Nuffnang

Saturday 30 November 2013

Playboy chapter 3 #58

heya guys, finally aku online balik. sebenarnya aku baru habis cuti mid sem tapi aku tak balik rumah la pun. aku ada amali dekat somewhere sekitar Perak and aku sangat exhausted bila pergi amali tu. terasa nak bercerita pasal amali tu but maybe not today, maybe tomorrow kot. and maybe lusa and maybe tulat and maybe bila datang perkataan rajin dalam diri aku.

cuma one question je la, 

; pernah tak anda semua berkayak selama 2 jam, bergerak dari Jeti ke sebuah pulau tanpa henti ditambah dengan hujan dan angin yang maha kuat. and then lunch di atas kayak beramai-ramai dengan coursemate. 

okay, disebabkan semua orang keep asking me, Playboy please, sambung cerita please, itu la , ini la, hehehe, aku appreciate gila bila all those datang kat aku . tandanya , korang suka la dengan apa yang aku tulis. at least, ada jugak la yang membaca cerita-cerita bangang dengan bahasa yang tak betul yang aku tulis. KAH KAH KAH


dan cerita bersambung.

Zahid bersiap-siap nak pergi ke kelas. Hari ni dia ada 2 jam kelas fizik and 3 jam amali Kimia. kalau nak diikutkan, memang malas je nak datang kelas Fizik. jadah haram dia tak paham dengan Torque and so on tu. tutorial Bio tentang Microorganism, Amoeba jadah tak buat lagi. mampus la dia. malam tadi pergi lepak dengan kengkawan sampai jam berapa. memang tak ingat dunia la. sekarang bila pagi , baru nak gelabah ayam sebab tak siap banyak benda lagi.

Zahid turun dari aras 4 blok dia dan menuju ke pondok bas. dan ye, aktiviti mencuci mata bermula. dia memang suka belajar dekat tempat dia belajar sekarang ni. aktiviti mencuci mata adalah sangat best dan banyak benda yang dia boleh cuci mata. memang senang nak diulas, budak-budak kat sini memang la ada good shape. dia duduk dekat pondok bas dengan roommate dia yang lain.

belajar dekat sini quite okay la bagi dia. belajar okay, kengkawan pun okay, makan pun okay, tempat nak jog pun okay, tempat nak jejalan pun dekat. jadi memang takde masalah untuk dia untuk have fun and belajar pada masa yang sama. dia tak tahu la apa yang dia buat kalau dia dapat belajar kat hulu mana-mana yang super duppa boring tu.

dia cucuk earfon dekat telinga dan lepas tu kedengaran lagu I write you a song  kat telinga. dia malas nak dengar apa yang kengkawan borakkan. dia tengah pikirkan calon yang sesuai untuk dia tiru tutorial bio. tetiba kat tepi dia ada orang duduk. dia tengok tepi. oh, budak sama batch dengan dia. apa nama dia? Halmi? Halim? Hakim? dia tak berapa nak kenal sangat tapi apa yang dia tahu budak tu agak kacak membunuh la jugak.

Zahid tengok budak tu atas bawah. wow. boleh tahan budak ni. kalau dapat cium dia punya bibir kan best. kepala dia mula terpikir-pikir, apa je la nama budak ni. tetiba budak tu pandang ke arah dia. Zahid tersenyum bila dia tertangkap usha budak tu. takkan la dia nak tunjuk muka gelabah pulak. budak tu senyum balik kat dia.

"Zahid right?" tegur budak tu.

"aah. macam mana kau tahu nama aku?"

budak tu buat muka. "kita sama blok kot." lepas tu budak tu gelak sambil tumbuk bahu dia sikit. "kau aras 4, aku aras 3. mesti kau tak tahu nama aku kan?" budak tu buat soalan rambang.

Zahid da terasa nak tergelak dalam hati. pandai pulak budak ni buat tekaan.

"nama aku Hakim."

"ooo, Hakim." kata Zahid perlahan. lepas tu Zahid pandang budak tu. "okay, lepas ni aku akan ingat nama kau. kau budak kuliah mana?" tanya Zahid.

"budak kuliah 6. kau kuliah 9 kan?"

Zahid da kerut dahi. "macam mana kau tahu?"

Budak tu cuma ketawa je. "da bukannya jauh kuliah aku dengan kuliah kau. mesti la tahu. kau je hambar yang tak tahu aku kuliah mana. lagipun kau hotstuff kot. budak-budak perempuan kuliah aku asyik gosip pasal kau je. "

"aku takde intention la pulak nak perhati semua orang and woo." lepas tu Zahid gelak kecil. "since when la jadi hotstuff?"

Hakim just angkat bahu. "gegirl kuliah aku cakap, kau ni hotstuff habis. eh? bas da sampai la. jom!" ajak Hakim. lepas tu budak tu terus je bangun and kejar bas yang da nak sampai kat pondok bas depan kolej dorang tu. Zahid bangun perlahan-lahan dan perhati je budak tu dari belakang.

dia macam tak percaya la pulak yang budak yang dia perhati and terasa nak cium tadi , akan berborak dengan dia dulu. makin senang la dia nak pasang jarum. budak tu pun nampak macam ceria and peramah habis je. mungkin one fine day akan ada la bibir merah yang dia gigit nanti. Zahid senyum and pantas masuk ke dalam perut bas untuk carik tempat duduk.

dia pantas carik tempat kosong and perasan tempat kat sebelah Hakim masih kosong, terus dia duduk kat situ. Hakim duduk pandang cermin and tengok pemandangan kat luar je. dia pandang Hakim dari tepi je sebelum pandang depan. dia tengok fon kejap and bukak inbox. dia pantas balas mesej dengan Taufiq.

Taufiq : hujung minggu ni jom lepak rumah aku.

Zahid : ada apa je kat rumah kau?

Taufiq : ada party sikit. ada aku. ada kondom. HAHAHAHHAHA

Zahid : SHEESSHH. party liar siot. siapa organizer?

Taufiq : semestinya la aku. nak join tak? boleh orgy reramai.

Zahid : geli siot orgy. aku on je. untuk datang join party bukan on nak orgy sana sini dengan siapa-siapa entah.

Taufiq : tak kisah la dude. pukul 11 tau. rumah aku.

Zahid : okies. nak aku bawak apa-apa tak.

Taufiq : bawak telur dengan batang je. and bawak la kengkawan yang best sikit. mana tahu aku boleh ngap sikit ke.

Zahid : bangang

Taufiq : you know me better

Zahid baru tersedar yang Hakim pandang dia. Zahid masukkan fon balik ke dalam kocek. "kenapa?" tanya Zahid pada Hakim.

"takde apa-apa." balas Hakim. "saja pandang kau. hari ni kau ada kelas apa je?"

"kimia, fizik je. kau?"

"fizik je. pastu keluar kejap kot."

"pergi mana?"

"tak tahu lagi. tengok wayang ke apa ke."

"sorang?"

"ye la kot. aku memang selalu keluar sorang-sorang je." pastu Hakim menyeringai kecil.

"seriously la? nak aku temankan?" Zahid saja je pasang jarum.

"nak buat apa temankan? kau kan ada kelas." kata Hakim perlahan tetiba.

" lepas kelas la kita pergi."

"seriously la kau nak temankan aku?"

"da kenapa pulak kau tak percaya?"

"kamon, kita baru borak tadi. pastu tetiba kau okay je nak teman aku pergi entah mana-mana entah. mana tahu aku nak culik kau ke apa ke? tak takut ke?"

Zahid da nak tergelak dengar kata-kata Hakim. "muka kau ni tak nampak macam orang jahat pun." lepas tu Zahid berdiri. "jom turun. da sampai da."

Hakim tersenyum je dengar kata-kata Zahid.




Zahid duduk kat blok B library uni dia tu. dia tengah gigih siapkan tutorial bio dia. ni ada gap sejam kejap. jadi terus dia amik kertas jawapan yang Emier da buat, terus dia belah pergi library untuk copy jawapan. Emier pulak kat depan dia tengah sibuk layan lappy. Zahid syak kawan dia tu tengah baca Manga. maybe Naruto atau Bleach. tak pun Hell Girl ataupun Breeze.

"petang ni kau buat apa je?" tanya Emier tetiba.

"apesal?" tanya Zahid balik. dia berhenti menulis kejap. " aku keluar kejap kot. ada hal sikit. kenapa?"

"alaaaa, ye ke. baru nak ajak pergi gym."

"gym celah mana ada kat sini."

"banyak kot! pusat sukan ada. kolej kita pun ada bilik gym la woi."

"la ye ke? aku baru tahu. tapi, aku tak berapa rajin kot nak pergi gym bagai ni." Zahid da tunjuk muka malas.

"eh? i thought kau pergi gym la Zahid, that's why la aku ajak kau."

"celah mana pulak aku pergi gym?"

Emier buat muka terkejut. "serius la kau tak pergi gym. tapi badan kau buff kot. tough siot."

Zahid da nak tergelak. "ni kejian abadi ke apa? ni tough apanya. saja je la nak keji aku. tahu la badan kau hot gila."

Emier sengih-sengih. "aku cakap jujur ni weh. jom la pergi gym. bosan la pergi gym petang-petang takde kawan."

"malas aku. baik aku pergi jog. boleh jugak cuci mata. duduk kat tempat gym tu, celah mana nak cuci mata." Zahid sengih-sengih je. tapi bagi dia, kat tempat gym tu la ultimate cuci mata. tapi disebabkan dia ni nak cover habis baik dia punya orientation tu, terus dia cakap macam tadi.

"alaaaaa," Emier da tunjuk muka kecewa.

"next time la Emier. bila-bila aku rasa bosan abadi, aku temankan la kau pergi tempat gym tu."

"ye laaaa."

dan lepas tu terus Zahid menumpukan perhatian pada tutorial bio. kadang-kadang otak dia terpikir, Emier ni macam pelik sikit. masa mula-mula dia jumpa Emier masa minggu orientasi, first impression dia terhadap Emier ialah,

'gay.'

tu apa yang gay radar dia cakap la. you know, entah kenapa, bila dia keluar jejalan kat mana-mana, atau pergi mana-mana pertandingan olahraga masa zaman sekolah, dia cepat betul kesan sama ada orang itu straight ataupun tidak straight. dia tak rasa benda gay radar tu dia seorang je yang ada. dia rasa only gay will know siapa yang gay. dan sebaliknya.

jadi nak disambungkan cerita, terus dia amik can nak kenal Emier masa minggu orientasi dulu even bukanlah sama bilik and bukanlah sama grup masa orientasi and bukanlah sama blok untuk orientasi. apa-apa pun, dia amik can je nak kenal Emier and nasib dia agak baik la jugak sebab Emier pun layan dia je borak-borak. well, budak freshie kan? takkan nak tunjuk muka ketat macam apa je bila orang tegur. mahunya kau kena pulau sebab tunjuk muka ketat macam baru kena cucuk botox. and since that orientasi week, dia dengan Emier agak rapat la jugak. dan makin rapat bila dia dapat tahu yang dia dengan Emier ni ialah sama kuliah.

tapi, bila kenal Emier lama-lama, tetiba dia rasa yang Emier ni straight la pulak orangnya. dan nampaknya gay radar dia da salah. dia tak tahu la pulak since when gay radar dia ni boleh silap. -,- tapi entah la. kadang-kadang dia rasa Emier ni sangat normal bila borak-borak dengan budak tu. borak dari hal gegadis, hal bola, hal sukan, hal itu dan hal ini. tapi kadang-kadang macam tak la pulak sebab Emier ni bila nak tidur mesti akan peluk dia *kalau Emier tumpang tidur kat bilik dia je la.* dan paling ultimate pasal Emier ialah dia agak anti dengan budak gay. kata Emier.

"seriously dude, aku benci gay. you have ball. act like one. fuck a girl not a boy. I give a true fact and I dont give a fuck whoever yang tak suka apa yang aku cakap."

masa tu dia gelak-gelak je kat depan Emier and cakap " bapak falsafah kau ni. tak sangka la pulak aku." pastu dia gelak bantai maha kuat. tak pepasal je muka Emier tu da merah padam. tapi dalam hati dia siapa yang tahu. Dia macam terfaktab la jugak sebab tak sangka la pulak yang Emier will be a guy yang akan benci gay amat-amat. dia sangat tak sangka dan dia punya gay radar silap 100%. haih. kat dunia ni, macam-macam umat manusia yang dia boleh jumpa.

"woi Zahid." panggil Emier tetiba. "da siap ke belum? kelas lagi 10 minit je. kau meniru ke apa? apa lambat betul kau salin jawapan."

"da siap ni. tunggu sat." terus Zahid kemas pencil case dengan test pad dia. pastu terus campak masuk beg dan tolak kerusi masuk ke dalam meja. "okay jom." ajak Zahid sambil senyum pandang Emier.

"okay jom."




Hakim dengan Zahid jejalan and pusing-pusing dalam Mid tu. Zahid ikut je si Hakim tu masuk kedai sana sini. sumpah tengok gaya da macam suami isteri pergi belah belah. yang buat Zahid macam naik angin sikit bila si Hakim tak beli barang apa-apa lagi.

"Hakim," panggil Zahid. "kau nak beli apa je ni? aku rasa macam kita da tawaf satu mid ni."

Hakim senyum kambing. "sorry la Zahid. aku sebenarnya nak jejalan je. aku just nak beli buku je tapi aku takut kau bosan kalau kita terus pergi MPH, that is why aku saja pusing mana-mana dulu." makin lama Hakim cakap makin perlahan.

Zahi tergelak kecil. "haila Hakim ni. apesal la tak cakap dari tadi je. jom terus pergi MPH. kita beli buku. aku bukannya judge orang. come on la Hakim. just go je la. what? kau ingat aku nak gelak kalau aku tahu kau ni ulat buku ke?"

Hakim diam tak menjawab. diorang berdua mula bergerak menuju ke MPH. Zahid pandang Hakim.

"Hakim, listen here." panggil Zahid. "aku tak judge orang la. dan aku tak akan ejek kau kalau kau ni feel amazed dekat Einstein atau idola kau ialah Newton."

"heyyyy. I'm not that nerd." bangkang Hakim. "I do read books. tapi bukanlah tahap skema letromagnetik macam tu. aku baca novel normal je pun macam dari Lejen Press , Fixi and some cool stuff yang lain-lain."

Zahid senyum kecik. "mana la tahu kan."

dan lepas tu Zahid terus temankan Hakim membelek buku dekat MPH. tapi tak lama pun dia ikut belakang Hakim sebelum dia jumpa rak komik. terus dia capai Lawak Kampus dan baca diam-diam dekat situ. bosan baca Lawak Kampus, dia tengok sekeliling MPH untuk mencarik kelibat Hakim. budak tu still tengah sibuk memilih novel mana hendak dibeli. terus dia bergerak ke rak lain.

dia bukanlah ulat buku sangat. dia bukanlah suka baca buku. sepupu dia, Haikal suka baca buku macam si Hakim ni. baca Lejen Press, Fixi and all that. masa dulu, dia pernah jugak teman Haikal pergi Pesta Buku Antarabangsa dekat PWTC.

"aku nak carik Fixi la." kata Haikal.

"huh?" Zahid buat muka pelik. "ada jual basikal ke kat sini?"

terus lepas tu Haikal tunjuk muka menganjing dekat dia dan dia mula rasa something fishy. bila dia dengan Haikal sampai dekat satu booth tu, dia dongak tengok nama booth tu. mata dia mengecil. dia baca perlahan-lahan 'buku fixi'

dia pandang Haikal. "I thought u want to buy a bike la Haikal." Zahid da nak tergelak. sumpah dia terasa macam bangang abadi.

"silly punya cousin. memang ada jual basikal dekat pesta buku." lepas tu dia dengan Haikal gelak-gelak. 

cakap pasal Haikal, tadi Haikal rasanya macam ada hantar wassap dekat dia. Zahid bukak wassap dia.

Haikal : minggu ni kau balik tak?

Zahid da kerut dahi. da kenapa tetiba budak ni tanya aku balik ke tak. Zahid membalas

Zahid : tak tahu lagi. awat?

Haikal : just asking je la. kalau tak balik, jom lepak somewhere. da berapa lama tak lepak sesama ni. namanya je tempat belajar nak dekat tapi jumpa nokharom susah.

Zahid : set the day and date la. then kita hang out.

Haikal : okies. nanti aku bagitahu. Chow dulu. bai.

Zahid : Okbai.

lepas hantar wassap terakhir tu, dia pandang sekeliling lagi. Hakim tengah tunduk membaca something. Zahid malas nak kacau, terus dia bergerak ke bahagian bahasa inggeris. ye ye je la kau ni Zahid bergerak ke bahagian bahasa inggeris. cakap pun tunggang terbalik, ada hati nak try baca. dia capai Diary of Wimpy Kids. dia pernah tengok movie ni. tak sangka la pulak Wimpy Kid ni daripada buku rupanya. lepas tu dia selak membaca satu persatu muka surat.



ada seseorang cuit bahu dia. dia berpaling "jom." Haki rupanya.

"da bayar?"

"da." lepas tu Hakim senyum. "jom pergi makan. lapar la." rungut Hakim. budak tu usap-usap perut. lepas tu, Zahid and Hakim keluar dari MPH and carik tempat untuk makan.

"nak makan kat mana?" Zahid terasa macam bawak budak kecik jalan-jalan la pulak. Haih. tetiba dia terasa Hakim ni terlebih comel la pulak. sabar je la nafsu. jangan kau nak tetiba imagine pelik-pelik kat tempat awam ni.

"tak kisah la Zahid. asalkan yang boleh kenyangkan perut aku ni." lepas tu Hakim gigit bibir aikit.

"kau tahu tak kau comel?" tanya Zahid tetiba.

Hakim pandang Zahid. lepas tu Hakim angkat bahu. "entah. kau la manusia pertama yang puji aku. and what is the main reason la kau puji aku? serius pelik."

"aku kan baik abadi, sebab tu la aku puji kau."

"seems legit reason kau. and addition, kau tahu tak yang kau kacak habis." tetiba Hakim cakap macam tu pulak.

Zahid angkat kening pandang Hakim. "and what is the main reason of yours?"

"aku? da memang kau handsome. aku puji je la." Hakim sengih nakal.

"such a weird boy."

"aku tahu. kau bukan orang yang pertama cakap aku macam tu. tapi kau la orang pertama yang aku puji handsome."



Hakim dengan Zahid tunggu komuter dekat stesen komuter. kalau tengok dekat board masa, ada lebih kurang 10 minit lagi untuk next komuter sampai. Zahid pandang Hakim yang tunduk baca buku apa entah. rambut Hakim yang ikal sedikit kat bahagian hujung terbang sedikit sebab kipas menghala ke arah mereka berdua. dia rasa Hakim ni macam tak berapa nak straight sangat. dia rasa je la. sejak gay radar dia tak betul teka orientation Emier, dia terus malas nak meneka orientation mana-mana budak dekat kolej dia tu. dia malas nak amik tahu walaupun dia rasa macam ramai je budak-budak kat kolej dia yang macam tak berapa nak straight tu.

Hakim tetiba pandang dia sambil betulkan rambut dia yang agak serabai. "apesal pandang aku je dari tadi?"

"kau ni baca buku ke curik-curik pandang aku sebenarnya?"

"curik-curik pandang kau sebenarnya. kau ingat aku boleh fokus baca kalau asyik kena tenung je dari tadi?" keji Hakim.

memang la -,-, kadang-kadang dia segan sendiri bila dengar jawapan dari Hakim. jawapan Hakim tu tak boleh nak straight forward lagi ke? tak pandai simpan and jaga perasaan orang betul. kadang-kadang dia yang rasa malu and blush sendiri bila dengar tekaan dari Hakim sebab mostly tekaan dari Hakim adalah betul.

"kenapa tenung aku?" tanya Hakim lagi.

"saja je."

"kau minat aku ke?"

"tu soalan apa tu?"

"random question." lepas tu Hakim terus sambung baca buku dia tu.

komuter dari arah seberang sampai dan berhenti di stesen Mid yang seberang. komuter belah diorang tak sampai lagi. awkward moment ever untuk Zahid.

tak lama kemudian, komuter sampai dan pantas keduanya masuk ke dalam koc dan Zahid masih tidak menjawab soalan Hakim tu. Hakim pun buat bodoh je and muka bukak topik lain.


*****************************************************************



okay , tamat cerita untuk chapter 3. watak baru nak berkembang :3 that is why banyak watak baru. happy reading and thanks sebab membaca :) kalau tak best, buat-buat suka baca je. hahaha


p/s
esok ada test. selasa ada test. rabu ada test. khamis ada test. haila :(


Tuesday 19 November 2013

Hope #57


suka tengok gambar ni sebab dia ada banyak maksud. aku suka yang last sekali, tentang alarm tu. sometimes aku pikir, sampai bila kita akan hidup lagi? sampai bila nak jadi macam ni ? I mean, double life semua ni. sampai bila nak hidup bawah bayang-bayang. sometimes, aku ni macam orang gila bila pikirkan benda ni. 

memang rasa nak bertaubat, tapi entah kenapa asyik tersangkut kat tengah jalan. layan jugak video-video yang tak berapa nak straight. cuma sekarang da kurang jumpa random people kat mana-mana la. yang tu berjaya dikawal. tapi kalau nak cerita pasal video-video blue kat internet, memang susah nak kawal. we all know that tengok cerita tu macam tak bagus and all that, tapi tu la, still nak tengok and tak rasa menyesal pun. -,-

entah bila kau terasa nak bersalah ni? entah bila kau nak bertaubat ni? haih. this is sobs sobing and frustrated. 

btw, ni ada a lil story about manusia yang hilang di Villa Nabila. 


Remaja berusia 16 tahun, Izzat Izzudin Hussin yang heboh diperkatakan kononnya disorok 'makhluk halus' di Villa Nabila akhirnya ditemui selepas tengah malam tadi, 'menyorok' di rumah seorang rakannya di Flat Desa Mutiara Johor Bahru. 

Yang pasti, setakat kebenaran yang diperolehi tengah malam tadi, Izzat berada di rumah rakannya itu bukan diterbangkan oleh mana-mana makhluk halus, jin mahupun hantu raya. 

This story is kredit to Hazrey.com. till we meet again. babai :)

p/s

 gonna have amali till next monday.