pandang Hisha.
Hisha pandang Haikal sebelum pandang depan tengok pemandangan. depan mata Haikal and Hisha, terbentang pemandangan hutan dan bandar pada masa yang sama.
"cantiknya." bisik Haikal perlahan. serius dia terasa seronok gila tengok pemandangan depan mata dia ni. biasan jingga cahaya matahari pun memang lawa je kat sebalik langit nu ha. pastu ada burung sana sini. Haikal tarik nafas dalam-dalam. lega dalam hirup uadar segar hutan. memang fresh habis! kalau nak suruh dia bertapa kat situ macam bertapa kat Gunung Bubu sepuluh tahun macam pendekar bertapa nak dapat kuasa sakti pun dia sanggup. the scenery is too beautiful untuk kau ignore macam tu je.
"sebenarnya ni menara tinjau burung. kalau siapa nak buat birding pagi-pagi memang sesuai la datang sini. esok pagi aku bawak kau lagi. ada set bino kat dalam Lab Eko." bagitahu Hisha. "tapi macam tak berguna jugak la." Hisha gelak tetiba.
Haikal kerling pandang Hisha. "apesal kau cakap macam tu pulak?"
"sebab aku tak mahir sangat pasal burung. macam lecturer aku, dorang memang pakar la pasal burung. even dengar bunyi burung je pun, dorang da boleh identify itu burung apa. aku yang wannabe newbie ni, memang hambar ke laut la." makin lama ayat Hisha tu makin perlahan tanda tak yakin dengan diri sendiri. lepas tu Hisha garu-garu kepalanya yang tak gatal. "tapi ada jugak certain burung yang aku tahu dekat sini."
"mana-mana je la yang mudah untuk kau Hisha." Haikal sengih. "aku rasa kau da tunjuk tempat yang sangat-sangat cantik ni pun, aku rasa da bersyukuran gila habis barabas. by the way, burung apa je yang kau tahu ada kat sini?"
"burung punai." jawab Hisha pantas.
Hisha dengan Haikal terus tergelak kuat. Haikal pukul bahu Hisha perlahan. "lucah la dia ni. burung tu berlambak. tak payah nak sebut pun takpe la." sengih Haikal lebar selebarnya.
"hari tu aku ada nampak burung Raja Udang dekat kawasan campsite bawah sana. dekat dengan area sungai sana."
Haikal tunjuk muka excited. "Raja Udang si Kingfisher yang biru tu ke?"
"aah." angguk Hisha. "tapi lecturer aku cakap, sini Tiong pun ada."
"perghhh." Haikal sekali lagi buat suara teruja.
"dalam hutan ni ada macam-macam. even Kongkang pun ada."
"kong what? kong apa Hisha? Kingkong?" apakah? dia terasa terfaktab kejap. KingKong ke apa? ke aku salah dengar? makhluk apakah yang Hisha nak cakap ni?
Hisha tergelak. "ada ke Kingkong. Kongkang la Haikal. Kong-kang. nama lain dia ialah Slow Loris."
"apakah Slow Loris tu?" suara pertanyaan Haikal makin lama makin tenggelam disapu dek angin petang.
"skemanya cara kau tanya soalan. hahahahahahahahahahaha. Makhluk tu dia macam ....."
dan Haikal menumpukan perhatian dengan apa yang Hisha cakap tanpa mengalihkan pandangan., Husyuk mendengar. Hisha pulak galak dan semangat menerangkan dekat Haikal pasal hutan tu. kadang-kadang rambut keduanya terbang sedikit bila disapu dek angin petang.
"sini dulu ada panther." jawab Hisha selamba.
Haikal terus lipat maut tengok Hisha. "harimau kumbang?"
"the one and only la. tapi dorang da keluarkan dari sini la sebab panther tu muncul dekat kawasan kejiranan area sini. ye la, keliling hutan ni kan kawasan rumah. kang tak pasal-pasal je Panther tu muncul dekat kawasan kejiranan Puchong - Kinrara. tak ke nanti jadi creepy gila babi. by the way, aku nak buat kuiz Wildlife ni alang-alang cakap pasal Panther. kau rasa kau boleh jawab tak?" Hisha angkat-angkat kening.
"tengok kaki la. budak KEMPAS ni. sure boleh jawab ni." Haikal selamba je jawab padahal KEMPAS tak KEMPAS, still dia rasa loser gila barabas kalau nak cakap pasal haiwan. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.. selalu jugak rajin tengok National Geography ataupun Animal Planet masa malam-malam kat rumah Zahid sampai berangan nak jadi macam dorang semua. tapi wasalam dia buta pasal haiwan. lagi-lagi bila Hisha nak tanya Wildlife, lagi la dia terasa hambar je jawapan yang akan dia kasi kat mamat tu.
Hisha tersengih. "okay,okay, kita tengok budak KEMPAS boleh jawab tak soalan ni. harimau kumbang dengan harimau bintang tu, sama ke lain? I mean, Harimau Kumbang dengan Harimau Bintang tu haiwan yang sama ke lain? adakah mereka adik beradik?"
Haikal terdiam kejap. dia fikir dalam-dalam. apa yang dia tahu Harimau Kumbang tu, warnanya ialah Hitam cuma dalam cerita pink panther tu je warna dia ialah pinkish and Harimau Bintang tu pulak ada dot dot dekat badan dia. dia pernah tengok Nat Geo buat ekspedisi jejak Djololo kat Savana dulu. Djololo ni harimau bintang yang famous dekat Afrika sana.
"mesti la lain."
"ye ke?" Hisha angkat-angkat kening lagi. budak tu provok Haikal.
"ye la. Harimau Kumbang tu warna hitam and Harimau Bintang tu, banyak dot dot dekat badan macam Polka Dot dekat kain tu." terang Haikal. kan? ke aku sorang je yang buta ilmu pasal Wildlife ni. hahahahahahahhahahahahahahhahahahahahahaha.
"salah la." terus je selamba Hisha cakap salah.
"huh?"
"Harimau Bintang dengan Harimau Kumbang tu ialah haiwan yang sama. cuma masa lahir, nisbah Harimau Bintang dengan Harimau Kumbang ialah 3: 1.jadi, sebenarnya, dorang ialah adik beradik."
"really la." Haikal jelas terpaku dengan jawapan.
"ye budak kecik." kata Hisha geram. dia gosok-gosok rambut Haikal lagi and lepas tu gelak bila dengar Haikal merungut pasal rambut dia yang da jadi serabai. "jadi jangan terkejut kalau dalam adik beradik tu, ada harimau bintang, tetiba ada harimau kumbang jugak."
"kesian harimau kumbang. nanti tak pasal-pasal mak dia ingat, dia tu anak angkat sebab warna dia lain."
Hisha senyum je. "beza manusia dengan haiwan ialah manusia je yang buang anak dalam tong sampah, dalam lubang jamban, tepi jalan and all that. setakat ni aku tak pernah lagi dengar pasal haiwan yang abandon anak dorang kecuali kisah Anak Itik Yang Hodoh. kau pernah dengar kisah tu?" tanya Hisha sambil menyeringai pandang Haikal.
"pernah pernah!" Raut muka Haikal jelas teruja. "kisah dia pasal anak itik tu....."
Dan Haikal serta Hisha galak bercerita tanpa henti dekat atas puncak Menara Tinjau Burung tu. mereka hanya turun bila dengar azan maghrib berkumandang dari jauh.
"jom turun." ajak Hisha. "maghrib sudah."
"ookies." setuju Haikal. "let's."


“okay, malam ni kita akan buat night walk.” Bagitahu Hisha. masa ni semua orang da berkumpul kat Dewan Utama. semua peserta ada 20 orang. 10 lelaki dan 10 perempuan. kira well balance la jugak. and nasib baik la semua peserta yang ada dekat sini semuanya seronok-seronok belaka. memang mix habis la. ada yang datang dari Terengganu, Kedah, Johor, Melaka and all that. kalau dalam hostel tu, memang meriah melayan kerenah budak-budak dari pelbagai negeri ni.
Haikal tengok jam. da pukul 11 malam. gila la -,-. da kenapa nak buat Night Walk tengah-tengah malam ni. aku da la lemah betul dengan malam and night walk ni. macam mana kalau nampak benda-benda pelik? hurm. -,- mulut tu tak boleh nak cabul lagi ke Haikal? lahanat betul pemikiran bila masuk mood malam-malam buta macam ni.
“okay, semua. jom berkumpul kat luar.” ajak Hisha.
Haikal terus bangun dan mengikut belakang Hafid. Sebelum dorang start night walk ni, dorang ada je buat aktiviti ringkas kat dalam Dewan Utama tu. biasa la , sebelum nak borak-borak and rapat dengan semua orang, mesti akan ada sesi ice breaking kan. bagi dia, sesi ice breaking yang fasi semua buat ni quite fun jugak la. mula-mula dia ingat Cikgu Syakila tu just drop dia dengan Hafid je kat kem ni and lepas tu terus balik rumah ke apa ke. tapi masa sesi ice breaking tadi, dia tengok kakak si Hafid tu pun ada sama. tapi duduk kat belakang je la. Hafid ada bisik kat dia and budak lelaki tu pun naik pelik apesal kakak dia tak balik rumah lagi.
"aku curious betul bila tengok kakak aku tak balik lagi. apa la dia buat agaknya kat sini?" kerut dahi.
"agak la. aku pun pelik jugak. aku rasa dia dating la dengan pakwe dia. dari tadi aku tengok dia dok betempek dekat seorang lelaki tu. kau kenal tak pakwe dia?"
Hafid mendengus nak tergelak. "motif aku nak amik tahu pasal siapa pakwe kakak aku." Hafid angkat bahu. "lantak dia la. aku nak enjoy je kem ni. eh, petang tadi pergi mana?" tanya Hafid
"oh?" Haikal sengih, "petang tadi pusing-pusing area sini."
"dengan siapa? sorang je?"
"mesti la bukan sorang. dengan Hisha. budak lelaki tu yang ajak." jawab Haikal sambil bibirnya menjuih ke arah Hisha. terus berubah air muka Hafid bila Haikal cakap yang dia pusing-pusing area situ dengan Hisha. "petang tadi kau ke mana? takde pun kat katil masa aku bangun dari tidur." tanya Haikal balik.
"oh, aku keluar kejap dengan kakak aku untuk beli barang sebab aku tertinggal tuala dengan berus gigi."
lepas tu Haikal dengan Hafid berhenti cakap sebab Hisha suruh beratur lurus-lurus and jangan bercakap sebab aktiviti Night Walk akan bermula sebentar lagi.
"okay. kita akan buat Night Walk kejap lagi." cakap sorang fasi kuat. apa entah nama mamat ni. Abu Hashim? Ali ? ah, gasak la. hahahaha. yang penting dia tahu, dia selamat je buat Nignt Walk ni tanpa nampak benda pelik-pelik.
"siapa yang nak pergi toilet, boleh pergi dulu. kembali semula ke sini dalam masa 5 minit. siapa yang tak nak pergi toilet, just tunggu sini je." arah Fasi tu. lepas tu Haikal terus gerak menuju ke toilet untuk berpipis. hahahahahahahahhahahahaa. berpipis pun boleh ye Haikal. tapi sumpah, malam ni agak sejuk. jadi dia memang terasa nak kencing sangat. lepas puas berpipis, terus dia basuh tangan and kembali semula ke barisan Night Walk. oh, dia da bukan berdiri belakang Hafid da. Hafid da beratur kat depan barisan. dia sekarang beratur dekat belakang budak lelaki bernama Aqil.
"okay, semua da ada? seluar semua da pastikan ketat? kita tak akan buat Solo Drop ke Blind Trail ke apa ke. memang Night Walk only. and kita pun tak akan release anda semua ke dalam hutan seorang by seorang. keluasan hutan ini ialah 1100 hektar. anda main-main masa Night Walk dan kalau anda hilang, tu masalah anda. jangan salahkan kami pulak. okay, rules and regulations Night Walk ni. macam biasa, siapa ada torchlight sila serahkan pada fasi. Fasi, pastikan hanya orang pertama dan orang terakhir je yang ada torchlight. yang lain-lain tak dibenarkan pegang torchlight." lepas tu ada beberapa orang fasi yang berjalan sekitar barisan peserta untuk pastikan semua orang serahkan torchlight yang ada. "kita akan buat headcount dari depan sampai ke belakang selepas ini. pastikan anda semua ingat nombor masing-masing. that is your name once you enter the forest. jangan gunakan nama anda langsung masa kat dalam hutan. faham?"
"faham" terdengar gumaman suara dari para peserta.
"okay good. Fasi, sila masuk ke dalam barisan night walk sekarang. akan ada fasi yang akan berada di samping anda sepanjang Night Walk. fasi ni akan menyelit-nyelit la kiranya." ada beberapa orang fasi mula masuk ke dalam barisan. tetiba Hisha berdiri kat depan dia. terus dia tegur ceria.
"eh Hisha!"
Hisha berpaling ke belakang. "Haikal! Laa, kau ke?" lepas tu Hisha senyum je sebelum pandang ke depan semula.
"Headcount please dari depan!" arah fasi yang incharge Night Walk tu. dan yang paling depan mula mengira nombor dari 1 dan bila sampai kat turn dia, dia sebut nombor 9 dan belakang dia sebut 10 dan seterusnya.
"okay, semua da ada nombor masing-masing? sekarang sila ingat nombor anda dan sila ingat muka orang depan anda. sila ingat muka orang di belakang anda. dont forget the number, the faces and all that. faham?"
"fahammmm..." terdengar gumaman suara dari para peserta yang nak masuk trail untuk Night Walk.
"ookay cool. kejap lagi kita semua akan masuk ke dalam hutan. tetapkan hati. tetapkan minda. yakinkan hati anda and berniat masuk hutan adalah untuk belajar. mulut tolong jaga dan jangan celupar sangat. perkataan yang anda hanya boleh gunakan dalam satu ahli kumpulan besar ialah KAYU dan DAUN. Kayu untuk berhenti dan Daun untuk bergerak. ingat ye. kayu untuk berhenti dan daun untuk bergerak. kalau anda rasa anda tertinggal and orang depan anda tinggalkan anda jauh, anda guna perkataan KAYU. sebut kuat-kuat sampai semua orang boleh dengar. anda sebut DAUN balik bila nak bergerak semula."
"cuak tak?" tanya Hisha pada Haikal.
Haikal sengih nak tak nak je. "agak la. aku tak berapa suka sangat night walk ni."
"jangan risau la." Hisha senyum pastu pegang bahu dia. "aku ada je. kalau ada pape, cakap kat aku je kay."
Haikal sengih balik. "yoo la encik superman. nanti aku suruh kau selamatkan aku kalau aku berada dalam keadaan yang berbahaya."
"bagus. ni la civi yang kita mahukan!" kata Hisha semangat.
"Hisha." panggil Haikal.
"emm," balasa Hisha tanda mendengar.
"selalu ke korang buat macam ni?"
"selalu la jugak. kenapa?"
"takde apa la. saja je tanya. takut sikit." memang nampak jelas gila kat muka Haikal yang budak lelaki tu takut nak masuk hutan.
Hisha gosok rambut Haikal pastu cakap. "aku kan ada. kalau kau takut sangat, nanti kau pegang bahu aku ke tangan aku ke apa ke."
"serius boleh?"
"yo la. boleh je. jangan kau putuskan tangan aku sudah la." lepas tu Hisha gelak. Haikal tersengih bila Hisha buat lawak bangang.
"nanti aku akan pegang kalau aku takut sangat. kalau tak takut, aku tak pegang la."
"mana-mana yang selesa la untuk kau. tapi jangan risau la. aku akan sentiasa ada untuk kau."
"jangan tinggalkan aku tau!"
"iye budak kecik."
Haikal sengih. "thanks superman!"
"sama sama kasih."



Haikal dengan Hisha baring terlentang sebelah sebelah atas jalan depan Lab Skill sambil mata tengok langit. Hisha pakai seluar sukan warna merah dengan sweater hitam. Telinga da terselit dengan earfon. Dia pulak pakai seluar sukan dengan sweater hitam jugak. dia yang ajak Hisha pergi kat sini.

lepas habis Night Walk tadi, dorang semua makan supper sebelum masuk ke dorm masing-masing. serius dia sangat seronok masa nightwalk tadi. dia tak la jumpa benda-benda pelik masa kat dalam hutan tu. thanks to Allah la. dia sangat-sangat bersyukur sebab dia tak jumpa benda-benda aneh-aneh. more dia jumpa banyak benda amazing. masa tengah supper tu, dia duduk sebelah Hisha. Hafid pulak tengah borak dengan orang lain. 
"Hisha. tadi aku perasan malam ni banyak bintang la. kat area mana yang kita boleh stargazing."
"kau nak tengok bintang ke?"
Haikal angguk laju. "boleh ke?"
"lepas makan ni, kau mandi, lepas tu kita jumpa balik kat sini dalam masa 15 minit lagi. okay tak?"
Haikal terus buat muka teruja. "sangat okay!"

Hisha cabut earfon kat telinga Haikal. "dengar lagu apa?"
"random." jawab Haikal.
"aku amik satu ye." pinta Hisha.
Haikal angguk.
Hisha cucuk earfon dekat telinga sebelah kiri manakala Haikal pulak pakai earfon kat belah kanan telinga. mata masing-masing pandang langit. malam ni bulan penuh. kat Telinga ada lagu Hypnotize by System of A Down.
"kita kat tengah bulan-bulan islam ke?" tanya Haikal.
"kenapa kau tanya macam tu?"
"sebab bulan bulat cantik je. kalau pertengahan bulan islam kan, bulan akan jadi bulat dan cantik."
"oh ye ke. aku baru tahu. ilmu baru untuk aku hari ni." Hisha sengih. budak tu pandang Haikal kat sebelah dia.
"heyy, aku pun dapat ilmu baru hari ni. pasal panther and harimau bintang! thanks untuk kau jugak atas info yang sangat bagus tu."
"sama-sama kasih."
jeda. keduanya diam.
"cantikkan bintang?" tanya Hisha.
"aah." angguk Haikal.
"kalau kat Banding lagi cantik."
"Ban.. ding?" Haikal kerut dahi tanda tak tahu.
"Grik, Perak. Area Royal Belum sana.  kawasan bintang yang memang berlambak amat. cantik sangat. aku teringin nak pergi lagi."
"kau banyak berjalan kan?" tanya Haikal.
Hisha sengih. "backpack dalam Malaysia je."
"nanti nak jalan mana-mana, ajak la aku."
"boleh. takde masalah. nanti aku contact kau." setuju Hisha.
jeda lagi. lagu Hypnotize bertukar pada lagu Knock Knock by Elizabeth Tan.
"aku suka lagu ni." kata Haikal tetiba.
"aku pun. mesti la kau suka lagu ni kan? kalau kau tak suka buat apa kau download lagu ni." Hisha gelak.
Haikal sengih. "betul jugak apa yang kau cakap tu. apa-apa pun, aku rasa lirik dia seronok gila."

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

"lirik tu cakap, kalau kau nak aku, kalau kau nak diri aku, jangan sakitkan hati aku." terang Hisha. Haikal pandang Hisha kat sebelah, "sejak bila kau jadi pentafsir lagu ni?"
"sejak 10 saat yang lepas." sengih.

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

"orang tu cuma nak perhatian je. lepas tu, dia nak pasangan dia  buktikan yang pasangan dia boleh kasi dia perhatian and of course tak abaikan dia."

Haikal diam je setiap kali Hisha kasi ulasan. tetiba dia terasa lagu ni sedih gila babi padahal rentak mangai rancak.

Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

"dia bukannya nak tunjuk diva ke perangai mengada ke apa kat pasangan dia. dia cuma insecure, dia cuma rasa tak selamat. dia tak nak rasa kecewa lagi. dan kalau pasangan dia rasa tak cukup lagi, tak cukup rasa kasih sayang ke perhatian ke apa ke and all that,, dia tanya kat pasangan dia. apa sebenarnya pasangan dia nak?"
mata haikal terpaku je kat dada langit.

"Haikal." panggil Hisha.
"emm," tanda Haikal mendengar.
"kenapa kau download lagu ni?"
"saja je."
"kau baru putus cinta ke apa?"
"mengkarungnya soalan tu."
gelak kecik.
"da tu?"
"aku download macam-macam lagu."
"aku tak persoalkan pasal tu. tapi lagu ni.."
"aku paling suka part lirik yang ni." kata Haikal pantas.


Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu


Haikal dan Hisha terus pandang langit layan perasaan.
"haruslah setia. jangan cakap bohong, jangan buat menangis, buat tersenyum, and ulang semula." Hisha bergumam perlahan. "kau tak rasa lagu ni sangat sedih ke?" tanya Hisha pada Haikal. lagu Knock Knock da bertukar ke lagu Sweter Weather by The Neighbourhood.
Haikal angkat bahu. "entah. aku main dengar je."
Hisha tepuk dahi. "aku rasa lagu tu sedih. kau ada sejarah ke apa ke?"
"sejarah apa?"
"cinta?"
"takde la. jangan nak mengarut."



p/s
masa Night Walk dulu, aku handle satu sekolah SBP ni. ada sorang budak lelaki ni dia memang takut gila masuk hutan sebab dia takut pacat. sepanjang jalan, dia peluk pergelangan tangan aku. I was like. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA. terasa macam ada adik pulak. ye, budak tu memang comel.

Thursday 1 January 2015

Tahun 2014 saya, ceritanya begini #120

tahun 2014 bermula dengan agak penat which is ada Simposium Antarabangsa yang aku kena handle dengan kawan-kawan semua dekat universiti aku. aku part of Academic Division and kerja-kerja Academic Division ialah kena baca abstract, uruskan forum, slide , presentation, jadi emcee, dan macam-macam lagi la pada waktu kejadian. aku rasa baca abstract la benda paling alergi pernah aku buat dan -,- pfftt. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. susah jugak ya nak edit abstract ni.



ni antara abstract yang aku kena baca and edit kalau ada salah bahasa ke apa ke. I was like -,- HAHA, Muet aku da la setakat band 3 je, lepas tu kau nak suruh aku betulkan BI orang lain. heh, senyum sorang sorang bila aku ingat balik. benda-benda ni semua memang kasi pengalaman la dekat aku sungguh-sungguh. tapi jumpa kawan dari luar negara macam Guam, Jepun, China *BI buat aku pening kepala je.* India *aku suka gila dengan BI dorang. almost perfect gila babi*, Thailand and macam-macam lagi la. banyak benda and perkara buat dengan dorang semua ni. heh.

habis je simposium ni, aku terus tolong classmates aku handle Family Day Fakulti Engineering. masa tu kena handle kayak and flying fox. aku dengan yang baru balik dari Sayonara - Farewell Party terus datang ke tempat kayak untuk sentri di malam hari. haha. aku suka sentri kat tempat kayak ni sebab aku boleh baring atas campbed dekat tepi tasik secara beramai-ramai, selubung dengan sleeping bag, lepas tu baring terlentang hadap langit. kalau ada bintang memang cantik gila barabas.

tahun 2014 ni jugak la aku start naik kapal terbang sorang-sorang je. First time aku naik kapal terbang sorang-sorang ialah ke Sabah. and kali kedua aku naik kapal terbang sorang-sorang ialah ke Korea Selatan. dua-dua pengalaman yang seronok. hee. bukan selalu kan seseorang tu naik kapal terbang sorang-sorang, jadi, bila aku dapat buat macam tu, memang aku feeling backpack habis la.

aku pergi Sabah sebab masa tu bercuti dengan kawan-kawan. cuma flight aku paling lambat, jadi aku sorang je la dalam kapal terbang. masa dekat Sabah, tu la first time aku pergi Island Hoping dekat sana. Masa tu la first time aku jejak Manukan, Mamutik and Sapi. Sapi was amazing gila! Mamutik bagi aku biasa-biasa je and Manukan pun terbaik jugak. cuma Sapi is the best la. dia punya coral memang sangat-sangat lawa dan ikan dia pun amazing gila. and masa tu jugak la tapak kaki aku macam koyak sikit sebab terpijak coral. hurm -,- coral ni cantik je lebih tapi tajam dia memang subhanallah min zalik.


masa ni baru sampai Manukan kalau tak silap aku. aku pun tak berapa sure sangat. tapi journey Sabah aku memang sangat-sangat seronok. balik je dari Sabah, aku pecah masuk Asasi UIA follow kawan aku. dengan kaki aku yang terincut-incut sebab coral, nak kena panjat pagar asasi UIA tu lagi, dengan amplang bagai kat tangan, hahahahhahahahaha, semua tu memang troublesome sungguh la. nasib baik aku tak tergolek masa panjat pagar tu.

tahun 2014 jugak la aku kenal dengan budak MIAT. kitorang jumpa first time dekat MPH Midvalley Megamall and then dia amik aku dekat kelas bla bla bla sampai la jadi rapat gila barabas. and tahun 2014 jugak la aku sambut Earth Hour sambil keliling universiti bawak lilin dalam cup dekat tangan. lagi seronok sambut Earth Hour tu sebab kitorang sambut ramai-ramai and ada la jugak dalam bilangan almost 500 orang peserta masa tu. aku rasa macam zombi bawak lilin pun ye jugak masa tu. haha. dengan gelang warna warni glow in the dark dekat pergelangan tangan bagai. aku feeling the Purge pun ya!

tahun 2014 jugak la aku pergi interview ke Korea Selatan and amazingly, aku berjaya. hahahahah, ianya adalah sangat pelik sebab at the first place aku ingat aku tak dapat tau pergi Korea tu. sebab yang apply adalah sangat ramai and yang datang interview pun sangat-sangat ramai. yang datang interview ada la jugak dalam 50 orang macam tu and walaupun aku enjoy dengan interview itu, still aku rasakan, emm, tak dapat la ni kot. aku ingat lagi masa tu aku dalam kelas Consumer Behaviour, sekali ada kol masuk kat fon aku. aku pun mencicit la lari ke luar kelas macam dapat important call dari Najib je. kononnya. haha.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Thakif?"

"ha, ye saya." aku da was was. siapa la pulak yang kol ni?

"ada kat mana ni?"

"saya kat puchong. kelas dalam hutan hari ni. kenapa ye? siapa ni ye?"

"oo, ni Kak Dee. yang interview awak hari tu. Akak nak bagitahu yang awak terpilih ke Korea."

masa tu aku da lompat-lompat riang ria raya da. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. seronok gila barabas wa cakap sama lu.

"nanti cek email ye. akak ada forward email dekat awak."

and the rest is history. heh, and setiap kali aku ingat kenangan ni, mesti aku akan sengih sorang-sorang.


tahun 2014 ni jugak la aku dengan kawan-kawan aku seramai 5 orang terjah Indonesia. kitorang pergi 5 hari. 2 hari dihabiskan dengan Forest Conference and baki 3 hari kitorang habiskan untuk berjimba. and masa ni la jugak , first time aku naik tren dekat Indonesia and terjah wasalam je pergi Bogor dari Gongdangdia. naik tren dekat Indonesia adalah salah satu pengalaman paling unik and paling menarik la pernah aku rasa. naik tren dekat Indonesia for sure memang sangat-sangat berbeza dengan Malaysia.


masa ni baru sampai dekat Bogor Train Station. ingat tak awal-awal entri aku cakap yang aku ada handle Simposium dekat universiti aku? salah seorang peserta dia ialah students dari Bogor Agriculture University. bila sampai Bogor je, budak-budak Bogor ni da siap tunggu kitorang kat situ and then dorang bawak kitorang jalan-jalan. 

tahun 2014 ni jugak la aku kenal ramai orang penting. macam Sunshine, Di and Mim. pastu aku jumpa Putera dua kali dekat KLCC and masa tu dia baru balik dari aussie. hahahaha. sesungguhnya jumpa Putera ialah one of my impian sepanjang zaman la. heh. Putera memang cool barabas. Sunshine tu korang da kenal la siapa kan. aku da pernah tulis banyak kali kat entry entry sebelum ni pasal dia. Di and Mim ni pulak aku kenal dalam keadaan yang tak sangka-sangka. aku kenal Mim dulu dari kenal dengan Di. masa tu Mei 2014. ada wassap masuk kat fon aku.

Mim : kau free tak on ...... *aku tak ingat tarikh dia*

Aku : kenapa?

Mim : aku nak kawen da. nak ajak kau datang.

Aku : eh kau ni. haha, seriously la?

and start hari tu aku kenal dengan Mim ni. walaupun tak jumpa lagi masa tu, dia still da ajak aku datang majlis perkahwinan dia. 

Aku : tapi kita tak kenal pun and tak pernah jumpa. macam mana kalau aku datang and kau bukannya borak dengan aku sebab tak kenal HAHAHHAHAHAHA. 

and the rest of the story, aku tak pergi pun majlis perkahwinan dia sebab aku prepare nak ke Korea Selatan masa tu. banyak benda nak kena handle at that time. aku kenal dia masa dia pick up aku kat kolej and kitorang sama-sama gerak pergi Sungai Gabai. 

Mim : eh kau okay tak ni naik tangga banyak-banyak?

Aku : penat la weh. haha.

aku pernah jugak bawak dia pergi tempat belajar aku kat Puchong nu ha. Mim ni budak suka travel and outdoor sikit jadi bila aku bawak dia pergi tempat belajar aku, aku sure dia akan suka gila punya. kitorang sampai je kat tempat belajar aku, aku terus kasi Halmet dengan basikal dekat dia, lepas tu kitorang sama-sama masuk hutan naik basikal. feeling Mountainbike gila masa tu. haha. balik je dari berbasikal lepas satu jam cenggitu and pergi air terjun jugak masa kat dalam hutan tu, basuh basikal, letak basikal kat dalam stor, lepas tu aku start tunjuk kelas-kelas aku belajar dekat dia. end up kitorang pergi and borak dekat menara. aku berborak dengan dia masa tu dekat Menara Tinjau Burung. ye, kitorang ada menara atas kelas yang agak tinggi and boleh tinjau Puchong. cantik tempat tu!

tangga berpilin menuju ke menara tinjau burung


Mim : bila aku tengok tempat belajar kau ni, membuatkan aku nak belajar balik. aku nak amik course kau boleh tak?

Aku : kalau rasa nak kayak 3 jam non stop boleh la amik course ni. haha.

Mim : tak nak la aku! benda lain boleh but not kayak. 


aku kenal din pulak masa bulan puasa. dia kol aku guna nombor digi dia itu. kitorang borak panjang and mengisi masa lapang dengan benda-benda lagha. KAH KAH KAH. ada satu hari tu.

aku : aku ada masalah la.

di : ye ke. kau kat mana?

aku : rumah. 

di : share la dekat aku. kita jumpa.

aku : mana?

di : mana okay?

aku : shah alam?

di dari Suria KLCC , gerak ke TBS amik kereta dia and then dia gerak ke shah alam untuk borak-borak and dengar masalah aku. baik gila kan di ni? aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. tapi di suka buli aku. hahahahahaha. sangat-sangat suka membuli. kesian aku hari-hari asyik kena buli je dengan mamat tu. both Mim and Di da kahwin and dorang memang macam abang aku yang baik. so, korang takde chance la nak kenal dengan dorang. KAH KAH KAH. best la borak dengan dorang berdua ni. di pernah datang raya rumah aku.

Mak : eh di tidur la sini.

Di : err, err

Aku : mak, dia tak boleh tidur sini la. dia da ada isteri. kena balik rumah.

Mak : laa, kenapa tak cakap awal-awal yang dia da kahwin. 

aku gelak je la lepas tu. KAH KAH KAH. 

tahun 2014 ni jugak la aku addicted dengan cerita ROOMMATE dari Korea Selatan itu.


cerita-cerita roommate ni bagi aku memang sangat-sangat seronok and selalu buat aku tergelak terbahak-bahak je la bila tengok. sekarang da sampai Season 2. setiap episode tu dari season 1 memang aku follow sampai la sekarang. aku rasa kalau stres je, aku tengok la cerita ni sampai stres aku tu hilang. dan ye, cerita ni memang boleh buat aku hilang stres punya! haha. 

banyak lagi kisah 2014 yang aku nak tulis. ye la. dalam 365 hari mana boleh aku nak muatkan semua dalam satu entry je kan? apa-apa pun, selamat tahun baru dan semoga semuanya sihat walafiat selalu :) till we meet again and assalamualaikum :)

p/s
lama-lama aku makin naik angin and aku da terasa nak mencarut. tapi sabarkan je la hati.