Nuffnang

Monday 30 June 2014

Welcome to South Korea! #97



aku touch down korea selatan lebih kurang 20 Jun 2014, 7 pagi. masa tu 5 pagi da siang wassalam pun. memang awal gila. kah! aku naik MAS dari KLIA ke Incheon Airport. thanks to my uni la yang kasi tiket flight pergi and balik. jadi aku akan flight balik ke Malaysia on 17 Julai 2014. lebih kurang aku macam lepak sebulan la kat sini. aku tak boleh nak tunjuk gambar banyak sebab kamera aku buat hal. I dont know what wrong with the memory card, tak boleh pulak nak masuk dalam lalptop aku. jadi aku kena tunggu balik rumah and ada USB baru boleh release gambar. kah! ayat nak kemain. release gambar katanya! bangang.

1) apa yang kau buat kat Korea Selatan sebenarnya?

ni macam semua orang tanya aku soalan ini. hahahahahaha. uni aku memang ada MoU dengan CNU *nama uni tempat aku belajar ni* jadi sekarang CNU ada buat summer camp, jadi bila uni aku bukak offer, siapa-siapa yang nak pergi summer camp, boleh la hantar borang and datang untuk interview. well, the interview is tough. ada 50 orang yang datang interview and kau memang all out habis la. uni aku bagi 5 nama dekat CNU tapi CNU amik 2 orang je which is aku and another indian girl, Yaya. jadi, aku berjaya lepasi interview and yeah, right now aku kat Korea. :) weehuuu dan bersummer camp sekarang ni. kah! sampai sekarang aku macam tak percaya yang aku berjaya dalam interview tu. tapi selain aku dengan Yaya dekat CNU, ada lagi budak uni aku kat Korea Selatan ni. Azmi dekat SNU and 2 orang lagi dekat KNU.

2) How's Korea Selatan?

bagi aku Korea memang negara yang menarik la. tapi a lil bit expensive. aku pulak bawak 300 000 won je bersamaan 981 myr je. memang wassalam tak cukup la. jadi buat sesiapa yang nak berjalan-jalan di korea and puas hati, at least bawak 2000 myr. yeah, anda bakal puas hati kalau macam tu. kalau nak banding barang-barang kat Malaysia, harga kat Korea memang agak mahal. tapi ada je harga yang lebih kurang sama. tapi most of it, memang mahal.

3) Summer kat Korea Selatan? okay?

aku ingat summer kat Korea will be really hot macam kat Malaysia jadi aku pun tak bawak la sweater and any long sleeve shirt. fuck habis. aku ada bawak kemeja and yeah, it is long sleeve, tapi takkan aku nak pakai kemeja hari-hari. masa aku touch down Incheon Airport, suhu ialah 21 darjah celsius. this is not summer, this is Cameron Highland woi! tapi da seminggu lebih aku kat sini, lama-lama panas dia macam Malaysia la. panas dia tak berpeluh. panas dia ialah terik yang memang buat mata kau tak boleh bukak langsung. disebabkan aku ni pakai cermin mata, jadi aku memang tak menggalakkan diri sendiri tanggal cermin mata kalau aku keluar sebab ianya akan terlampau silau dan mata aku akan sepet gila babi punya la. orang akan kata, "cina ke kau ni?" hahahahahahaha. takde la. gurau je. dengan kulit cokelat sebab main parit kecik-kecik, celah mana nak jadi anak cinanya! kah!

4) macam mana dengan makanan?

well, nak carik makanan halal kat sini memang payah sikit. aku makan kat kafe CNU and totally free. tapi kira bless la jugak sebab kafe CNU sediakan 2 menu. kalau set menu A ada Dwejikogi (pork / daging babi atau whatever kau panggil dia) set B, takkan ada Dwejikogi tu. depends la jugak. kadang-kadang vice versa. kadang-kadang dua dua menu takde pun benda alah tu. kadang-kadang dua dua menu tu ada Dwejikogi. tapi memang asing tepi je la tak makan kalau ada benda alah tu. tapi sumpah dekat sini most of the makanan ialah sayur. its like SAYUR everywhere! aku da macam pecinta makanan arnab kau tahu tak, and yeah. dari tak suka makan sayur kat rumah sendiri sekarang kena survive untuk kekal sihat walafiat di negara orang dengan makan sayur.

5) macam mana dengan hostel? seronok?

masa aku masuk hostel dia ni. perghhhh. terbaik duh! macam aku duduk CNU International House, Oh Dong. Oh dong ni maksudnya Blok number 5 / Blok 5. jadi dalam bilik aku ada 3 orang roomate termasuk la aku. 2 orang roommate aku yang lain ialah korea jugak. sama umur and dua dua budak korea tu amik Aerospace engineering. nama diorang ialah Dong Joo and Seng Woon. dua dua memang baik and alhamdulillah la dorang boleh cakap inggeris jugak. jadi sepanjang masa kat sini aku cakap bahasa inggeris unless aku jumpa Yaya baru la aku cakap Bahasa Melayu. tu pun boleh kira dengan jari je. hahahahahahaha. jadi, dalam bilik aku ada 3 katil. 3 almari. 3 meja belajar. 1 air cond. 1 kipas siling. 1 bilik mandi 1 beranda. 1 tempat sidai baju. 1 peti ais. 1 mesin basuh. kalau da ada TV dalam ni memang aku bless habis la. bilik aku kat aras 6. so, yeah. quite okay la :)

6) macam mana dengan kengkawan? best?

part ni paling terbaik dan seronok gila. disebabkan CNU ni banyak MoU dengan negara lain, jadi banyak bebudak dari negara lain join sama la Summer Camp ni. jadi, dalam satu kelas tu lebih kurang ada 20 orang pelajar ke entah berapa the exact sebenarnya. aku tak amik peduli untuk kira. jadi aku dengan Yaya dari Malaysia. 4 orang budak nursing dari Thailand. Meeghan and Tinuke dari USA. Paul, Lucas, Kelly, Francois dari Perancis. Doris, Rolf and Daniel dari Germany. Vivianie plus Wellington dari Brazil, Hermen and Elle pulak dari Kanada and last sekali Tim dari Taiwan. jadi bila kau ada kawan dari banyak negara ni memang seronok la untuk borak. banyak benda kau boleh borak and banyak benda kau boleh share and banyak benda kau boleh tanya bla bla bla. memang seronok habis. even kadang-kadang tajuk perbualan kitorang ialah.

"hey, what is your favourite cartoon?"

ataupun

"do you guys know this cartoon or anime....?"

dan yeah, memang seronok :')

7) kat summer camp tu, apa yang kau buat?

apakah yang aku buat kat summer camp? it is like, semua kawan aku macam, "weh, nak souvenir" nak itu la nak ini la. memandangkan aku pun cemberut and ikat perut nak survive dekat sini, so, say babai la kepada segala jadah souvenir tu. untuk coursemate, next semester, kita punya trip memang akan ke Korea Selatan pun, so, kau orang tak payah nak souvenir jadah-jadah semua tu. jadi, kat summer camp ni, bukan la aku berfoya foya 24/7 keluar berjoli - joli sana sini macam apa je. aku ada kelas la sebenarnya. kelas sesi pagi. 9 pagi sampai 12 tengah hari. kelas Cross Cultural Language and dari 1 tengah hari sampai 4 petang aku ada kelas Korea Level 1. and alhamdulillah la , apa yang aku dengar cerita, aku boleh transfer kredit untuk bawak balik uni. Cross Cultural Language is 3 kredit and Korea Class is 2 kredit. -,- aku pun tak paham kenapa Korea Class tu 2 kredit je padahal sama panjang waktu jam belajar dengan kelas Cross Cultural Language tu. apa-apa pun, aku suka Cross Cultural Language class sebab kitorang macam banyak buat perbincangan sana sini dari dengar lecturer kat depan cakap. belajar kat sini memang different. aku suka gaya belajar kat sini.

8) ada jumpa Malaysian dekat Korea?

ada, ada. masa aku sampai Korea, aku mintak tolong kawan aku untuk bagi contact number sepupu dia yang study dekat Korea. jadi , nama dia ialah Anis. lepas kenal Anis, aku kenal pulak dengan Farouq. lepas tu kenal pulak dengan Epin. then kenal Hadi, Hatta, Zahir, Khoka dan macam-macam lagi. hahahahahaha. jadi Anis dengan Epin bawak aku pusing Seoul. pusing sana sini naik Subway and Bus. Hatta and Zahir pulak bawak aku pi beli barang untuk dorang buat lauk berbuka. Farouq pulak bawak aku jalan kaki, aku rasa aku jalan 2 km kot! ahahahahah, lalu kat tepi Han - Gang. Han Gang ni sungai terpanjang dekat Korea Selatan. dia merentasi Korea Utara dengan Korea Selatan. Gang tu sungai sebenarnya. jadi nama dia ialah Sungai Han. aku suka subway dekat Seoul sebab dia sangat bagus dan power. dia ada 9 line semuanya dan kau boleh pergi ke mana-mana guna subway. aku sempat jugak pergi Itaewon untuk tengok masjid dekat Seoul ni. not really big masjid but yeah boleh la dari takde langsung.

macam yang Epin kata, memang Itaewon ni kawasan mostly muslim, boleh jumpa masjid, boleh jumpa ayam halal, beef halal and all that, tapi adalah sangat ironik jugak sebab bersebelahan dengan kedai-kedai halal tu ialah kedai-kedai beer and clubbing sana sini. macam Epin cakap, kalau baru lepas sahur dekat Masjid Itaewon ni, nak balik ke rumah, mesti akan nampak lampu-lampu clubbing ni still bernyala lagi.

aku macam wow jugak actually sebab budak-budak Malaysia yang study kat Korea ni semuanya fluent gila barbie cakap korea. masa aku follow Epin dengan Anis pusing Seoul, Anis ni budak IU , sama uni dengan bini Ally Iskandar,  dorang ada pi satu pasar ni, aku tak ingat la pulak nama pasar ni tapi Anis kata, ni la tempat orang beli kain murah pastu jual mahal gila kat Malaysia. hahaha., macam sial je perangai. disebabkan this wednesday, Anis dengan Epin nak balik Malaysia, jadi dorang pun beli la souvenir untuk angkut balik Tanah Melayu. jadi dorang pun main la tawar menawar. aku da boleh nganga mulut jugak la sebab gaya dorang cakap dengan orang-orang kat pasar tu macam borak dengan rakyat malaysia je. memang tabik doink toink la. aku tanya Anis dengan Epis.

"berapa lama kau orang belajar korea?"

"9 bulan dekat Intec, setahun dekat SNU."

perghhh! dasat!

10) jadi apa perancangan lepas ni kat korea selatan?

bebudak Germany, Brazil dengan Taiwan kata dorang nak terjah Busan pulak minggu ni. disebabkan aku running out of money, jadi maybe aku stay bilik je kot minggu ni. ataupun pergi Downtown dekat district tempat aku belajar ni. sebab another week, roomate aku ajak pergi ChongJoo *tak tahu eja* la pulak. jadi memang kena simpan duit la gamaknya. lepas tu kena hantar terma paper 5 muka surat untuk kelas Cross Cultural Language and ada test untuk kelas bahasa korea level one.

jadi tu je la cerita pasal aku kat Korea Selatan ni. kalau ada apa-apa soalan nak tanya regarding Korea Selatan ke apa ke , boleh la tanya apa-apa soalan sekali pun. tapi kalau nak tahu over sangat pasal korea pun, aku bukannya boleh jawab and tahu sangat. hahahahahhaa. aku cuma tahu sikit-sikit je. tapi if you ask an experience, aku rasa aku boleh jawab la kot.

sekian, cerita dari aku. happy reading!

CNU - Chungnam National University
SNU - Seoul National University
KNU - Kangwoon National University
IU - Inha University

p/s
happy fasting semua!

Thursday 26 June 2014

Manuskrip Gay. Remaja Chapter 8. #96

aku sebenarnya banyak kali tukar chapter 8 ni. dengan emosi aku tak stabil sebab nak makan makanan Malaysia. aku rindu ayam goreng!!! dan KFC dan cendol. dengan cuaca kat korea yang sejuk padahal tengah summer. dan yang aku asyik mengantuk sepanjang masa. aku pun tak tahu kenapa. kat sini, aku banyak makan sayur dan sayur dan sayur dan sayur. yeah, macam makanan arnab! hahahahahahhahahaha. tapi yeah, still sedap :)

nanti aku akan ceritakan serba sedikit apa yang aku buat dekat sini. oh ye, aku tahu ramai orang hantar soalan kat google form tu. tapi tunggu sedikit masa ye, baru aku balas semua soalan-soalan tu. :) maybe aku akan buat entry yang memang untuk those question only.

dan yeah, selamat membaca!! :)




Rupanya rumah Sufiyan tu sebelah rumah Hafid dengan Cikgu Syakila je ni. esok masuk second round untuk debat dan esok dorang semua akan ke MGS pulak esok. Jadi malam ni, dia dan Sufiyan bertapa kat rumah si Hafid ni untuk berlatih sampai lewat pagi. lewat pagi la sangat. kah! padahal sampai jam berapa je pun. Cikgu Syakila awal-awal lagi cakap goodluck pastu menguap dan terus masuk bilik. hahahahahaha, cikgu paling tak bertanggungjawab sekali dalam abad ini. Bukan nak tunjuk ajar ke apa.
“kakak aku tu mana tahu pasal debat sangat. Menyanyi tu dia suka la.” Rengus Hafid.
Hafid dan sikap suka marah dan sikap perengus serta tunjuk muka bengang kat dia tu still ada. Dia pun sampai lelah da nak pikir pasal Hafid. Hafid kadang-kadang okay. Boleh jugak la bergelak ketawa sikit. Akhir-akhir ni perangai Hafid macam da okay sikit. Sufiyan pun tumpang gembira bila Hafid asyik tak marah aku. Aku lagi la bertambah-tambah tumpang gembira berjadah happy bila Hafid tu tak semedang marah aku. Tapi kadang-kadang dia marah jugak dengan muka ketat dia tu. Kadang-kadang marah sebab benda entah apa-apa yang kalau nak diingat semula memang agak sangat-sangat menyakitkan hati. macam entah apa-apa entah. kadang-kadang Hafid marah atas benda yang tak releven. macam sial.
Sufiyan da menguap. Lepas tu dia tengok jam kat dinding rumah Hafid. “dude, already 11 malam la. aku nak balik rumah dulu la. nanti mak aku bising pulak aku lambat balik.”
Haikal terus pandang Sufiyan. “eh? Aku ingat kau tidur sini sekali dengan aku.”
Sufiyan da gelak-gelak. “kamon la Haikal. da kenapa aku nak tidur rumah si Hafid ni. rumah aku kat sebelah ni je da , da. Bilik aku da memanggil-manggil menggoda tu. jumpa esok pagi.”
Haikal tunjuk muka tak puas hati. aduiii. Ni yang malas ni. aku ingat Sufiyan pun tidur sini.
“Kiranya esok kita terus gerak ke MGS la ni ea?” tanya Sufiyan. Budak tu da bangun dan ready untuk balik sambil kendong segala jadah kertas conteng, surat khabar, A4 paper, Kamus Dewan Bahasa kat lengan dia tu.
“aah.” Hafid dongan tengok Sufiyan. “esok kita terus gerak dari rumah pastu ke MGS. Tapi sarapan siap-siap la nanti. Takde la nanti nak kehulur kehilir carik makanan macam last year padahal cuci mata.”
Gelak.
“kali ni aku tak cuci mata dah. Setia pada awek terchenta.”
“Corny.” Hafid sengih sambil mata dia tu makin sepet bila sengih.
“aku chow dulu. Kau jangan marah-marah si Haikal ni pulak bila aku balik. Kalau aku dapat tahu dia menangis, aku report polis.”
Gelak lagi.
“kalau aku tahu dia report kat kau Sufiyan, tahu la aku nak buat apa kat dia.” lepas tu Hafid angkat-angkat kening.
Sufiyan da gelak-gelak. “ jawapan kau tak boleh nak lagi bangang ke Hafid.” Gelak. “woi, anak orang tu. da , da. Aku balik dulu. Cholls.”
Haikal da pandang pelik kat dua-dua budak Sufiyan dengan Hafid tu. perbualan yang aneh dan perbualan yang menakutkan jugak. Ye la, dengan gaya Hafid yang angkat-angkat kening macam cibs tu. Hafid follow Sufiyan dan hantar Sufiyan sampai ke muka pintu sebelum Hafid tutup dan kunci pintu rumah.
Haikal pulak matanya da tak boleh nak menghadap semua kertas perjadah atas meja tu. dia hirup nescafe sikit pastu mata hadap TV. Tengok TV pun da berpinar mata. kat TV sekarang ada cerita Criminal Minds. Disebabkan dia malas nak melayan kertas-kertas atas meja tu, pastu dia pun malas nak layan Hafid yang pasti akan cakap sesuatu menyakitkan hati dia, better dia layan Criminal Minds, jadi takde masa dia nak beramah mesra dengan Hafid. Dia harap malam ni ialah malam yang tidak panjang.
Haikal amik bantal yang besar gaban yang memang ada kat sofa tu, letak kat bawah, depan TV  *untuk dia baring!*  pastu dia letakkan kepala dia atas benda alah tu sebelum dia selamat baring atas karpet bulu. Mata da husyuk tengok TV kat depan mata.
Kalau aku tahu Sufiyan tak tidur sini, baik aku wasalam chow siap-siap pukul 10 malam tadi. Tapi ni da lepas jam 11 da pun. Lagipun tadi cikgu Shakila dengan Hafid yang amik dia dekat rumah. takkan dia nak menapak jalan kaki balik rumah. agak-agak Zahid da tidur tak agaknya?
“kau nak terus tidur ke apa ni?” tanya Hafid. Budak tu baring kat sebelah dia kongsi satu bantal sambil tanya pandang muka Haikal. Haikal pandang balik Hafid.
“aku nak tengok dulu kot cerita ni.” kata Haikal perlahan.
Hafid menguap pastu tutup mulut guna tangan. Mata budak tu yang makin sepet bertambah sepet tanda mengantuk. “Aku nak lelap mata kejap. Nanti da habis tengok cerita ni, kita gerak masuk bilik aku. Barang-barang atas meja ni esok baru aku kemas.” Ayat Hafid tu makin lama makin perlahan. dan tak lama lepas tu kedengaran dengkuran kecil Hafid tanda penat. Hafid tidur terlentang sambil mata tutup guna lengan.
Haikal da boleh nganga jugak la tengok gaya si Hafid ni tidur. Dia mengagakkan orang selalu panas baran ni mudah dan cepat tidur kot. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Serasa dia la, Hafid ni baru letak kepala atas bantal ni tak sampai 10 saat. alih-alih terus tidur tak sampai seminit pun. Dude Hafid, kau memang juara tidur betul la.
Haikal lega la jugak bila Hafid ni da tidur. Takde la dia semedang nak melayan kerenah si Hafid ni. tapi kan Haikal, kenapa rumah ni macam familiar je? kenapa ea? Kenapa dia rasa macam pernah sampai kat rumah ni je dulu? Kenapakah? Kenapa dia ada rasa perasaan macam tu? hati dia rasa macam something bila dia sampai kat rumah ni jam 8 malam tadi. dia terasa macam De ja vu. macam pernah jejakkan kaki kat sini. masa dia sampai kat depan pintu rumah ni, tetiba dia macam teringat-ingat seorang budak lelaki rambut sedikit panjang dan dia tutup rambut dia tu guna topi. dan dia terus melayan perasaan ......







“Haikal.” kejut seseorang perlahan. terasa badannya digoyangkan.
Haikal bukak mata perlahan-lahan. Siaran kat TV da habis. Criminal Minds entah ke mana. Dia da wassalam tidur rupanya. Hafid yang kejutkan dia bangun. Rambut budak tu da serabai. Mata pun da merah. Mati la aku. Hafid mesti bising sebab aku tak kejut dia bangun tadi, pastu TV pun terbukak takde sapa nak matikan. Tapi disebabkan mata dia terlampau penat dan dia pun mengantuk sangat jadi perasaan kena marah dengan Hafid tu dia tolak tepi. Dia da tak larat nak pikir apa. dia nak tidur je ni. dia nak bantal, dia nak tilam. Pastu tidur.
Haikal clearkan anak tekak bagi elak suara jadi serak. “ pukul berapa ni Hafid?”
Haikal nampak Hafid capai fon atas meja pastu cakap kat dia perlahan. dan dia pun tak tahu kenapa Hafid perlu bercakap perlahan macam tu. “baru pukul 1230 malam. Jom masuk bilik. aku tak larat la Haikal. kita tidur ea? Kau pun da tertidur. kau mesti mengantuk."
Haikal angguk-angguk kepala tanda setuju je sebelum dia sembamkan muka dia balik ke atas bantal. Ya Allah, apasal mengantuk sangat ni. malasnya nak gerak.
“Haikal, bangun.” Hafid goyangkan bahu Haikal. Haikal bukak mata sebelah.
“Hafid,” Suara Haikal serak.
“emm.” Tanda Hafid mendengar. Budak tu pandang Haikal sambil tangannya susun kertas atas meja. kata nak kemas esok. Sekati la Hafid. Aku da tak larat nak kemas. Tak larat nak tolong. Otak pun da tak betul.
Haikal clearkan anak tekak bagi tak serak balik. “malas nak gerak masuk bilik. mengantuk sangat. Nak tidur sini boleh tak?”
Hafid sengih je pandang Haikal. “da da, jom masuk bilik. naik belakang aku ni nak? aku bawak kau masuk bilik.” nampak gaya Hafid macam da siap kemas meja.
“huh?” Haikal tak berapa nak tangkap ayat Hafid tadi tu. “kau nak gendong aku ke Hafid?” tanya Haikal perlahan. “okay.” Haikal bangun dari perbaringan lepas tu berdiri belakang Hafid. Mata pulak dia cuba bukak luas sikit. Semangat nak tidur atas katil punya pasal pastu Hafid pun willing nak gendong. Bukan senang budak garang ni nak buat baik kat aku. Hafid ni orangnya tinggi. Haikal ni pulak paras bahu dia je.
“naik atas kerusi. Jangan la lompat terus belakang aku. Patah tulang aku nanti.” Hafid gelak lepas tu. “tahu la aku ni sasa, tapi tulang aku ni still rapuh jugak and boleh patah kalau resaksa macam kau ni naik belakang aku.” Haikal da sengih je walaupun Hafid mengeji dia. Hafid gerak ke arah depan kerusi. “cepat naik belakang aku.”
“ye la, ye la.” Haikal naik atas kerusi lepas tu perlahan-lahan pautkan badan dia kat belakang Hafid. Tangan da siap-siap peluk leher Hafid dari belakang. Kaki pun da peluk pinggang Hafid. Haikal tetiba terasa ..... hangat. Dan seronok. Dan juga rasa disayangi. KAH KAH KAH. Ayat macam bangang!
“boleh tahan berat jugak kau ni.” mengata Hafid. Haikal buat boo tak layan. Yang penting dia tak payah berjalan. Tapi budak Hafid tu sengih-sengih je tanda tak kisah sangat gendong Haikal. Hafid support berat Haikal tu dengan letakkan tangan dia kat bawah peha Haikal. ah susah pulak nak terangkan banyak-banyak. Kalau siapa pernah gendong orang, dia tahu la rasa dan feeling tu macam mana . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Hafid terus gerak ke bilik dan naik tangga. Haikal sandarkan dagu dia kat bahu Hafid. “bilik kau kat mana Hafid?” suara betul-betul ke arah telinga Hafid. Berbisik. Dan nafas Haikal betul-betul kena kat belakang tengkuk Hafid. Budak tu makin eratkan pelukan kat leher Hafid dari belakang.
“kat atas ni je. kejap lagi kita sampai la. power tak aku gendong kau?” tanya Hafid. Nada macam ceria semacam.
Haikal senyum lebar. “power. Nak hari-hari macam ni boleh tak?” tanyaHaikal ceria. pastu dia baru tersedar yang dia tanya soalan paling bodoh di dunia. Mampus la kau Haikal. kalau da suka kat lelaki pun tak payah la nak show off yang kau suka dibuat macam tu.
Hafid tak membalas lepas tu dan terus bukak pintu bilik sebelah kanan. Kat atas ni ada ruang tamu lagi dan ada 4 bilik semuanya. Bodoh la Haikal. ni Hafid senyap mesti terkejut dengan jawapan kau tadi.
Pintu terkuak dan Hafid turunkan Haikal atas katil. “da, kau pergi tidur dulu.” Lepas tu Hafid macam nak berlalu dari situ tapi cepat-cepat Haikal capai tangan Hafid.
“eh, kau nak pergi mana pulak? Takkan aku tidur sorang kat sini.”
Hafid pandang dia semacam, senyum kecik, mata makin sepet, gosok-gosok rambut dia sebelum cakap “aku nak matikan lampu kat bawah. Kejap lagi aku naik. Tunggu aku kejap.”
Hafid keluar dari bilik. Dan entah kenapa Haikal pun angguk je padahal dalam kepala otak terus pikir, nak tidur pun kena tunggu ke? Apakah?






“nak dengar satu cerita tak?” tanya Hafid. Dua-dua budak tu pandang siling bilik. dua dua da selamat baring atas katil. Hafid pakai boxer and singlet hitam je. Haikal pulak pakai seluar pendek dengan baju tidur.
Haikal pandang Hafid kat sebelah. “kenapa kita tak tidur lagi. bukan esok kita kena bangun awal ke untuk pergi MGS ke?”
“alaaa, cerita pendek je. dengar la.” paksa Hafid. Haikal da julingkan mata ke atas. bukan Hafid namanya, kalau hidup bukan memaksa orang atau nak marah orang je. kadang-kadang dia pun pelik kenapa Hafid ni semedang je nak marah dia. Hafid, is that , aku ada buat salah petala ke 7 dengan anda? Tapi serasa macam tak. macam takde buat salah. Aku rasa la. tapi kan, kenapa katil ni macam biasa je aku baring kat sini. Aku terasa macam pernah ada dekat sini. Macam pernah guling-guling kat sini. Macam pernah gelak ketawa dengan someone dekat sini. perasaan dia je kot.
“emm.” Sahut Haikal perlahan. padahal mata da ngantuk. Terasa nak lelap je. “apa dia cerita kau tu?” tanya Haikal perlahan.
Hafid goyangkan bahu Haikal. “jangan la tidur. Aku rogol kau kalau kau tidur.” Ugut budak lelaki tu.
Haikal terkejut. Apakah? Dia pandang Hafid. “okay, okay aku dengar.” Kata Haikal gelabah. Tak nak la kena rogol dengan Hafid, mesti sakit nanti. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Dan macam agak bodoh untuk dia bayangkan sama benda alah tu. dan entah kenapa dia nak bayangkan dia kena rogol dengan Hafid pun tak tahu. kena rogol tu sedap ke sakit? -,-
Hafid da gelak macam babi je. lepas tu budak lelaki itu clearkan tekak dia sebelum bermula. Haikal duduk atas katil dan pandang Hafid yang baring sambil bercerita itu.
“kisah ni pasal aku. Bukan la pasal orang lain pun. Masa tu aku nak pergi bercuti luar negara. Aku pergi bercuti dengan family aku. Sexcited punya pasal nak pergi bercuti sampai tak sedar yang aku salah duduk tempat orang.”
Haikal da mendengus. Hafid sengih.
“saya rasa awak salah duduk tempat la.” tegur budak depan mata dia ni. budak tu pakai hud besar warna hijau. Seluar short tiga suku paras lutut dan mata yang sedikit sembap. Nangis tinggal Malaysia ke apa? tapi boleh tahan jugak budak depan dia ni. dude, kau belum tinggalkan Malaysia, jadi tak payah nak homesick la. haha.
“eh? Tersalah ea?” terus dia cek boarding pass lepas tu sengih-sengih. “sorry. Saya sebelah ni sebenarnya.” Jadi dia keluar dulu dan bagi laluan kat budak lelaki tu untuk masuk ke tempat duduk sebelum dia duduk sebelah budak lelaki tu.
Bila duduk je terus budak lelaki hud hijau tu pandang luar tingkap. Hafid clearkan anak tekak. “ehem. Sorang je ke?” tegur Hafid cuba nak ramah mesra. Ye la, budak comel , mana tak nak kenal kan? HAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAH. Macam sial je perangai kau kan Hafid.Ye, dia rasa budak tu comel.
Budak tu pandang dia balik sebelum geleng perlahan pandang dia sebelum pandang ke tingkap balik. Hafid angkat bahu. Geleng – angguk pun lebih kurang sama je. jadi dia tak paham maksud budak tu. Malas la dia nak melayan atau malas nak amik can kenal kalau budak tu sendiri malas nak kata apa-apa. dan mereka dua diam tanpa kata apa-apa bila kapal terbang mula terbang.


Bila lampu mula dipadamkan, dia macam terdengar budak sebelah si baju hud hijau tu nangis teresak-esak. Budak tu da selamat tutup diri sendiri dengan selimut and tutup muka dengan bantal. Tapi dia still boleh dengar budak tu nangis perlahan. Dia pegang bahu budak tu.
“okay ke tak ni?”
Budak tu lorotkan bantal dengan selimut and pandang muka dia. mata da merah je. hidung pun sama merah macam clown sudah. Muka sembap. budak tu tarik nafas berat. selesema da budak ni.
Terus dia tak sedar dia buat benda alah yang satu ni. memang tak sedar habis. Dia angkat tempat letak tangan tepi kerusi tu (pemisah antara dia si Hafid yang tetiba nak amik berat dengan budak hud hijau) “come.” Bisik dia perlahan. perlahan-lahan dia peluk budak tu dan letakkan kepala budak tu kat dada dia. dia rapatkan diri dia dengan budak tu. dagu dia letak atas kepala budak tu. budak tu terus peluk dia.
Budak tu terus terhenggut-henggut nangis bila da kena peluk and letak kepala kat dada dia. Budak tu peluk dia erat dan dia pun apa lagi. hahahaahahahahaha. Main usap-usap belakang badan budak tu.
“ada la dalam masa 20 minit budak tu kat dada aku. Bila dia da okay, dia dongak kepala and cakap thanks kat aku. Masa tu la aku baru nampak macam senyum sikit kat muka budak tu. senyuman yang menarik” Hafid masih bercerita. “budak tu serius nampak sembap lepas nangis tapi jelas la dia nampak more way better after that. And then aku tanya la dia okay ke tak itu ini bla bla bla. Lama-lama macam kawan jugak la kitorang. Still tangan aku kat belakang badan dia and dia pun sedap je sandar kat tangan aku.” Hafid hela nafas.
“mengantuk la.” budak hud hijau tu pandang dia.
Hafid senyum.“tidur la.” kata dia perlahan. “ada banyak masa lagi.” Hafid pandang budak tu semula. Hafid tengok jam. “kita lebih kurang ada 5 jam lagi.”
“nak pinjam bahu boleh? And nak peluk macam tadi boleh?” mintak budak tu. muka macam budak-budak habis.comel!
tak sampai hati untuk cakap tak.
“budak tu tanya memang gaya tak bersalah langsung.” Hafid pandang siling sebelum pandang Haikal balik. “gaya buat macam tu macam da lama kenal je. terus budak tu amik selimut, tutup diri dia dengan aku sampai paras dada , lepas tu terus peluk aku. Aku tanya nama dia, nama apa?”
Tetiba Haikal duduk dan pandang Hafid. “aku tahu nama dia.” Haikal tarik nafas perlahan sebelum pandang Hafid. “jadi kau la budak lelaki yang teman aku malam tu.”
Haikal pandang Hafid perlahan-lahan.  “dan kita pernah keluar sama-sama masa aku balik Malaysia untuk sambut hari raya.” Suara da bergetar.  “Kita dua pakai baju melayu pink. Kita couple ke lepas tu?” Tanya Haikal sambil tarik nafas berat. Haikal tunduk bawah.
 “Jadi kau la selalu aku terbayangkan tapi aku tak nampak sangat muka. It is you after all.” Makin lama suara Haikal makin perlahan. Hafid pandang Haikal.
Hafid terus duduk lepas tu and peluk Haikal. “finally. Lulu ingat pun pasal abang Fid.” Hafid usap-usap rambut Haikal. Haikal pulak dia tak tahu nak buat apa. Hafid lepaskan pelukan and Haikal terus tunduk. “I missed you so much.” Hafid cium dahi Haikal sebelum sambung ayat dia. “abang Fid tak tahu macam mana nak buat Lulu ingat yang kita selalu keluar sama-sama. Tak.” muka Hafid muram. “kita tak sempat couple. Kita gaduh besar before Lulu balik Ireland. Sebab tu abang Fid selalu marah-marah dengan Lulu sebab nak buat Lulu ingat.abang Fid menyesal sangat sebab tak sempat couple dengan Lulu. my biggest mistake ever."
Haikal pandang Hafid sambil kerut dahi. “apesal?”
Tetiba Hafid peluk Haikal erat. Lepas tu , dia lepas peluk balik. “ abang Fid terasa bersalah sangat. Masa kita raya sama dulu, last kita jumpa, kita gaduh besar. Sampai abang Fid tak hantar Lulu balik kat KLIA. Masa Lulu telefon pun, abang still cakap kasar-kasar kata itu ini dekat Lulu. Abang even cakap, ” Hafid hela nafas berat.
“dengar la cakap Lulu dulu.” Rayu Haikal
“eh pergi mampus sana la kau. tak payah nak telefon aku lagi. kalau aku tahu kau telefon aku atau texting aku dalam masa terdekat ni, jangan harap aku layan kau lagi.kau tu memang macam jalang sial."
“sampai hati abang.”
“da da. Pergi sana kau. pergi kau dengan Paan kau sana tu.”
“jadi bila abang Fid tahu sayang accident, abang Fid terasa macam ....” Hela nafas berat. Suara da sebak.
“Fuck up.” Haikal habiskan ayat Hafid tu.
“sort of.” Kata Hafid perlahan. pastu kesat mata.“abang Fid rasa menyesal sangat sebab benda-benda bodoh kita gaduh and abang Fid tak tahu nak contact Lulu macam mana dekat sana sebab clearly after accident, Lulu da tak bukak apa-apa application. masa tu abang Fid rasa bodoh sangat. rasa menyesal sangat sebab marah Lulu sebelum Lulu balik Ireland. "
Jeda. Haikal dengan Hafid diam.
“Lulu da ingat balik pasal abang Fid?”
Haikal diam. Dia sejujurnya tak ingat sangat. Tapi clearly, ada benda yang dia ingat. Dia ingat pasal dia raya dengan seseorang. Dia selalu mimpi pasal ni selalunya. Ada bayangan tak jelas , lelaki pakai baju melayu warna pink. Songkok dan kitorang dua naik kereta sama-sama. Pastu pergi jalan-jalan dan pusing-pusing bandar. Pastu nyanyi sama-sama dalam kereta dan gelak-gelak.
Lepas tu, yeah, bilik  ni rupanya. Patut la bilik ni familiar sebelum ni sebab dia memang pernah datang sini sebelum ni. Haikal mengeluh. Dia pandang Hafid.
“ingat sikit je.” kata Haikal perlahan. dan dia ingat kenapa Hafid panggil dia Lulu. Dia ingat lagi Hafid cakap kat dia yang dia tak rasa seronok kalau panggil dengan common name semua tu, jadi dorang masing-masing ada nama manja untuk masing-masing. Jadi abang Fid is from Hafid and Lulu is from Luthfy. Luthfy tu nama kedua dia.
“bila abang Fid nampak Lulu kat sekolah masa mula-mula dulu, abang Fid gembira betul! Tapi bila abang Fid tahu yang Lulu da tak ingat apa-apa dari kengkawan Lulu, abang stop dari approach Lulu. And then kita jumpa kat library untuk latihan debat tu. abang Fid terkejut gila bila nampak Lulu kat situ. And believe me, I dont have any intention untuk marah Lulu banyak-banyak masa latihan debat.” Muka Hafid da macam merayu habis kat dia.
“k la Hafid. Kita tidur dulu. Bila kita free, kita sambung lagi. mengantuk” malas dia nak pikir semua ni. benda ni buat dia sakit kepala. Terlalu banyak cerita dalam satu malam. Baik aku tidur je dari layan semua benda alah ni
Muka Hafid da frustrated gila bila tengok reaksi Haikal yang macam tak berminat nak amik tahu. “Lulu,”
“apa dia?” Haikal pandang Hafid. Dia baru la nak baring nak lelap mata.
“abang Fid nak peluk Lulu masa tidur boleh? I miss you.”
Haikal diam. Dia tak tahu nak kasi jawapan apa.
“errr.”
“pleasee.” Rayu Hafid.
“ye la.”
“okay.” Muka Hafid macam lega dan ceria bila Haikal setuju dengan rayuan dia tu. "thanks Lulu."
Lepas tu Haikal baring. Hafid peluk Haikal dari belakang. Hafid cium tengkuk Haikal hangat lepas eratkan pelukan dekat Haikal. “kenapa kita gaduh dulu? Pasal Paan? Seriuous? Apa hubungan Lulu dengan Paan dulu? And Paan tu siapa?”
Jeda. Hafid diam. Terasa nafas berat dari budak lelaki yang peluk belakang dia tu. “sorry Lulu. Abang Fid janji abang Fid takkan marah Lulu pasal Paan lagi. abang Fid menyesal marah Lulu dulu.” Lepas tu jelas nada Hafid macam teragak-agak. “Lulu ingat siapa Paan?”
“Tak ingat. Tapi kitorang pernah jumpa. Masa malam Merdeka dulu. Paan tu siapa masa dengan Lulu dulu?” Hati Haikal da berdetak ingin tahu. Siapa agaknya Paan tu dengan dia dulu. Dorang ada apa-apa hubungan ke?  Tapi dia rasa macam ada. Dia je la rasa macam ada! Sebab kalau tengok dari reaksi Paan dulu, nampak macam Paan sedih gila bila dia tak ingat apa-apa pasal budak lelaki tu. siapa kau Paan? Siapa kau?
“Paan tu dulu ex Lulu.” kedengaran nada jeles masa Hafid bagitahu siapa Paan tu.
Jantung Haikal terus berdegup laju!
"tolong jangan tinggalkan abang Fid lagi. Abang Fid janji untuk tak sakitkan hati Lulu lagi." suara Hafid da serak.
dia tak berapa dengar ayat Hafid tu, jadi dia dengan Paan ialah bekas kekasih after all. tapi kenapa dorang putus agaknya? dia nak tanya siapa pasal kes dia dengan Paan ni? agak-agak kalau dia tanya Hafid, Hafid tahu tak agaknya?



p/s
chapter yang aneh. bagi aku. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. nantikan Paan pada upcoming chapter ya! siapa yang korang minat? Hafid? Paan? atau ada yang da mula rindu pada Hisha? heh.



Monday 16 June 2014

Finally saya Merdeka! dan ke Korea #95

tamat sudah semester 4 aku. last paper aku ialah Wildlife Management. aku punya la tersengguk-sengguk baca sebab malam tadi kampoi baca 16 topik. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. bijak sangat buat perancangan saat-saat akhir. last-last aku tertidur depan laptop dengan lampu petisyen pun terbukak, dan juga tertidur sambil mengharap texting yang tak kunjung tiba.

weehuuuu. barang semua pun da hantar balik rumah. abang ipar tersayang amik tadi. tu pun sesat, jenuh aku amik dia kat pintu 16. HAHAHAHAHAHA. tu la parah bila uni besar sangat sampai pintu 16 pun aku tak ingat kat mana . lepas tu sibuk tanya pak guard. dan nasib baik dia hafal kedudukan pintu 16 tu.

petang ni lepas beli barang eletrik kejap, tengok wayang sepam dua. lepas tu terus chow cin cau naik motor balik rumah. tak sabar nak guling-guling kat tilam sendiri. tak sabar nak guling-guling kat rumah sendiri. tak sabar nak jumpa bantal golek pujaan hati.

untuk Remaja, aku akan cuba update la. if sempat, aku akan update sebelum aku fly. heh. aku akan fly ke Korea Selatan khamis ni dan hanya akan balik Julai 17, 2014. doakan aku selamat pergi dan balik ye :)


aku rasa tu je kot. till the end. adios amigos. babai. assalamualaikum!

p/s
aku rasa, aku memang tak pernah bernasib baik dalam hal-hal perasaan. saya seorang yang corny.






Sunday 15 June 2014

First Kiss by Love Your Condom #94

first time rasanya aku upload video video macam ni. aku rasa video ni comel dan wahahahahahahahahaahha. aku nak try jugak boleh? apa-apa pun, enjoy tengok ya!!!!



jom carik 10 strangers and lets kiss. :D KAH KAH KAH. okay over. tak payah nak berangan. by the way, aku paling suka yang pakai topi tu. aku suka tengok cara dia cium sambil dia senyum. ceria!

till then. jumpa lagi pada next entry! :)

p/s
sorry tak dapat nak cakap banyak sebab aku rushing tengah kemas barang. esok aku ada paper Wildlife. yang terakhir sebelum aku balik rumah. heh.

Friday 13 June 2014

Manuskrip Gay. Remaja chapter 7 #93




Haikal duduk dalam kelas tu and cuba hadam apa yang cikgu kat depan tu membebel pasal elektromagnetik. Kelas fizik, macam biasa, memang akan bosan dan dia agak tak berapa pandai dalam fizik. Dia memang lemah fizik dan tak akan suka fizik. Entah kenapa dan dia malas nak amik tahu.
So far, dia tak kasi tahu apa-apa pun dekat Zahid. Bagi dia, maybe tak payah kot bagitahu and maybe jugak, tak perlu kot nak bagitahu. Kang kalau dia bagitahu Zahid, dia tahu, dia sendiri nanti yang akan awkward dengan Zahid, so let it be je la. tak bagitahu apa-apa pun.
Pagi tadi, cikgu bahasa melayu dia, cikgu Shakila buat lawak yang memang tak lawak dekat dalam bilik guru. Salah satu sebab dia tak tumpu dalam kelas adalah sebab cikgu Shakila suruh dia masuk pertandingan tu. pertandingan itu.  adalah memang dia tak jangka langsung untuk masuk. masa dia dengar arahan dari cikgu Shakila, dia rasa macam nak hentak kepala kat dinding je.
“kenapa saya cikgu?” rungut Haikal kat cikgu dia tu. dia pandang cikgu Shakila depan mata dia ni dalam-dalam. kepala otak da memang tak boleh nak tafsir banyak-banyak. Dalam berjuta-juta budak dekat sekolah ini, da kenapa pilih aku jugak? Aku budak baru kot. Takkan baru jumpa bakat . -,-
“saya rasa awak macam best je kalau masuk pertandingan ni.” cikgu Shakila sengih.
“saya tak pandai la semua ni.” kata Haikal perlahan. “saya bukannya pandai sangat tanya itu ini atau cakap itu ini. Cikgu ingat saya ni pandai berdebat ke?”
“kita tengok je la nanti. Saya tengok awak dalam kelas okay je. Habis kelas petang nanti, jumpa saya dekat library. kita jumpa teammate yang lain. Saya tahu awak akan rasa awkward sikit sebab awak budak baru and tak kenal sangat bebudak sekolah ni, tapi saya rasa, awak berbakat.” Cikgu Shakila timbal-timbal ayat tu.
“apa-apa je la cikgu.” Gumam Haikal.
“nah, amik ni.” cikgu Shakila hulur coklat.
“apa ni?” Haikal picing mata pandang cikgu Shakila. “sort of rasuah ke apa?” tanya Haikal pastu sengih sikit. Ah cokelat! Cikgu ni pun pandai pulak nak kasi tak nak rasa bersalah tu dengan hulur cokelat. Feveret aku pulak tu!
Cikgu Shakila angkat bahu. “saya punya hobi memang suka bagi cokelat kat orang pun.”
Sengih.
“waaa, murah rezeki cikgu suka derma dekat pelajar macam saya ni.” Haikal amik coklat sambil senyum lebar. Bagi dia, coklat ni macam dadah untuk dia. dia memang gian habis dengan coklat.
“sarkastik.”
“sekali sekala.” Haikal masuk coklat dalam poket “Eh cikgu, saya masuk kelas dulu la ye. Nanti kita jumpa.”
“jangan lupa lepas kelas. Library.”
Haikal bulatkan ibu jari dan jari telunjuk tanda paham.






Haikal duduk dalam library. depan dia ada seorang budak lelaki. Rambut sikat tepi. Pakai speck tebal. Ber tie lengkap. Tengah baca buku yang bertajuk BN-UMNO something kat muka depan dia. Whole package of aca nerdy. Sebelah budak tu ada seorang budak lelaki tengah main laptop tanpa mempedulikan dia dan budak aca nerdy tu. budak lelaki tu tengah kunyah chewing gum yang terang-terangan memang haram nak dibuat untuk kunyah dalam library tu. tapi selamba badak je budak ni buat. nampak dek pustakawan, mampus kena bambu.
“nak?” budak lelaki main laptop tu hulur chewing gum tanpa pandang muka dia. mata Haikal tengok je huluran chewing gum kat tangan budak tu.
Geleng kepala.
“pengecut.” Budak lelaki tu buat belon guna chewing gum sebelum masukkan balik chewing gum yang Haikal tak nak tu ke dalam poket baju sekolah dia. budak aca nerdy sebelah budak lelaki tu gelak kecil je lepas tu.
Ek eleh budak ni. sesuka hati dia je nak panggil aku pengecut. Aku kasi kaki kang baru tahu. And budak yang gelak ni , nak je aku kasi kaki sekali. Da la skema. Pastu ada hati nak gelakkan aku. Macam sial je perangai. Da kenapa aku stuck dengan dua budak bangang ni pun aku tak tahu kenapa. Dan siapa budak berdua bangang ni pun aku tak tahu.
“sorry cikgu lambat.” Cikgu Shakila letak barang atas meja. lepas tu amik tempat sebelah Haikal. “da berkenalan?”
“budak pengecut mana cikgu ajak masuk team kita ni?” kata budak lelaki makan chewing gum tu. budak tu tengok cikgu Shakila sambil mulut kunyah-kunyah tak henti. Lepas tu buat belon lagi guna chewing gum. Budak nerd tu pun pandang cikgu Shakila.
“manners Hafid. Manners. Buang dulu chewing gum tu sebelum cakap dengan cikgu.”
“ye la cik kak.” Hafid sengih sebelum keluar dari library dan tak lama lepas tu masuk balik dan duduk tempat tadi. “jadi, siapa budak pengecut yang cikgu ajak masuk team kitorang ni?”
Haikal pandang Hafid. Hafid dengan budak aca nerd tu pandang Haikal balik.
“da kenapa kamu panggil dia pengecut? Haikal, yang makan chewing gum macam orang tak waras tadi tu, my brother Hafid and yang skema ayam ni Sufiyan, kawan baik si tak waras ni. Budak dua ekor tua bangka ni budak form 6. Sufiyan, Hafid, ni pulak Haikal. budak form 5.”
Hafid dengan Sufiyan kecoh sikit bila cikgu Shakila panggil dorang budak da tua.
“agak-agak la cik kak. Suka-suka je cakap kitorang tua.” Hafid tunjuk muka tak puas hati. si aca nerd tu dari mula sampai sekarang tak cakap apa-apa.
Haikal da sengih-sengih je. rupanya Hafid ni adik cikgu Shakila. Patut la semedang je cakap selamba dengan cikgu ni.
“dia ni....” Hafid picing mata pandang Haikal. “boleh ke masuk team kita. I mean, boleh ke dia bagi fakta bernas and all that? Nampak macam tak meyakinkan je.” Perlekeh Hafid.
Cikgu Shakila angkat bahu. “entah la Hafid. Akak pun tak tahu. Apa kata kita main try and error and kita tengok hasil dia.”
Sengih lagi.
Cikgu Shakila ni kuat sengih dan jawapan yang dia kasi tadi memang boleh mengundang bahana betul. Ada ke dia suka suka je boleh cakap macam tu. Haikal da rasa diri dia macam subjek uji kaji cikgu ni je.
Hafid berdehem. “kau rasa kau boleh ke jadi pendebat pertama ni?” budak tu silang tangan sambil mata tajam pandangan Haikal. “aku tak nak la disebabkan kau sebagai budak baru, team kita ni kalah.”
“aku, aku....” Haikal tergagap gagap nak cakap. Tetiba dia tak tahu nak cakap apa bila kena tenung macam tu.
Hafid merengus. “see, nak bagi jawapan pun tergagap-gagap. Hambar la dia ni. mana kau kutip dia ni akak?”
Sial. Haikal da mula sakit hati. da kenapa budak ni perangai macam lahanat je. apa yang dia tak puas hati sangat ni?
“aku try je la nanti. Kot.” Kata Haikal perlahan.
“dengan bersungguh-sungguh.” Tekan Hafid.
“ye la. aku try la nanti.” Kuat sedikit dari tadi. Tapi still tak kuat untuk meyakinkan Hafid tu.
“dengan bersungguh-sungguh.” Tekan Hafid lagi.
“ye la, ye la. aku try la nanti. Dengan bersungguh-sungguh.” Jawab Haikal bengang. memang aku nak ulang cakap sampai 1000 kali. Aku ni kena ragging sebab pelajar baru team ni ke apa?
“apa dia? aku tak dengar la.” kata Hafid lagi. “cuba kau cakap kuat sikit.”
“Hafid,”Panggil cikgu Shakila. “enough.”
“Hafid cuma nak dia....”
“cukup.” Pintas cikgu Shakila lagi.
Hafid terus bersandar dekat kerusi sambil peluk tubuh tak puas hati. Haikal da bersorak-sorak dalam hati sebab diselamatkan oleh Cikgu Shakila. Thanks la cikgu. I loike you. Tapi , disebabkan cikgu ni jugak la aku stuck dengan budak 2 ekor ni. Hafid memang menakutkan. Budak form 6 badan tegap yang agak menakutkan. Dengan rahang ketat dan muka macam nak telan orang buat budak tu macam singa kelaparan. Sounds macam over tapi memang itu la kenyataan dia! Sufiyan tu pulak aku tak tahu nak kategori kan macam mana sebab dia asyik senyap je dari tadi and tak berapa nak amik port sangat. Mungkin sekarang dia senyap kot. Tapi tak tahu la hari-hari lain nanti. Dan Haikal berharap, hari-hari lain tu dia akan kekal senyap dan tak akan bersuara.
Bersuara untuk berbincang, yes, dia okay. Tapi kalau bersuara menyakitkan hati macam si Hafid ni, lagi bertambah beban kat kepala aku sebab nak layan dan kena buli lagi. ye, dia merasakan, dia telah dibuli oleh Hafid yang muka ganas tu.
Hafid syaiton.
Hafid menakutkan.
Hafid kejam.
Hafid budak form 6 yang memang macam singa ganas.
-,-
Cukup-cukup la kau mengumpat dia tu.
“esok kita sambung la bincang. Hari ni kita kenal-kenal je dulu. Esok macam biasa lepas kelas. Library.”
“esok Hafid ada hal la akak. Tak boleh.” Bantah Hafid. Hafid pandang muka cikgu Shakila.
“kau nak menang ke tak Hafid. Tadi beria-ia, sekarang cakap ada hal pulak. I dont care about your bussiness. Datang dan berlatih.” kata Cikgu Shakila tegas.
Hafid da bukak mulut untuk balas balik tapi Cikgu shakila cepat-cepat pintas, “da, da, kemas barang. Nanti kita sambung borak dekat rumah. Yipp yipp, yang lain boleh kemas barang. Kita jumpa esok ye.” Kata Cikgu Shakila ceria. Ah cikgu Shakila ni macam pasang surut pulak emo dia.
Haikal yang memang nak chow dari situ , terus cepat-cepat kemas barang, angkut beg dan chow cin cau dari library. Malas da dia nak menghadap muka-muka dekat situ. Nasib baik dia okay dengan cikgu Shakila. Kalau tak, memang haram jadah dia nak masuk benda alah ni.






Hari ni latihan debat habis lambat sebab esok da nak first round dekat Simpang Lima. Kepala da berasap pandang semua kertas hitam putih dekat atas meja library tadi. Mata da kelabu tengok fakta semua. Tadi masa latihan pun dia banyak kali kena marah dengan Hafid sebab budak tu tak puas hati dengan fakta yang dia kasi. Katanya tak cukup bagus. At least, dia boleh terima dengan apa yang Sufiyan cakap sebab budak tu cakap baik-baik je dengan dia. ni tak, Hafid niiiiii. Garang dia memang la menakutkan betul!
Sufiyan , at least after beberapa kali berlatih, boleh bergelak dan borak sakan dengan dia walaupun topik borak tu agak terbatas sebab apa yang Sufiyan selalu borakkan adalah mengenai politik, hal-hak belajar ataupun isu universiti macam AUKU dan sebagainya dan bla bla bla bapak bosan topik perbualan dengan Sufiyan ni. Dia ni memang tak la nak hadam semua tu. dia rasa mengantuk kalau Sufiyan mula keluarkan topik-topik macam tu. lagi-lagi waktu petang yang memang lentok nak tidur. tapi dia layan je la si Sufiyan ni walau se nerd mana pun dia sebab kalau tak borak dengan Sufiyan, dia nak borak dengan siapa la pulak kan?
Tapi Hafid ni la kan, perangai singa dia tu tak pernah berubah, entah apa dia tak puas hati dengan aku pun, aku tak tahu. Terasa nak baling buku berkoyan tebal atas meja library kat muka dia pun ada jugak. Kadang-kadang dia cuma tergagap sikit atau terlupa term term sebagai pendebat pertama, tu pun Hafid da bising. Bising yang agak memang bising habis dan memang bising pun -,-. Taik telinga da boleh cair dengar dia marah. Sial, malang siapa kahwin dengan kau nanti.
Haikal sepak-sepak batu tunggu Zahid dekat bawah pokok. Mana je la budak ni pergi . tadi Zahid texting dia, cakap yang dia akan amik Haikal jam 4 petang nanti. Ni da 4.15 petang. Jangan kata budak ni tidur. Cuba untuk telefon tapi tak angkat pulak panggilan tu. Haikal gelisah sorang-sorang. Gelisah plus panas plus peluh plus tak selesa nak mandi. Gila rasa miang badan sebab peluh. Kalau boleh dia terasa nak bogel je kat situ. Tak pun, kalau ada mana-mana air terjun, da lama dia terjun kat dalam tu.
Oh damn, where are you la Zahid barbados. Haikal tunduk bawah tengok fon lagi, mana tahu Zahid ada texting apa-apa ke. Natang memang takde.
Ada bunyi motor berdecit depan dia. dia pantas tengok ke depan, mana tahu Zahid ke. Boleh jugak dia buat muka lega. Tapi malangnya bukan Zahid. Kimak, ni Hafid.
Hafid tolak visor. “kau apesal tak balik lagi?” tanya Hafid beku dari atas motor.
“aku tunggu sepupu aku amik.” Kata Haikal.
“eh kau ni memang cakap perlahan ke? Cuba la kau cakap kuat sikit. Aku tak dengar la.” marah Hafid. Muka Haikal da merah sebab malu kena marah dengan Hafid. Sial apa budak ni tetiba nak mengamuk. Hafid ni agak-agak la kalau nak marah pun. Ni tempat umum kot. Kalau dalam library tu aku boleh terima lagi.
“aku tunggu sepupu aku amik.” Kata Haikal kuat sikit. “tapi dia tak sampai lagi. aku telefon dia tapi dia tak angkat.”
“da, da, naik motor aku. Aku hantar kau balik. Rumah kau kat mana?”
“huh?”
Hafid buat muka. “kau pekak ke apa? aku cakap naik motor aku kan sekarang. Aku hantar kau balik!”
Aduiiii. Kena marah lagi. sial la. da berapa kali kena sembur je dengan Hafid ni. sial, sial, sial. Haikal datang mendekat dekat Hafid.
Hafid hulur halmet dekat Haikal. “kau jangan ingat aku tak tahu kau mengumpat aku dalam hati. rumah kau kat mana?”
Haikal amik halmet dekat tangan Hafid dengan hati yang mendongkol. “Taman Platinum.”
“dekat dengan rumah aku.”
“huh?” Haikal tak berapa nak dengar sangat sebab dia tengah carik alasan nak kasi kat Hafid yang dia tak nak budak tu hantar dia balik rumah.
Hafid buat muka balik. Haikal da gelabah bila Hafid buat muka garang. “okay, okay, aku naik motor kau sekarang.” Terus lepas tu Haikal duduk belakang Hafid dan betulkan halmet. Dan motor bergerak laju menuju destinasi.





Haikal duduk amik tempat. Hafid lap peluh dekat dahi yang menjejeh turun. Tak lama lepas tu datang seorang pekerja gerai letakkan 2 mangkuk cendol atas meja. cuaca pun boleh tahan panas. Tulang belikat Haikal leleh dengan peluh da.
“aku tak tahu pulak kau duduk Taman Platinum.” Hafid hirup sikit cendol kat mangkuk dia tu. Haikal hirup sikit jugak. Perghhh, nikmat bila air dingin tu lalu kat tekak, memang tak terucap dek kata-kata. Da la manis. Dan dia memang suka benda manis dan sejuk dan berais dan sejuk dan manis. Ah, memang nikmat segalanya.
“aku duduk dengan sepupu aku kat situ. Family aku takde kat sini.” Jawab Haikal.
“oh, da tu family kau kat mana? Duk tempat lain?”
Haikal sengih. Boleh pun ajak borak mamat ni. aku ingat semedang je jadi harimau nak marah-marah. “aah, duduk tempat lain. Mak aku yang suruh aku duduk dengan makcik aku.”
“kenapa pulak?”
Haikal angkat bahu pastu sengih sikit. “ada la sebab dia.”
Hafid buat muka selamba sebelum hirup sikit dia punya cendol lagi. “kau takut dengan aku ke?”
“huh?” Haikal blur. Soalan apa tu? tetiba je keluar macam tu. tetiba je tanya pasal takut , tak takut.
“aku tanya,”suara Hafid da sedikit keras. Budak ni la kan, cepat je tempered dia naik. Haikal da mengeluh dalam hati. “ kau takut dengan aku ke. Ye la, aku kan selalu marah kau.”
Haikal terdiam kejap. Nak jujur ke tak ni? gigit bibir.
“jujur je la dengan aku.” Hafid seolah-olah tahu apa yang ada dalam hati Haikal. Haikal sengih tiba-tiba.
“hari ni kau baik bila belanja aku. Tapi selalunya kau garang.” Bagitahu Haikal. “dan menakutkan.”
“apa dia yang last sekali tu?” Hafid picing mata pandang Haikal. lepas tu senyum-senyum dan gelak kecil. Janggut pendek sejemput kat dagu Hafid tu bergerak turun – naik dengan gelak kecil Hafid.
Senyum pun. Aku ingat senyuman tu da tak wujud. Hafid, Hafid. Kau ni memang manusia aneh. Haikal tengok je Hafid ni gelak kecil. Comel tengok janggut tu. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Masalah da kau ni Haikal. macam sial usha anak teruna orang.
“jadi kiranya kau takut dengan aku la ni?” tanya Hafid tetiba. sekali lagi.
Haikal angguk pantas. “kau selalu marah aku.”
“ye ke? Macam tak selalu je.” Hafid hirup lagi cendol tu. ayat selamba dan beku.
-,-
Kau tu tahu marah orang je. aku ni yang selalu kena marah dengan kau. jadi aku tahu la bila dan masa aku kena marah dengan kau tu.
“kenapa kau asyik nak marah aku je?”
Hafid pandang Haikal. Haikal hirup cendol selamba. Macam salah soalan je Haikal. wrong question. Wrong question! Bodohnya tanya soalan tu. Haikal pandang Hafid perlahan-lahan. Matilah kena marah dengan budak singa ni lagi. dia tengok Hafid macam tengah pikir-pikir sesuatu.
“ye kot aku selalu marah kau. dan aku pun tak tahu kenapa aku selalu marah kau. eh da la. da habis makan kan? Jom balik.”
“belum lagi habis.” Kata Haikal perlahan. “kejap, kejap aku habiskan dulu.”
“makan macam perempuan. Lambat.”








“Haikal!” Marah Hafid. Koridor tu berdentum dengan suara Hafid. Haikal da cemberut muka. Aku tahu la salah aku, tapi jangan la sampai marah macam ni sekali.
“aku da cakap kan. Get ready untuk penggulungan. Memain lagi. kalau kalah macam mana? Kau ingat aku masuk ni suka-suka je ke?!”
“chill la Hafid.” Sufiyan cuba tenangkan Hafid.
“aku tak boleh nak chill la Sufiyan. Kamon la. kau tengok budak seekor ni. nasib baik kita menang first round ni. second round nanti kau rasa kita boleh menang ke kalau si bangang ni buat penggulungan entah apa-apa.” Hafid longgarkan tie dia rimas. Mata budak tu yang sedia sepet bertambah sepet bila marah. Amik kau Haikal, terus kena panggil bangang. Semalam elok-elok je makan cendol sama-sama.
“sorry la Hafid. Aku mintak maaf.” Kata Haikal perlahan. suara da sedih.
“pandai pulak kau mintak maaf.” Nafas Hafid turun naik. “hei, budak ni la kan. Sabar je la aku dengan kau ni. aku chow dulu la. Tunggu aku kat kereta. Lagi 20 minit kita balik. Aku pandang muka kau , aku rasa makin bengang pulak.”
Dan lepas tu Hafid terus berlalu dari situ. Sufiyan pandang Haikal. dia peluk Haikal sekejap.
“chill la Haikal. budak tu memang tempered sikit.”
“aku salah banyak ke Sufiyan? Teruk sangat ke salah aku?”
Sufiyan angkat bahu. “aku rasa tak la teruk mana pun penggulungan kau tu Cuma kau ada tinggal part-part penting sikit je. tapi aku tak sangka la pulak sampai macam tu dia nak mengamuk. Jom la pi kantin dulu. Aku belanja milo ais. Nak?”
Haikal angguk perlahan sebelum bergerak ke kantin dengan Sufiyan. Hafid, kita semalam da boleh gelak-gelak. tapi kenapa hari ni kau marah aku lagi? :'(







Haikal pandang siling bilik. mata terkebil-kebil tak nak tidur lagi. Zahid kat sebelah da tidur peluk bantal peluk. Kaki Zahid da selamat naik sampai lutut dia. sabar je la dengan kekanak riang sebelah aku ni. bila diingat balik pasal kes tengah hari tadi, pasal kes penggulungan tu kat Simpang Lima tu, takde la teruk sangat pun dia buat. still okay what! Tapi gaya Hafid marah dia macam dia da kasi fakta salah nak mampus. Kamon la Hafid, kenapa nak marah sangat ni? tetiba teringat balik scene petang tadi. Scene petang tadi agak pelik. Dan dia masih tak dapat nak tafsir apa yang terjadi sebenarnya.
“kau okay tak ni Hafid?” tanya Sufiyan. Hafid bawak kereta. Sufiyan duduk kat depan. Haikal duduk belakang macam anak-anak raja. Matanya tutup. Pura-pura tidur. Cikgu Shakila pulak da chow awal-awal bila tahu dorang menang first round tadi. Katanya ada hal, tapi Hafid cemberut je bagitahu yang akak dia tu mesti pergi dating kat mana-mana. Haikal pasang telinga. Dia berdebar-debar jugak nak tahu apa yang Hafid marah sangat kat dia tadi.
“aku okay je la.” rengus Hafid. Dia kerling ke belakang tengok Haikal. cis, nak pastikan aku tidur baru nak ngumpat aku. Kejisnya budak form 6 sekolah aku ni.
Sufiyan gelak-gelak kecik. Budak tu pun pandang belakang nak pastikan sama ada Haikal tidur ataupun tak.“kau ni, kalau jeles pun tak payah la nak over. Dia cuma borak dengan budak Simpang Lima tu je. bukannya diorang flirt berdua pun. Lepas tu amik gambar. Lepas tu habis. Dan dorang tak akan jumpa lagi.”
Lepas tu Haikal dengar Hafid bergumam. Dia tak berapa nak dengar sangat tapi dia macam dengar “jeles sikit. Tu je.”
Sufiyan gelak lagi. budak tu tanggalkan cermin mata, simpan dalam beg dan pacakkan rambut dia. “kau kena la sabar bro. Siapa suruh crush dalam diam. Kau ni memang aneh betul la. banyak-banyak perempuan yang minat kau, kau boleh minat dia. aku tak nak cakap kau aneh, tapi kau memang aneh. Apa-apa pun kau still kawan aku.” Lepas tu terdengar macam bahu ditepuk-tepuk.
Lepas tu diam. Cuma dengar lagu Baby Got Back dekat radio.
“kau nak aku turunkan kau kat mana ni?” tanya Hafid.
“awek aku ajak pergi Ice Skating hari ni. turunkan aku kat PJ Train Station la. nanti aku naik bas ke sana.”
“okies.”
Haikal da kerut dahi pikir. Entah sapa dorang berdua cakap ni. dorang mengumpat pasal aku ke apa? tapi, takkan la pasal aku. Apa ke benda si Hafid nak jeles jadah dengan aku? Jangan kata Hafid suka dengan budak perempuan yang aku borak tadi masa kat Simpang Lima. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaha. Macam bangang je Hafid ni. sebab jeles overdose aku borak dengan budak perempuan tu sampai nak  marah aku sakan macam sial. Move on la Hafid. Kau bukannya jumpa budak perempuan tu lagi.
Sial jugak si Hafid ni. pasal perempuan je pun, aku da kena bambu macam apa je. malang la kau perempuan sebab diminati oleh seorang budak lelaki bernama Hafid ni. kalau korang kawen, sah kau ni kena bebel 24/7 dengan si Hafid ni. tak lama lepas tu, kereta berhenti. Haikal yang jet jet tidur , tak tahu la pulak kat mana kereta ni berhenti tapi dari apa yang dia dengar dari perbualan Hafid dengan Sufiyan, kereta ni mesti ada kat PJ Train Station.
“Sufiyan, tolong kejutkan Haikal. suruh dia duduk depan teman aku drive.”
Lepas tu Haikal dengar Sufiyan gelak. Gelak Sufiyan dan berselang seli dengan lagu Fireflies dekat radio.
“masalah la kau ni Hafid. Kejut bangun tidur pun segan. Dia cuma budak lelaki je la. apa yang nak segannya?”
Haikal da pelik. Sejak bila si syaiton Hafid ni takut dengan aku?
Hafid berdecit. “dia tengah tidur la. macam kesian pulak nak kejutkan dia. tapi nanti aku bosan pulak kalau balik nanti takde sapa nak borak”
“kau bukan borak dengan dia. kau memang suka buat dia marah kan.”
“aku... aku..” Hafid teragak-agak nak cakap. Haikal kalau boleh nak buat tarian tango kat situ. Amboi kau Hafid, dengan Sufiyan kau tak berani nak cakap apa-apa pulak. Dengan aku kemain macam tumbuh tanduk. Macam da nak kiamat bila marah aku. Aku rasa, cukup la aku buat-buat berlakon. Naik menyampah pulak dengan si Hafid ni. jadah nak segan kejut aku pun , aku tak tahu. Maki aku elok pulak.
Lepas tu Haikal buat-buat terjaga and menguap. Hafid dengan Sufiyan terus berhenti borak.
“eh Hafid, aku turun dulu la. awek aku da tunggu kat sana. Tak sabar nak main Ice Skating katanya.” Lepas tu Sufiyan terus keluar dari kereta and chow cin cau berlalu dari situ.
Hafid pandang Haikal guna cermin pandang belakang. “da tak tahu nak duduk depan? Kau ingat aku bos kau?”
Sial. Bila cakap dengan aku macam cakap dengan kuli. Nak kasar-kasar. Bukak pintu belakang, keluar, bukak pintu depan, masuk and duduk kat depan. Sebab tanda geram, dia tutup pintu kereta kuat-kuat. Haikal buat muka ketat.
“kalau pintu kereta aku tercabut, aku paksa kau bayar ganti rugi.” Ugut Hafid.
“apa-apa je la Hafid.” Dia da malas nak dengar Hafid cakap. Asyik nak marah aku. Asyik nak maki aku. Asyik nak cakap kasar-kasar dengan aku. Geram pulak aku. Rasanya ni paling sentap kot. Bukan kali pertama Hafid cakap kasar dengan dia. banyak kali je tapi dia still boleh tahan. Mungkin dia tak boleh nak terima kali ni sebab semalam dorang da macam kawan. Borak-borak macam biasa. Tapi tadi nak marah-marah balik. Marah sebab budak perempuan je pulak tu. angin!
Hafid gelabah tetiba. “eh, kenapa kau marah sangat tetiba ni?”
Haikal terasa nak meletup. Dia terasa macam nak jadi Vesevius je sekarang ni. dia terasa nak hempuk kepala Hafid dekat stereng kereta. Baru Hafid tahu langit tu tinggi ke rendah. Mungkin kalau dia hantuk betul-betul baru Hafid da tak marah-marah kat dia kot.
“takde apa la Hafid. Aku Cuma letih je kot. Yang kau nak gelabah ni kenapa? Bukannya aku nak cabut pintu kereta kau betul-betul pun.” Kata Haikal perlahan.
Suasana dalam kereta senyap.
Tetiba Haikal rasa kereta tu bukan menuju ke arah rumah dia ataupun rumah Hafid. Ianya pergi ke tempat lain.
“kita nak pergi mana ni Hafid?” dia pandang Hafid.
“balik la.” jawab Hafid pendek.
“tapiiiii,” Haikal da mula ragu-ragu. Budak ni nak culik aku ke apa? dia nak jual aku kat pasaran gelap? Ke dia nak bakar aku macam kes bunuh pastu kena bakar kat Banting tu. ah, sial la Hafid ni. takkan sebab perempuan je dia nak bunuh aku.
“kita nak pergi mana ni Hafid?” tanya Haikal cuak. Dia pegang lengan Hafid cuak. For seriously la Hafid? Kau nak bawak aku ke mana ni? takkan nak bawak kat lorong gelap pastu nak pukul aku sampai lunyai.
“kau ni apesal pegang lengan aku ni?”Hafid tolak tangan Haikal ke tepi. “semak je. aku nak drive pun tak boleh. Kalau aku mati sebab kemalangan, aku jadi hantu, aku pergi rasuk kau sampai mati lepas tu” Marah Hafid. Muka da ketat. Rahang da ketat. Muka Hafid merah.
Haikal buat muka. Aku pegang je pun. Bukannya aku nak cabul ke apa? Haikal mengeluh sebelum pandang luar. Kembali ke realiti la Haikal. haha, macam bodoh je bila pikir yang Hafid ni nak pukul kau atau bunuh kau. Haikal pandang keluar tengok kereta lain sambil telinga dengar lagu kat radio dalam kereta.
Aku pun tak paham la apesal si Hafid ni semedang nak marah aku je. aku memang betul-betul buat salah ke Hafid? Betul-betul ke buat salah? Hati da macam nak touching sikit. Sial la Hafid ni. perangai dia buat aku sedih betul la. aku tak pernah rasa macam ni! Mama!! Nak balik Ireland. Kat sini terasa macam kena buli je dengan mamat sorang ni. kalau ada kartun dalam Tv tu, mesti kartun tu da guling-guling nangis pastu hentak-hentak kaki kat lantai sebab terlampau bengang and terlampau nak nangis. itu la akau rasa sekarang ni. hafid memang macam babi.
“teman aku makan.” kata Hafid perlahan.
“huh?” Haikal tak sempat dengar apa yang Hafid kata. Dia pandang Hafid. “apa dia Hafid?”
Hafid legakan anak tekak dia. “aku cakap temankan aku makan. jom.” kata budak lelaki tu kasar.
“tapiiiii..” teman makan pulak da. Padahal aku rasa nak balik and tidur je. malas da aku nak hadap muka pakcik singa bangang yang asyik nak marah ni je. badan pun da berlengas nak mandi.
“apesal?” kereta berhenti kat traffic light. Hafid pandang Haikal. “kau ada plan lain ke?”
“eh tak la. aku ingat nak balik rumah , mandi , tidur je.”
Hafid sengih. Traffic light da bertukar ke warna hijau. Hafid masuk gear dan kereta perlahan-lahan bergerak. “balik rumah aku je la. mandi pastu tidur dengan aku.”
Haikal bulatkan mata sebab terkejut. Hafid da gelak-gelak tengok ekspresi muka Haikal.
“muka tak boleh nak lagi terkejut ke?” lepas tu Hafid gelak-gelak macam sial. Haikal pulak, jantung dia lari macam kuda bila Hafid cakap benda alah tadi tu. sial la Hafid. Tolong jangan buat aku terkejut boleh tak?


p/s
minggu exam sudah bermula. goodluck semua.


Thursday 5 June 2014

Pre Launching and Press Conference of Peter Marvey : Magician Without Limit #92



Peter Marvey: Magician without Limits

There is David Blain with his over-the-limit stunts, David Copperfield with his spectacular escapology and Cyril Takayama’s incredible closed-up magic. All of them are world renown magician and well known figures in the entertainment field.
In recent event, another outstanding illusion act had mesmerize me. Peter Marvey, a Switzerland born magician, astoundingly shows his prowess in levitation by lifting not one but three real and well known local personality in front of my eyes.

Hannah Tan, JJ from Red FM and Cheryl Lee were there floating on the stage at the entrance door of Pavilion, KL. It was a spectacular and jaw dropping illusion act by Peter Marvey. Some may say thatthis is a sneak peak. For me it is a show of what could be expect for in his show.

The event that happening on the May 23, 2014 at the Pavilion ‘Nyonya Cups’ fountain is organized by Resort World Genting to showcase their next attraction. Peter Marvey: Magician without Limits is a show that is premise on a very high-end, spectacular and incredible experience for those who will attending the show.

For the sake of those who just heard of his name, Peter Marvey is a master illusionist in levitation. Hundreds of levitation act had been single-handedly created by him, a field which not many magician dare to approach.

A trailer of his show was also preview during the event, showing several more of his act including lower part of his body riding on a unicycle without his upper part. I must say, with the caption of the show, it is true that Peter Marvey is a magician without limit.

A whopping 150 shows had been schedule by the Resort World Genting throughout the year from 28th May till 24th November 2014. I would say it may be a show of a lifetime since all of the act shown are personally crafted by Peter Marvey himself.

For those who wanted to watch his show, these are the ticket price:
VIP – RM 118
PS1 – RM 88
PS2 – RM 48

There are also discount for the early birds and Resorts World Genting’s members. You can also book your ticket through

@www.rwgenting.com 

or

by call through the hotline: 03-2718 1118.

Those who had come on this event were also given an opportunity to get a pair of ticket to watch this show’s premier on the 27th May 2014 by taking pictures under the Peter Marvey’s show booth.


Written by
Pink Panther of budak lelaki MIAT,
Wednesday, 5 June 2014.